9
Mulai jam 10 pagi hari Jumaat, 29 Feb 2008, kami berada di booth Alaf 21 yg bersebelahan Meslia (kedai buku terbesar di Brunei, En Basheer menguruskan pengangkutan kami di sana). Suasana Pesta Buku dgn 120 buah booths dari pelbagai penerbit serta DBP Brunei memeriahkan suasana. Terdapat juga jualan komputer dan alat2 bantuan mengajar serta perhiasan khat. Dari jam 12 tghri hingga 2.30 ptg, semua booth ditutup kerana Solat Jumaat.
Pengunjung mulai ramai menjelang petang kerana Jumaat adalah hari kelepasan am (kecuali untuk sesetengah companies besar). Orang2 Brunei memang peramah & mudah mesra. Saya berpeluang bertemu rakan yg dah 25 tahun tak jumpa (kini tinggal di sana)! Ada yg tak percaya dapat berjumpa novelis yg mereka minati. Keadaan di booth riuh-rendah dgn perbualan & gelak tawa.
Pada 1 Mac, suasana gamat menjelang petang. Novel IMPIAN TERINDAH saya kehabisan stok! Sangat menggembirakan bila novel KONFLIK TERAKHIR juga mendapat sambutan hangat. Kami melayani pengunjung dgn penuh ceria. Ada yg datang setiap hari membawa novel2 yg pernah mereka beli untuk ditandatangani. Sambutan menggalakkan sepanjang hari minggu. Rombongan remaja dgn guru2 mereka mengerumuni booth. Hari terakhir di sana, masih ramai datang kerana ada yg baru dapat tahu akan kedatangan kami.







Post a Comment

Mikaounik >>
Disebabkan kesilapan teknikal, comments mika 'lenyap'..sorry, dik. Anyways, nak ucapkan terima kasih kerana menjadi org pertama yg memberi komen (semasa saya tengah mengarang entries di atas). Budimu ku kenang jua!!

;)

salam kaknorz
wah belum panas kerusi dah siap 3 entri, tabik toink ngan kaknorz. Psssttt kaknorz guna power puff gal ka???

p/s kenangan semalam akan nina pateri di sudut hati, maaf jika ada yang terkurang

sayang
kakmOn

Salam kak Nor,

terima kasih kerana sudi bertandang kat brunei. rasa seronok dan terharu sangat sebab akhirnya dapat bertemu dgn akak. apa2 pun, teruskan usaha akak dalam mencipta cinta di dalam hati pembaca.

love,
munirah (brunei)

mesti penat sesi 'sign' kan norz..

apapun mesti best jumpa fans kan..:)

nina suria >>
Sayangku kakmOn.
Tiada yg terkurang tapi byk yg terlebih. Kami terharu dgn sambutan yg diberi & dinner yg sedap sehingga menjilat siku..hehe.

U pun apa kurangnya berkejar ke sana ke mari menyiapkan pesanan, mengalahkan superwoman pulak. Nanti ku tunggu kedatanganmu ke mari masa Pesta Buku KL...tak sabar nak laga pipi lagi.

munirah >>
Akak terharu dgn sambutan di Brunei. Byk pengalaman menarik yg tiada di tempat lain. Semuanya menjadi kenangan yg bakal tersimpan selama-lamanya. Terima kasih kerana menjadikan kunjungan & pertemuan itu sesuatu yg amat menyentuh hati. InsyaAllah, kita mendpt manfaat dari apa yg baik di dalam novel...

echah_syed >>
Sign & bermesra mmg 'tugas' bila time pesta gitu. Siap dgn sesi bergambar, hehe. Apa2 pun seronok tengok pengunjung dtg dgn wajah tersenyum gembira. Ramai pulak lelaki yg minat novel kat sana, tak mcm di KL.

Salamz Kak Norz ,

Amboii.. seronoknyer berjalan2 di sana sambil menemui peminat. Meriah nampaknya gitu.. hik hik

mersik >>
Mmg berbeza ke Brunei mengajar masak dgn ke Pesta Buku sebab 'berkampung' dgn novelis seperjuangan memberi banyak ruang utk berbual, bertukar2 fikiran demi perkembangan novel masing2. X lupa juga bergurau senda, ahaks.