6
Saya baru habis membaca buku tentang Sir Stamford Raffles karya Richard Mann. Ia mengisahkan kehidupan Raffles (6 Julai, 1781 - 5 Julai, 1826). Beliau terpaksa berhenti sekolah pada usia 14 kerana tidak cukup wang perbelanjaan. Selepas itu, beliau bekerja dengan British East India Company selama 10 tahun sebelum berkhidmat di bawah Gabenor Pulau Pinang pada 1805. Kehidupan beliau penuh dengan cabaran kerana beliau tidak menyokong perniagaan hamba abdi. Tiga daripada empat orang anak2nya meninggal dunia di Sumatera kerana wabak yg tidak diketahui puncanya. Beliau bertanggungjawab membangunkan Singapura dan koleksi botanikal Asia Tenggaranya menjadi khazanah penting. Beliau meninggal dunia kerana pendarahan di dalam otak. Buku ini banyak membantu saya menyiapkan novel epik-sejarah di mana keadaan Tanah Melayu-Jawa pada zaman itu diceritakan dengan begitu terperinci oleh penulisnya.

Prof.Dr.Abdullah Zakaria adalah sebuah nama yg tidak asing lagi di kalangan penggemar sejarah. Beliau menghasilkan banyak jurnal dan buku2 berkenaan tokoh sejarawan dan peristiwa2 menarik yg selama ini tersimpan. Buku ini memuatkan beberapa pucuk surat yg dikirimkan oleh Sultan Hussain Shah (Singapura) kepada Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor). Saya berpeluang mendengar beliau membentangkan kertas-kerja ketika menghadiri Bengkel Penulisan Novel Sejarah anjuran Yayasan Warisan Johor pada Jun 2006 lalu.

Post a Comment

detail nya penceritaan sejarah nusantara tu.

sejarah mmg penting untuk kita especially generasi akan dtg.

good job kak norz. :)

salam kak lina, mat jumpa satu laman web indonesia pasal "tauco", tapi bahasa mereka tu agak kurang jeles pada kita...tak pe kak lina tgk sendiri yeaa.... http://pfi3p.litbang.deptan.go.id/download/ttg2005/susutaucokedelai.pdf

muadzlife >>
TQ very much. This book (yg akak co-author dgn En Shali), is the greatest project ever & I think we had done it whole-heartedly, dengan passion terhadap sejarah. Buku tu dah complete, almost 700 pages, sekarang final editing before dihantar ke penerbit. Terima kasih jua diucapkan. Harap beri sokongan bila buku berada di pasaran, insyaAllah.

mat gebu >>
Akak dah tengok resipi, masalahnya cuma di mana nak beli ragi untuk buat tempe (sebelum rendam dlm air garam & jemur tempayan/bekas pemeraman selama 7-14 hari). Tepung ketan = tepung pulut.
Terima kasih kerana kesudian membantu. Jasamu dikenang....

Nors - Suka baca kalau norz tulis novel pasal Istana Negara dan politik Terengganu. Mesti laris...

duniabudin >>
Hangat isu tu, "kematangan" saya menangani persoalan tersebut, barangkali belum mencapai tahap yg sewajarnya. Kasi chance penulis yg lebih 'politically-inclined'...