13
Kelmarin (Ahad, 30 Mac) jam 3.25 ptg. Kami bertolak ke Puchong utk bertemu bonda. Trafik sesak di MRR2 kerana hujan yg telah turun sejak sejam lalu. Oleh kerana NY perlu sudahkan projeknya, nampaknya saya laa yg kena jadi driver. Adess, leceh tak boleh laju sebab jalan licin & kenderaan berjejeran sepanjang lebuhraya. Selepas Komuter Serdang, barulah perjalanan lancar. Hujan terus turun sehingga ke destinasi. Mata mengantuk, saya layan lagu 'Rain'..pasal tak boleh nak bersembang dgn sesiapa sebab mereka semua sibuk...


NY dgn urgent project yg hendak disubmit hari selasa. Sambil jeling2 sebelah tengok saya yg sesekali menguap (boring traffic-jam...). Sepanjang perjalanan ke sana, dia sempat siapkan satu floor plan. Kak Long dgn assignment dia, kena design kediaman utk kanak2 istimewa. Bukan senang nak cari masa nak ziarah opah, hehe...Raga favourite saya jadi 'lapik' kertas projek dia!



Kak Daa layan novel Genetic Peril (yg diterjemahkan dari novel Zuriat karya wanita yg telah melahirkannya, hmm...). Nazifa pula sempat main game dgn handphonenya yg tergantung bear kecik warna pink...typical girls!! Separuh perjalanan, dia tertidur. Hari hujan memang sedap tidur dlm kereta...isk isk.

Post a Comment

Asal jangan driver yang tidur sudah..hehehe..saya pun round kawasan juga hari ahad tu

Serendah > Shah Alam > Serdang > Sepang > Selayang....zzzzzzz

Jumpa nanti norz...kat BF

jie >>
Semua tempat yg Jie pergi tu, bermula dgn huruf "S" mcm di plan2 gitu, ahaks. Kalau sampai Seremban dgn Sedenak,cukup dahh. Hehe.

InsyaAllah, bersua kita nanti. Kalau dtg Sabtu or Ahad, kena awal betul. If not, masalah parking. Skrg ni, ptg2 hujan pulak..

isk isk...one very the busy family here..dalam kereta pun boleh buat keje jugak...dasat..dasat..

sian drebar layan lagu jer....

apsal dari gombak ke puchong lalu serdang pulak? kan ada jalan lebih dekat? saja nak pusing satu negeri Tan Sri Khalid kot...hehehe

aduhai... macam pernah nampak jer driver ni.. kat mana eh.. kumpulan mana eh.. oh ya kumpulan J.. J for Johan.. he he..

aduhai kali kedua.. bro deri siap mengeCAD dalam kereta.. cayalah bro.. ni lah baru CAD yang real.. he he..

anak2 semua sibuk eh.. entri ni bersahaja jer.. ketawa saya baca sambil linda tertanya tanya.. "kenapa bang" ? he he

salam kak norz...sibuknya org sebelah tuh...

sorry i cannot understandthelanguage still i appreciate

tak pernah nmpk bujang norz kat sini..skali skali post laa pic :)

best abg e dikelilingi oleh dayang2..hiks


terasa rindu aku suasana yg begini bersama percious norz..skrg cuma kami bertiga jer.. :(

tak sabo tgu dia balik nak gi bercuti...

unclej >>
Rumah brader saya tu area Lestari Puchong, very near Cyberjaya..tu yg ikut sana. Lagipun MRR2 memang familiar sgt, dah HAFAL kat mana ada potholes...

kasawari >>
Bro Deri mmg giler2 bz kebelakangan ni, x sempat masuk pun kat blog dia...tido lewat aje mlm2. "Musim", kata dia.

hannan >>
Well said. I am sure ur turn will come soon enough, aha.

arsaili >>
Akak kalo x drive, time dlm keter mesti tido sebab x boleh buat apa2 xtvt (pening kepala).

echah_syed >>
Nanti bila2 kubuat n3 psl dak lelaki tomei tu lakss, hehe. Dia mirip wajahku (Chinese look)...

Biasalah merindui anak di perantauan, kan? Sekejap aje tu, dah nak cuti x lama lagi, kan?