13








Cuaca baik hari ahad 23 Mac 2008. Perjalanan dari rumah ke Bandar Rinching memakan masa tak sampai sejam. Sebelum jam 2 ptg NY & saya sudah tiba di rumah bercat hijau muda dengan pepohon rendang di sebelah kiri pagarnya. Suasana sekitar sunyi & damai mungkin kerana ramai penghuni kawasan perumahan itu beristirehat atau keluar bersiar-siar. Kami berdua yg terawal jadi tak hairanlah, teragak2 juga perasaan bila pertama kali masuk ke rumah itu. Namun begitu kami terus rasa selesa selepas menatap senyuman ceria pada wajah KS. Rajin dia bercerita kisah2 dulu yg sesekali membuat kami tergelak. Walaupun demikian saya tak berupaya menghindari rasa sebak mengenangkan ketabahan dan kecekalannya mengharungi kehidupan seharian. Kami berbual kira-kira 15 minit sebelum kedatangan Lily Haslina Nasir (rakan saya sejak 15 tahun lalu) yg juga merupakan jiran KS.









Tetamu seterusnya, KuJie. Saya meluru mendakapnya kerana kami memang sudah lama berhasrat utk berjumpa tetapi tiada ruang waktu. Sejak itu kami terus duduk bersama di sofa & berbual tentang teman2 bloggers yg lain. Saya rasa macam dalam mimpi sebab sebelum ini hanya pernah beberapa berbual dengan Jie di telefon. Kami berpegangan tangan dalam rasa sangat gembira. Inilah kali kedua KuJie bertandang ke rumah KS. Suasana semakin riuh dgn ketibaan Junaidix, Carneyz & Shai. Makanan secara potluck terhidang di atas meja. Ada pulut dgn rendang ayam, putu bambu, tembikai, anggur, cupcakes serta air kelapa. Ain (isteri KS) juga menyediakan mi berkuah yg sungguh sedap rasanya. Kesempatan Ziarah MSJBOX kali ini diabadikan dgn foto beramai-ramai. Sila lihat sini utk foto2 lain.









Antara tetamu awal, Kujie & Intan (anak bongsunya), Lily & saya bersama Ain & KS dgn kek coklat yg dihiaskan khas utk majlis Ziarah Mac 2008 ini. Bila semua tetamu telah hadir, suasana bertambah meriah. Kami mengerumuni cucu sulong KS & Ain yg tidur di ruang tamu itu. Anak2 Sheda & Tuah serta Intan begitu sukakan baby yg comel & amat baik (hanya sesekali bangun utk minum susu) tu. Sementara Intan sibuk mengambil foto pelbagai pose tetamu sedang menjamu selera. Turut hadir, Kiki, Retna & Uncle J. Sesungguhnya program Ziarah ini mengeratkan silaturrahim di antara kami bloggers. Terima kasih kepada KS & keluarga yg menerima kehadiran kami dgn penuh mesra... Ia kenangan yg pastinya tak dapat kami lupakan sehingga ke akhir hayat.

Post a Comment

cucu ks tu, dari dlm perut dah kenal makcik2 pakcik2 tu..tu pasai dia dah tak heran...tido nyenyak walau suara kita gelak mcm guruh!

erk...1st glance..keciknya...norz...hehehehe... kita biasa berbual di talian tak sangka keciknya dia...hahahaha

comei!

Terimakasih utk semua cenderamata dan kain pasang tu... moga Nors & keluarga dimurahkan rezeki.

jie pasni buat baju post kat n3 ekk.. :p

nasib aku takde kalo idak pecah dinding umah ks dgn gelak bertingkat aku kan.. :D

ehhh mrs UJ n anak2 tak ikut ekk..aku dok cari pic dorang..saje jer nak tengok :)

dak tomei hg yg 2 org pun tak ikut gak kan..

hg tau norz..jie kol aku punye xcited jupe itu angkasa..aku ingat dia kena loteri.. :p

pastu kami anyam ketupat smpi gelak guling2.. :D
kena mnta maap kalo jupe..amponn org angkasa!!

hg tau..aku tanye jie "norz tu putih cam jun ker??"
pastu dia jwp..kecik jer tomei sgt..ni kalo exam fail sbb aku tanye lain dia jwp lain..hehehe

**biG hugS **

tgok tu..bini cikgu ni asik cite exam je...:p

Malu tau..norz tu sopan santun...kita ni main hentam je combi. Dia cakap pun tersusun penuh tertip..ha ha ha....

Tgh memandu tak boleh nak sms, so dpt cal je...so..cal je combi..hahahaha... sampai terlepas simpang nk turun ke Federal Highway terus masuk Jln Bangsar. Sampai kt trafik lite Jln Sambathan tu saya buat u-turn...kehkehkeh...terus patah balik lalu dpn Menara Telekom untuk turun ke Federal Highway..

Tu lah pasal..bergossip lagi, kan dah terlepas satu simpang!

salam sis norz... terkilan juga tak dapat ikut tapi apa kan daya sebab di rumah sendiri ada tetamu :) Ikutkan dah kasi hint supaya balik awal tapi mereka ada plan lak (saya yang beria-ia suruh mereka bermalam di rumah sedangkan plan awal mereka nak duduk di hotel) errmmmmm lain kalilah kita jumpa di aktiviti msjbox yang lain :) Insya'allah...

jie..dia selebriti laa..ne bole loklaQ cam kita..satgi repoter nmpk masuk dlm melodi...sape nak jwp???

norz mmg happening kan jie..nnt kita calon dia jadi YB ampang arr :)


~ hg dok ampang ke??pepandai jer aku :p

jie >>
Sama2 kasih. Gembira dpt bersua tapi kena control ayu la pasal kat umah KS, malu kat dia weii...hehe. Kita pun lepas tu byk bisik2 aje, kan? Apa2 pun mmg happening giler. Gembira sungguh kami berdua akhirnya dpt menatap wajah Jie yg cukup ayu dgn lesung pipit di pipi kirinya...

echah_syed >>
Uuiikss, mcm mana boleh 'kawasan'ku terlepas ke Ampang? Hihi. Ohh, apa la lagi agaknya yg dicerita oleh Jie ttg ku? X kisahlah kan, usik2 bawa bahagia..Ku memang respect Jie ari tu, buat marathon driving seantaro denia...bionic mom betul.

umi_e >>
InsyaAllah, pasti ada lain kali. Kita bagi full support kat bos Junaidix. Maybe suatu hari kita buat lawatan rumah anak2 yatim pulak, best kan?

uwaaa i missed it...klu tak mesti join...harap kak norz sihat selalu

Norz...terima kasih atas kehadiran juga cenderamata. Novel 'Zuriat' tu habis di baca oleh Ain malam tu jugak.

Terharu dapat bertemu kawan-kawan, macam tak percaya lak.

Terima kasih sekali buat Norz & Deri.

arsaili >>
Dont worry, insyaAllah bila u habis study tentu boleh join, k? Sama2 kita support Msjbox!

kassim selamat >>
Saya cukup menghargai pengalaman bertemu dengan KS sekeluarga. Dan terima kasih pada Ain yg sudi membaca 'Zuriat' (mungkin nak tahu kesudahan maka terus membacanya..). KS juga harus bukukan kisah hidup...take your time, jangan terburu2 atau rasa seperti dipaksa.

Si vous aimez la lecture d'un blog, ce genre de choses intéressantes que vous faites comme ça blog? Donnez-moi vos liens de blog préférés aussi ..