8
Buat pertama kalinya, saya berpeluang berjumpa dengan mamasya yg ayu & tinggi lampai. Kami berkenalan di blog-fotopages. Dia juga membeli buku masakan Variasi. Dia datang bersama keluarganya. Anak2 lelakinya semua cute2 belaka macam mama mereka. Sempat juga saya posing dgn Syazrin yg berbaju oren tu. Kami berbual singkat kerana pengunjung agak ramai ketika itu. Buat kali kedua (pertama di LeApple tempat saya mengajar masakan) saya bersua kakmOn, tukang masak yg tak asing lagi dan pengarang buku masakan Brunei yg terkenal. Juga Unaisah yg sering beremel dgn saya.

Banyak kenangan manis di Brunei. Ada pelbagai ragam peminat novel. Yg paling ketara, ramai pasangan yg sudah bercucu jadi pengumpul novel yg setia (sehingga ada sampai 500 buah!). Ada juga seorang peminat novel (lelaki, berusia awal 50-an) yg beli novel saya sejak 1994! Suami2 menjadi pendorong kepada minat isteri dan sama2 berbual dgn kami. Malah ada yg sanggup beli 2 buah setiap tajuk...satu untuk dibaca, satu lagi untuk disimpan saja (supaya kekal 'baru'). Kesimpulannya, Pesta Buku Brunei meninggalkan pengalaman yg cukup unik bagi kami (novelis Alaf 21) yg berkunjung ke sana...


Nota: Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada Alaf 21 Sdn Bhd di atas jemputan utk memeriahkan Pesta Buku yg berlangsung di Brunei itu. Ia kunjungan yg amat bermakna bagi saya...


Post a Comment

Assalamualaikum Puan Norzailina..

Sudah lama tidak bertanya khabar..

Mungkinkah Puan masih ingat pada saya?

Saya ada kendalikan beberapa bengkel penulisan karya kreatif dan di antara beberapa karya-karya yang ada dalam pasaran, saya menggunakan dua tiga muka surat daripada karya Puan bertajuk "Arjuna Hati". Digunakan sebagai bahan bacaan dan pendedahan kepada peserta supaya meneliti gaya penulisan. Setiap penulis ada gaya penulisan yang unik.

Rata-rata ramai dari kalangan peserta yang menyukai gaya penulisan puan. Bertambahlah peminat buku Puan selepas ini, ya?

Saya juga mahu peserta mencontohi semangat gigih Puan yang juga menggerakkan hati saya supaya terus menulis..

Wasalam..

Umi Kalthum Ngah
(Penulis 'Dafodil untuk Insyirah', 'Sentuhan Muttaqeen', 'Seungu Lavendar' dan 'Seindah Dafodil').

Askum kak...nampaknya ramai peminat akk yang sangat teruja dengan kehadiran akk di Brunei...pasti seronok sekali.

Brunei sudah...di SABAH bila lagi? : )
siapa tahu boleh bertemu....

sekian,
insan muda yang mula berkarya

umi kalthum ngah >>
Waalaikumsalam...
Gembira campur terharu saya baca komen umi kerana tak sangka sudi menjadikan ARJUNA HATI sebagai bahan rujukan bengkel penulisan. Sesungguhnya saya berharap ramai yg dapat manfaat. Usaha umi sgt saya hargai.

Teruskanlah berkarya, umi. InsyaAllah satu hari nanti pasti akan tercapai segala impian di bidang penulisan..

fith_nur >>
Tahniah kerana pada usia muda sudah giat berkarya. Teruskan usaha mencari ilmu untuk dikongsi dgn pembaca. Semoga ia membawa keberkatan.

Akak pernah ke K.Kinabalu semasa Pesta Buku Sabah 2006 dulu. Jika ada rezeki, akan sampai jua ke sana lagi. Singgahlah selalu untuk perkembangan terkini, ya?

Selamat berkarya!

Salam K.Norz..
Terharu pulak K.Norz siap letak satu entry pertemuan kita. aduiii..dah kembang cam belon ni, k.Norz puji..nasib baik tak meletup..he.he.
K.Norzpun putih berseri2 orgnya, nampak muda lagi,tu yg segan nak panggil kakak pd mulanya.
K.Norz dah mkn ambuyat ya...kalah saya ni yg duk lama sinipun belum mkn lagi..kdg2 dah sampai restoren nak order, tp bila nampak nasi terus order nasi,mmg antu nasi ..he..he.
Tahniah juga buat K.Norz&team atas sambutan hangat yg diberikan oleh org Brunei semasa pameran.
Lastly,mmg happy betul dpt bersua dgn K.Norz.semoga berpeluang jumpa lagi,InsyaAllah.

psssttt kaknorz! 2 jam melangut tunggu kapal belon tu boley pi borong shimco lg tau hikhikhikhik

mamasya >>
Panjang umur pasti berjumpa. Bila balik semenanjung, beritahulah, ya?

kakmon >>
Itu la pasal, nak kena pergi Brunei sekali lagi, ekekehh. Tak cukup syarat tak pergi ke Shimco. Lain kali bawa beg kosong aje, boleh memborong. LeApple dah tanya, nak dtg ajar masakan lagi ke? Hmmm, tengah fikir nii..

:)