14
Pick-up terbalik di MRR2 berhampiran Taman Melati. Mungkin mengelak kenderaan lain dan terlanggar divider di tengah. This stretch of road memang 'keras' kerana hampir setiap 2 atau 3 hari, pasti berlaku kemalangan. Ini disahkan sendiri oleh salah seorang pekerja Stesen Minyak Petronas berhampiran. Jiran saya pernah memandu di kawasan ini pada satu malam, dia cerita semasa nak membrek, ada 'benda' di bawah pedal breknya dan dia tidak dapat menekan brek itu langsung! Mujurlah dia sempat mengelak kereta di hadapan dan akhirnya melepasi kawasan ini. Kebetulan, di hujung jalan dekat persimpangan ke Klang Gate, di lereng bukit, ada sebuah rumah usang di dalam hutan. Setiap kali terpandang rumah ini, saya rasa seram...

Post a Comment

salam pagi rabu kaknorz,
jalan(hi-way ingat tak?) menuju kerumah nina pun cam tu gak, selalu aje 'anak2 jun' tu menyeberang, mengakibatkan kejadian yg tak terduga terjadi, alur anak sungai ngan tanah perkuburan itu berseberangan jalan sahaja, kat situ lah hampir setiap minggu ada2 saja kemalangan. Ada org kata tempat tu keras sgt. Harap kita diselamatkan dari 'anak2 jun itu' :(

salam kak lina....
Nak masuk ke Sedenak tu pun "keras" kak lina, bukan disebabkan kampung kami berada di kws sedikit tinggi!..Dulu ada sebatang pokok kekabu (tapi dah mati sekarang ni)..kws tu femes..paling meletop insiden org jumpa wanita duduk mencangkung kepala terpusing ke belakang dan lepas tu kenderaan terus masuk dalam gaung kelapa sawit sebelah dia....itu cerita dulu era2 90-an.....Jgn takut pulak nak dtg nanti..hehehe...

iskk akak ni buat i seram tauu....:P

nina suria >>
Itu yg kena baca doa naik kenderaan every time. Memang la malang tak berbau tapi kita kena usaha juga mengelaknya. Mereka juga makhluk yg tinggal 'bersama' kita di bumi Ilahi nii...

mat gebu >>
Hehe. Siap jelaskan 'rupa' lagik. Bikin suspens bebenor...kat situ kan dah ramai org pergi? (ada to'kong besar yg mcm Tembok Besar tu??)

mrs. sheikh >>
Sesekali menyeramkan diri takpe kut? "Mereka" memang ada pun...

seram la pula sy nk lalu area MRR2 tu norz...ishhhh...selalu guna jalan ni

Wah.. empat tayar naik atas la Kak Norz... jalan tu memang sesak.. taubat saya nak lalu lagi, waktu itu dng UncleJ masa nak amik kereta saya kat workshop di batu caves.. jam gila..

itulah.. kdg2 dalam kereta ada mcm2barang kat pedal brake tu.. bahaya tu.. saya pernah gak kena.. nak brake tak dpt tekan habis.. rupanya ada kasut.. he he..

Bahaya jugak kalau camtu..byk2 la berdoa semoga kita dielakkan dgn sebarang malapetaka..

jie >>
If kita hati2, insyaAllah takde apa2. Risau org lain la yg "ganas" & kita jadi 'mangsa'...

kasawari >>
Loose objects dlm kereta memang bahaya sangat. Especially botol kosong yg mudah bergolek ke bwh pedal bila kereta membelok. Position of umbrella dlm boot belakang pun kena perhati, jangan menghala pada penumpang. If anything happens, ia akan jadi "senjata" paling tajam..!!

faizabelle79 >>
InsyaAllah, doa saja dpt mengelak dari kemalangan selain berhati2. Yg tak sedapnya bila kemalangan terjadi sebab kelalaian org lain esp pemandu yg tak berhati-perut. Saya pantang kalau org tak bagi signal masa tukar lanes (esp teksi drivers..)

Wahh.. itu macam kalu kena suo Dol Leman dan kawan2 nye menyiasat tu.. hik hik

mersik >>
Klako lah!! Ni mesti tengah tulis kisah dorang lagi...Semoga dilimpahi ilham.