14
Sempat mengabadikan kenangan di papantanda berhampiran rumah Ah Mat di Sedenak, Johor. Dari KL jam 5.30 & sampai di sana 9.30 pagi. Dalam perjalanan, berhenti di Pagoh (saya tiba2 teringat akan Makam Sultan Alauddin Riayat Shah di sini). Cuaca baik sepanjang perjalanan dan kami disambut dengan mesra oleh Mat & bondanya. Kawasan sekitar sangat aman & dipenuhi ladang kelapa sawit.

Bonda Mat begitu peramah & rajin bercerita tentang anak kesayangannya. Kami singgah selama 1 jam saja kerana hendak ke Kulai pula. Meskipun seketika, kami rasa cukup berbesar hati menerima layanan yg mesra. Sempena kunjungan ke sana, saya menyampaikan gift Ah Mon @ Brunei untuk Mat.

Hehe, bukan senang nak berfoto dgn papantanda jalan rumah Kasawari. Blognya mengambil sempena nama jalan ini. Persekitaran kawasan perumahan agak sunyi & damai. Sangat sesuai mencari ilham untuk melahirkan entries blog yg 'mengancam'. Di depan rumah Kasawari ada pokok mangga yg sarat berbuah...

Bersama Kasawari, Linda, Ammar & Aiman. Inilah pertemuan ketiga dgn Kasawari & anak2nya. Kali kedua sempena MsjBox Gathering di Port Dickson. Ammar & Aiman sungguh ceria & menggembirakan kami dengan telatah2 mereka.

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah di teratak kami...minta ampoon dan maaf jika ada tersilap kata dan dgn layanan yg tak seberapa itu....frustt tau sebab plan tak dpt dilaksakan..hehehe, apa2 pun kami amat bangga meneriam kehadiran kak lina dan abg.....

Weee kaknorz bestnya jalan2 n jumpa geng sana sini...eemmm xpalah mat, lain kali kalu kaknorz dtg, mat jamu dia kow-kow k...jgn frust ek..masih byk masa...kaknorz, kalu ummi dtg x dpat merasa masakan mat tu, alahaii mst frust sgt2, yalah bkn senang nk cari org pndai masak cam mat tu, betul x kaknorz?

Salam Kak Norz,

Terima kasih banyak2 lah kerana sudi hadir menjengah ke rumah saya, ini kali ke dua saya menerima tetamu blogger selepas UncleJ [bro bila nak datang lagi?]. dan berbanyak maaf kerana layanan kurang memuaskan.. saya salah faham ingat Kak Norz datang selepas jam 1 dari Melaka tu.. Itu sebab saya kelam kabut sikit..

Apa pun seronok dapat jumpa Kak Noz dan Abang.. rasa terkilan tak dapat bersembang lama kan..

Wah sempat tu tengok pokok mangga Kasawari eh. he he.. dan yang paling teruja tu.. Papan jalan tu.. saya sendiri pun pernah terfikir nak amik gambar di situ.. he he.. terbongkar lah rahsia Kasawari.. he he..

Ok lah Kak.. selamat beristirehat.. mesti penat berjalan.. Insya Allah.. ketemu lagi ya..

emm depa jamu apa norz???pastinya sedap kan???maklumlah nak jamu chef??
Bila nak jengah kita kat SP pulak???

salam kaknorz
timakasih berjuta lemon sanggup bawak utusan tu ;)

psssttt bonda cik mat tu sebiji mcm arwah Tua bini(emak saudara yg paling tua)seblah bapak nina, betulah ada 7orang yang serupa ngan kita kan????

Amboi2 Kak Norz.. gi jalan2 ke Selatan.. tak singgah pun ke Parit Sangap..

Hu huuu sedih nyer...

Hik hik..

Sangat sesuai nama jalan dan nick kasawari. Yang berdiri kat belakang tu pun maqcam kasawari. hihiii. jangan marah broder.... ambo tumpang gurau....

mat gebu >>
Takpe, yg penting berjumpa... layanan ok, apa..hehe. Kami yg terjah umah u, mencilok masa dari plan asal memang nak ke Melaka tu..

umi >>
Tepat sekali. Air tgn AMG mesti lain daripada yg lain. Masak apa pun mesti menjadi. Ummi pun apa kurangnya, sama handal...memang kena rajin cuba baru boleh mahir.

kasawari >>
Masa nak balik tu, puas cari papantanda yg OK psl ada yg tertutup K atau 7...ni mesti ada org tampal poster masa PRU 12 ari tu, ahaks.

Salam akak utk Linda.

tirai hidup >>
Makan tu tak penting bila dah dapat berkumpul mcm tu..tapi terburu2 kami sebab ada hal lain. Pergi SP nanti nak tido umah lawa, boleh? Hehe.

nina suria >>
Mmg benar ada 7 org yg sama. Mana la agaknya 6 org yg sama ngan ahmOn? Pandai masak jugak ke dorang? Hihi. Geguli canggih ahmOn dah sampai ke Sedenak, hebatz tuu.

mersik >>
Skjp aje pergi sana, hikhik. Sekadar melepas lelah. X jumpa Parit Sangap, cuma jumpa Parit Sulong, adehh.

duniabudin >>
Mmg seronok jenjalan umah bloggers. Kesian org RTM Dunia dpt tengok dunia dr Bukit Angkasapuri aje...