24
Berhampiran Muara di Pelabuhan Kelang, di mana terdapat banyak restoran yg menyajikan seafood. Udara sangat nyaman dan dahan pepohon ru melintuk-liuk dipuput bayu senja. Bau kemasinan air laut yg bercampur baur dengan kehangatan sisa-sisa siang mampu mendamaikan perasaan. Bagi pasangan bercinta inilah saat2 romantis yg akan kekal dlm lipatan kenangan.

Penghujung jeti di Umbai. Ukiran tepian jeti yg halus berseni seolah-olah memberi implikasi senibina sebuah istana zaman Kesultanan Melayu Melaka yg begitu indah, amat mempesonakan, memercikkan keemasan sang mentari yg kian mengundurkan diri di ufuk barat. Lalu Baginda pun memeterailah janji suci untuk sehidup semati bersama Permaisuri yg dikasihi...

Mungkin inilah jua pemandangan mentari terbenam yg dilihat sama oleh Alfonso de Albuquerque ketika berlabuh di luar Melaka pada 1511. Meskipun 497 tahun telah berlalu, langit Melaka bermandi cahaya senja yg sama. Air lautnya berkejaran lemah, berlengguk dlm deburan santai, bernada sayu ibarat tangisan ribuan pahlawan Melayu yg tenggelam ke dasarnya demi mempertahankan tanah tercinta. Maka kita yg memerhati pun kian karam dlm keindahan ciptaan Ilahi...

Post a Comment

Kak Lina/Norz,

Indah pemandangan seindah kata2. Menarik & puitis sekali bahasa & deretan ayat yg akak gunakan. Sarat dgn info sejarah serta bunga kata. Semakin lama dibaca terasa meresap di jiwa.

X sabar nak tunggu novel historical-thriller yg bakal keluar.

Stay the way you are, sis!

geng dah dpt sume cenderahati yg hg kirim kat yani..TQ so much ! terharu sgt laa..aku suke novel tu ..cintan cintun mmg fav ku cecece..rase mudoo kembali yehaaaa..!

buku masakan tu best..kaler dia cantek rase teruja nak tgk smpi abis..mmg lain dari buku masakan yg aku ade..best sgt! pasni kena rajin masak...ermm ade org gelak guling2 kan dgr aku nak masak...:p

masakan kelate pun ade ekk yg buku dari pantai timur tu..aku suke nasik kerabu ngn laksam..nnt aku cari kat kedai..

kain sepasang tu cantek..aku suke kaler tu..adehh segan laa aku geng...rase cam terkedu kjap bila nmpk kain tu..hg mmg baik sgt walopun kita belom pernah bersua..hanya kwn diblogospera je..:)

timakasih kat abg e gak naa..bila sebut nama dia terus nak ckp kedah..hehehe

pnjg umo,ade rezeki tingin nak jumpa korang berdua..insyaALLAH.

~ cyg hg norz ..hugs kuat2 naa..abg e gak tp hg tulun hugs utk aku laa..hohoho :p

kaklina... nanti nak belajar ambik gambarlah ye.. masa kat brunei nanti... cantik cantik gambar yg akak ambik ni...

intan rosnitta >>
Keindahan panorama yg buat perasaan mendayu2 kerana tersentuhnya hati...insyaAllah, kemunculan novel tersebut akan diuar2kan. TQ again for yr support!

echah_syed >>
Sama2. Ku juga terharu hg sukakan pemberian kami yg tak seberapa tu.. Persahabatan itulah jua yg tiada ternilai harganya.

lily haslina nasir >>
Pemandangan tu la yg cantik, bukan cara nak ambil, hehe. Takpe, nanti kita kongsi ilmu...

aduila norz..tgk gambo2 tu..baru teringat..dah lama x mkn ikan bakar kat situ2..hehehe....seronok mkn sambil tgk pemandangan tu..

Salam hormat wahai Kak Norz. TERIMA KASIH atas sumbangan resepi itu. InsyaAllah akan dicuba esok, sebab bahannya belum cukup.

Semoga Allah sahaja yang membalas jasa dan kebaikan Kak Norz.

jun >>
Sungguh benarlah Jun, sesekali kena "berubah angin" menikmati panorama sambil mengunyah isi ikan bakar yg manis dan harum... kembalikan ke'romantis'an dlm hidup, hehe.

abang long >>
Setakat tu saja laa yg dpt akak 'tolong' meringankan kemelut yg sedang abang long hadapi..jika ada apa2 masalah dgn resepi2 tu, jgn segan2 call, k? Sama2lah kita mencari keredaan-Nya, insyaALLAH. Oh ya, akak tiadalah mendpt undangan ke majlis yg dikatakan tu. Kita bersua di lain ketika saja, nampaknya...

Norz..entry kalai ni saya sifatkan entry yg penuh dengan perasaan dan jiwa yang halus..ditambah sedikit dengan elemen 'jiwang'...haa.haa..betul ke gaya bahasa baker spt saya ni!

kak..
muara tu bkn kat klang tau,tp kat port klang :)

muara tu dkat jer ngan umah lama saya :)

Syukur Alhamdulillah.. KAk Norz pandai bermain dengan kata kata.. dan Abang Deri pula bijak dalam gambaran mata.. perghhhhh... disatukan.. memang mengancam..he he

salam kak lina....
Org kalau dah kreatif ni kan..cara dia menghuraikan makna alam semesta pun begitu berbeza dari pandangan perspektif org2 biasa..tabikk!!!...

fadzilsalleh >>
Ok apa. Bahasa baker ke tak, yg penting, mesej sampai. Weekend mesti banyak order org2 kawin tu...

muadzlife & mama ranggie >>
Ciptaan ILAHI begitu menyentuh hati. Semua orang pasti sukakan sunsets...no two are the same.

mikaounik >>
TQ for the info, akak dah edit.

kasawari >>
Kami saling 'melengkapi', ahakz. Tapi abg deri pun handal menulis, dah tgk entry terbaru dia psl camping time 80an di UK?

mat gebu >>
Itu berdasarkan "minda" akak skrg yg menjurus kpd hal2 berkaitan sejarah. Tengok hutan pun teringat macamana org2 dulu meredahnya untuk sampai ke sesuatu tempat...

Subhanallah.. akak, pemandangan tu sangat cantik. tambah plak dengan bahasa yang akak gunakan. bagus sangat. isk, nak gi Muara Klang la next week. :p

~ cantiknye pemandangan kat pantai tu kak norz. sejuk mata memandang...tenang segala pikiran...pasal tu ler postugis terpikat sgt dengan Melaka time dolu-dolukan...

~ Portugis ni memang kejam kan...kalau tak silap yani, kaum Maya kat venezuela tu dorang yg hapuskan. sehingga takde satupun yg tinggal. yang tinggal kini hanyalah puing-puing piramid yg menjadi sejarah...

cepotet >>
Semoga sunset elok nanti sebab kekdg hari mendung, x berapa best.

angriani >>
Zaman tu memang "barbarian" dan siapa yg kuat dialah yg berkuasa. Portugis antara penjajah pertama yg melebari kuasa ke seluruh dunia kerana ingin menguasai perniagaan rempah-ratus (with respect to the East) serta pasaran ke China (khasnya Macau)...