8
Inilah stuffed toys milik kami. Inilah saja yg tinggal dalam simpanan. Ada yg terpaksa di-re-cycle kerana 'terlebih had penggunaan', hehe...Ada yg terkoyak, dijahit & terkoyak lagi sebelum terpaksa dibuang. Yg paling senior, 28 tahun usianya! Kebanyakannya teddy-bears yg bermacam bentuk & warna. Ada juga koleksi ibu & anak (Garfield & Mashimaro). Jom teka berapa jumlah stuffed toys yg ada dalam foto. Pemenangnya akan menerima Hadiah Misteri yg istimewa daripada saya. Tarikh tutup peraduan ialah 12.00 tgh malam, 14 Mac 08.

Sejarah Teddy Bear
Pada 14 November 1902, Presiden Amerika ke-26 iaitu Theodore (Teddy) Roosevelt telah menghabiskan waktu lapangnya dengan berburu. Beliau telah menemui seekor beruang muda yang cedera. Keprihatinan beliau ke atas beruang itu telah memberi inspirasi kepada pelukis kartun politik, Clifford K. Berryman melukiskan ilustrasinya di akhbar The Washington Post. Pada mulanya, beliau melukis wajah beruang yang ganas. Namun, beliau menukar bentuk wajah beruang itu kepada bentuk anak patung yang comel.

Bagaimanakah beruang Teddy mendapat namanya? Berikutan populariti daripada Kartun Berryman, seorang pembuat permainan beruang, Morris Michtom menghantar seekor patung beruang kepada Roosevelt. Dia meminta kebenaran daripada Roosevelt untuk menggunakan nama presiden itu. Presiden itu bersetuju dan sejak itulah patung beruang diberi nama Teddy.

Post a Comment

saya tak kira..tapi saya teka..
ada 48 teddy :)

mak oii norz, manyaknyer...hmmm, teka aje la..33...

Berpinar mata memerhatikannya.Jawapannya 32.

lorrr manyaknyer !!

35 kot norz :p

pssttt...nak tanyer pak engku bole??

32 ek kak norz??cakit mate diwatnye..ehehe..tp cute la..tomei2 sumanya..eiiii...cam nk geget2 je..tomei!ehehe..

Kak norz...saya kira! siap teringat mcm citer Mr.Bean kira kambing dlm gambar bila dia tak leh tido tu..kelako..susah jugak ooo.2-3 kali kira..hehhehhehe kalau tak betoi gak malu nyer..jawapannya..32!

Jawapannya ialah 32. Ini setelah mengira dengan menggunakan kalkulator dan akhirnya tengok jawapan cikgu panji tu.. he he