16
Tiba-tiba tengahari kelmarin (Khamis), saya diserang pening kepala, rasa nak muntah & cramp kaki kanan. Sejak Rabu saya memang rasa penat (mlm tu tidur pukul 10, bayangkan...selalunya time tidur saya 12.30!). Terpaksalah NY bergegas pulang dari ofis untuk membawa saya ke klinik. Selama 1 jam saya diperiksa, buat ECG & diambil blood pressure sebanyak 4 kali. ECG ok. Cuma BP tinggi dari biasa.

Inilah kali ke-2 saya mendapat simptom yg sama. Kali pertama September tahun lepas. Puncanya, berpeluh terlalu banyak kerana excessive exercise. Tak percaya? Kata doktor, ia juga kerana schedule yg padat dan tiada rehat langsung...huhu. Bila berpeluh, minerals di dalam tubuh keluar dgn banyak. Jika ia tidak ditambah (dgn pengambilan potassium: pisang/prun) atau brokoli (paling banyak minerals), terjadilah cramps (sengal tulang/sakit sendi).


Sebenarnya pada hari Selasa, saya menjalani rawatan Infra-red (seperti sauna tetapi menggunakan cahaya infra-red untuk mengeluarkan peluh). Setelah 25 minit, memang berpeluh banyak. Bila balik rumah pun, terus berpeluh. Kawan lama saya yg mengesyorkan rawatan tu. Ia mempunyai banyak kebaikan tapi, rupa2nya ada juga keburukan... Sekali rawatan dapat membakar 900 kalori (jika jogging atas treadmill selama 30 min baru membakar 100 kalori!) tetapi kesannya, kekurangan drastik minerals di dalam tubuh. Inilah yg mengakibatkan imbalance pengaliran darah ke otak (yg menyebabkan pening/dizzy).

Jadi, buat sementara saya kena take-it easy (hehe, jangan harap...). Minum air ORS & makan ubat untuk hilangkan pening kepala & loya. Jika hendak exercise kena gradual, tak boleh terlalu over. Bila menulis novel, kena lebih relax, tak boleh over-excited nanti degupan jantung terlalu laju & tekanan darah naik. Sure, sure...saya ingat la kut untuk seminggu-dua ni...hihi...kata NY, hari ahad saya kena jauhkan diri dari komputer. Ahaks.

Post a Comment

hmm..harap2 kakNorz cepat sembuh seperti sediakala...
hehehe kene jauhkan diri dari komputer le nampaknya..takpa lah asal utk kebaikan ...
take care :)

Isshhh...sampai serius lagu tu? Mmg akak kena rehat for time being. Kita yg baca pulak yg risau ni...
Anyway, akak kena rehatkan minda kejap. Cuba jgn sentuh novel utk sehari. At least biar BP turun ke tahap normal.
Next month book fair pulak. Bz lg akak kita ni..huhu. Oh ya, nanti kita buat appointment jumpa masa book fair ek.

Take care sis! Makan ubat & rest pls. I really meant it.

kak norz take care lah yek...nanti kalu sakit camna nak habiskan novel, nk masak2...kami gak yg kempunan nanti...hehehe..

Dear Kak Norz..

Sorry to hear that..perhaps next time nk pergi treatment infra red tu you have to make sure you are well hydarated..kengkadang bila kita dehydrated it will worsen the condition sbb peluh keluar byk kan..anyway a frequent regular check up plus healthy lifestyle will helps..

OK take a good rest and have a great weekend.

Pssssst:May be it is good if you can have 2 consecutive BP reading 4-6 hours apart..if it is normal then, no need to worry but if it is abnormal you have to consult your doc I guess..harap2 takde hypertension lah yer InsyaAllah.

lorr norz..jom walking kat taman jer tak yah buat infra red tu..uisshh risau laa :(

aku BP rendah norz..tu yg selalu dizzy gak..rase cam dok atas bot :p

takecare **hugs**

~ mmg degil dak ni mcm abg e ckp ~

So sorry to hear that you're not well. Minta dijauhkanlah dari kena bp ni coz I am having it right now. Siksa...tak boleh tinggal ubat! Kalau citer peluh pulak, I can easily peluh. Baru habis mandi, keluar bilik air boleh berpeluh! At times I wonder, is it good or bad? Rasanya kalaulah berpeluh tu membakar lemak, boleh kurus kering I dah by now...tapi badan maintain gak tembam debabnya! Ahakss... Anyway, speedy recovery sis!

salam kaknoz, dah sehat? tu la suruh kakmOn diam2, tahu2 dia lak yg jatuh demam.. sian kaknorz *hulo kopi power root*

psssttt infrared tu memang boley kita pengsan tau, dah lama tak manja2 kat bilik sauna berhaba merah tu huuuuuuuhh jika di izinkanNYA ingin ku hentikan waktu berdetik *big sigh*

hari ni sabtu...norz kena menjauhi komputer ari ahad kan??so comment ni mesti di baca..kui..kuii
Anyway Norz..take care urself..sayangi diri anda....semoga lekas sembuh..amin Ya Robbal alamin

hai kak, norz,

jaga kesihatan, nanti.. tak dapat gi KLIBF 2008

ooo norz, moga cepat sembuh

sy pun pernah alami mcm tu, tp tak seteruk itulah..

tiap kali lebih sgt xcersice mesti rasa nk pitam

Kalau nak sedap,ambik saja 100plus. ORS tutak sedap. he he he(cakap orang hospital)
Semuga dapat rehat secukupnya. Bukan high BP saja yang bahaya,low BP pun sama juga kesannya.

semoga Norzailina akan cepat sembuh..
anyway sad storinya kkliza pn tak sihat..tak larat dari Friday lagi...tak lalu makan.[mmg payah nak dapat simpton ni..selera sokmo..]anyway..akak gagahi juga bangun untuk baca coretan blogs..dan layan anak2...
esok nak g buat check darah dan BP..harap2 takder apa2 yg kurang menyenangkan...

oucchhh... 900 kalori... bnyk tu.. bole kurangkan 10kg dlm 30 days tu kalau buat hari2... hehehehe..
dont push urselves to hard Norz
kesihatan tu no 1.. lain2 letak belakang dulu yer...

alahai.. siannye kakak. sakit ni memang sangatlah tidak besh. tapi, info akak kasik ni mmg sangat berguna. akak jgn stress sangat yea. take care sis!

Alahai siannya kaknorz..sampai sakit2 ek, ya lah bz ke sana-sini kan..mst x cukup rest dah tu..leh collapse gitu sekali..apapun, ummi doakan kaknorz cepat kembali bertenaga dan sihat seperti biasa..byk agenda menanti tu kaknorz..salam tulus buat kaknorz!!

muadzlife / intan rosnitta / nic / natrah / echah_syed / mama fami / nina suria / fadzilsalleh / faizul darius / jie / anonymous / hanieliza / hannan / cepotet / ummi

BUAT KALIAN SEMUA, TERIMA KASIH YG TIDAK TERHINGGA KERANA NASIHAT YG DIBERIKAN. INSYAALLAH AKAN INGAT SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN... KESIHATAN DIRI MEMANG PRIORITI KERANA KALAU TAK SIHAT, MACAMANA NAK BUAT KERJA, KAN??