7











Bengkel Penulisan Kreatif di Perpustakaan Negara Malaysia kelmarin (22 Mac 08) telah dihadiri oleh lebih 60 peserta dari berbilang bangsa. Selain saya, bengkel juga dikendalikan oleh Pn Anis Ayuni, seorang pendidik dan penulis terkenal tanah-air. Antara novel2 beliau bersama Alaf 21 ialah Kau Kekasihku dan Gemersik Kalbu. Bengkel bermula jam 9.30 pagi dengan ucapan perasmian oleh Ketua Pengarah PNM, Yg Bhg.En Raslin Abu Bakar. Ia berakhir kira-kira jam 4 ptg.
Bersama Yg Bhg.En Raslin Abu Bakar (berbaju kuning), pengarah2 bahagian di PNM dan Pn Anis Ayuni (paling kiri). Pada masa yg sama, turut diadakan Bengkel Melukis Kartun. Kemeriahan dirasakan kerana semua peserta bengkel begitu teruja untuk mendalami ilmu penulisan. Pelbagai soalan diutarakan dan masing2 begitu yakin boleh menghasilkan novel di masa akan datang. Ada juga di antara peserta adalah penulis novel yg mengikuti bengkel sebagai 'pembakar semangat'. Tahniah kepada semua!
Saya dan Pn Anis mengabadikan kenangan bersama dua orang bloggers yg terkenal (berbaju biru ialah Shai, di kirinya, Mersik). Di kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih pada kakitangan PNM yg telah memberikan sepenuh kerjasama. Juga kepada peserta2 bengkel, Selamat Berkarya!






Post a Comment

tgk betapa untung duk kl kan kan...:)

sapa le agaknya penulis yg nak bakar semangat tu eh? kekekeke...

Rasa nak borak lama je dengan Kak Lina, Mersik, Alif dan kawan-kawan lain semalam. Ada masa nanti kita duk borak sesama. Haaa.. mulut ni kalau tak mula bercakap, susah nak berenti. hahaha.

oooo tu ke pakcik mersik tu...dah tak boleh sorok lagi erk pakcik!

mrs. sheikh >>
Bersabar, hehe. Kalau ada organisasi DBP Labuan ke, anjurkan insyaAllah kami sanggup meredah lautan utk berkongsi ilmu...

ainin naufal >>
Memang menulis kerja yg memerlukan bibir terkatup, jemari menari. Bila dapat bersembang, memang kita takkan kering idea...Book Fair nanti kita minum kopi sama2, k?

jie >>
Kena kenal gak pasal BFair nanti kita nak mintak dia sign novel dia, kan? Promosi, jangan tak..

Salamz Kak Norz ,

Alah malu la plak bila gambor terpampang didada blog oang yg sohor2 ni. Kelu keles plak lidah ni dibuatnya hu huu hik hik..

Apa2 pun terima kasih daun keladi diucapkan diatas kesudian Kak Norz hadir memberikan sedikit bimbingan dan pengetahuan tentang asas2 menulis dan perkara2 yg berkaitan dengannya.

Moga2 dengan berkat keikhlasan akak serta Kak Anis mengajor tu, ada la nanti yg berjaya menjadi penulis.

Cuma tak sempat gitu nak berborak lebih lama, maklom la masa pun terhad. berjumpa dilain kali la agaknya untuk kelas yg lain ( Kelas memasak ka hik hik )

lepas ni bolehlah pokcik menyiapkan novelat ( Novel larat ) yg tertanggoh dekat2 patplo tahun ( cehh.. lebih lama skit dr oang tu , 14 thn ).. yg pastinya akan jadi hits , ngetop dan da bomb lagi doplo tahun..

yang berjudul ," Cintaku Tertinggal di Parit Sangap " ..

Alahaii hik hik