14
Beginilah pemandangan Sungai Melaka sekitar abad ke-15. Perhatikan jambatan yg menghubungkan perkampungan Melayu dengan kawasan Istana di mana Sultan Melaka menginap, pembesar2 dan kerabat DiRaja tinggal. Dalam masa 90 tahun, Melaka yg dibuka oleh Parameswara (Raja Megat Iskandar Shah) menjadi pelabuhan terpenting di Kepulauan Melayu. Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia." Bagaimana mungkin, Kesultanan Melaka yg begitu gah lenyap begitu saja? Jikalau benar pewaris Kesultanan itu masih ada, di manakah mereka sekarang?

Foto Durbar (Persidangan Raja-raja Melayu) yg pertama di Kuala Kangsar pada 14-17 Julai 1897. Duduk (kiri ke kanan): Hugh Clifford (Residen Pahang), J.P.Rodger (Residen Selangor), Sir Frank Swettenham (Residen-Jeneral), Sultan Ahmad (Pahang), Sultan Abdul Samad (Selangor), Sir Charles Mitchell, Sultan Idris (Perak), Tuanku Muhammad (Yg diPertuan Besar Negeri Sembilan) & W.H.Treacher (Residen Perak). Persidangan Raja-raja terus berlangsung sehingga kini. Ia sebuah lambang keutuhan untuk negara yg berinstitusi Raja, sebuah keunikan yg sesungguhnya hebat pada abad ke-21 ini. Di manakah Sultan Melaka ketika ini? Adakah identitinya sengaja disembunyikan? Kenapa?

Di sebelah kanan saya, En Shaharudin Ali (co-author historical-thriller novel). Dalam proses research selama 19 bulan untuk menyiapkan novel tersebut, kami berpeluang menemubual Tuanku Raja Noor Jan Shah ibni Al-Marhum Raja Tuah Shah (tengah) yg juga Raja Kesultanan Melaka ke-44 (Warisan Keturunan yg muncul pada 2005 setelah 477 tahun) bersama Dato' Mahyuddin. Kajian untuk novel ini membawa kami ke Melaka, Kota Tinggi, Muar (Sultan Mahmud Shah berundur setelah diserang Portugis) serta Pagoh (Makam Sultan Alauddin Riayat Shah). Pelbagai perkara aneh serta mistik namun mengujakan berlaku...menulis novel ini merupakan pengalaman yg berupaya diolah menjadi sebuah novelnya yg tersendiri!

Post a Comment

Salam Kak Norz...
Tersirap darah baca entri ni. Tak sangka, keturunan Kesultanan Melayu Melaka masih wujud, walaupun sudah 477 tahun berlalu. Kalau Kak Norz dan co-writer tak buat research, surely orang lain tak tahu. Tabik spring kat Kak Norz.
I love history, mainly sejarah Melayu lama ni. Memang dari dulu dah menyintai sejarah ni. Kisah-kisahnya yang diselongkar, kadang tu ada ciri-ciri dongeng dan tahyul pulak tapi nothing is impossible when it comes to ALLAH, kan? Best best. Now, boleh baca dalam versi novel lak. Can't wait for it to be published. Love you so much... mwah mwah mwah.

kak lina...tabikk!!!, leerr, moga berjaya yeaa dgn projek akan datang tu. Lagi satu Sultan Melaka tu, raleven ke pada pandangan kak lina?...

Norz, kenapa Raja Noor Jan Shah hanya muncul 2005, kenapa sebelum tu takde rapa citer pun pasal keturunan tu?( betulkan saya kalau saya salah fakta)

S: Jikalau benar pewaris Kesultanan itu masih ada, di manakah mereka sekarang?
J: Eheeemm... eheeemmm.....!!!

S: Di manakah Sultan Melaka ketika ini?
J: Eheeemm... eheeemmm.....!!!

:D

histo-anthro-archaeo >>
Credit goes to my co-writer who has brilliant ideas. We go thru several brain-storming sessions yg last for hours and hours. Its very very interesting stuff. Its a entirely 'new' world of unknown, which, I think, kalau kita prepared to work hard, nothing is impossible. Like the saying that goes:
Nothing ventured, nothing gained.

mat gebu >>
Tentulah kewujudan Sultan Melaka relevan sebab di bawah naungan seorang Sultan yg berdaulat, rakyat akan mendapat rahmat. Ada beberapa individu menuntut takhta tersebut, jadi, sangat interesting utk mengetahui bagaimana kesudahannya "hikayat" ni...
Sultan tidak melantik dirinya sendiri tetapi atas mandat oleh rakyat dan rakyat 'memilih' Sultan kerana aura baginda yg ditentukan oleh Ilahi. Jika masanya sudah tiba, laluan utk menaiki takhta semula akan menjadi mudah..

mrsfadzil >>
Jikalau mengikut teori Raja Noorjan Shah, pemilihan 477 tahun utk muncul kembali adalah berdasarkan:
4 - arah Utara, Selatan, Timur & Barat
7 - petala langit
7 - petala bumi

Bila Raja Noorjan mengadakan majlis penganugerahan pada individu yg tertentu (sebelum itu, majlis di Istana Kuning, Melaka di mana 10,000 org berkumpul), tiada pihak authority yg menangkap atau mengacau di majlis itu. Jadi, kita terpanggil utk menyoal kembali samada Raja Noorjan sahih atau sebaliknya...?

ezad >>
U seorang anak Melaka yg tentulah ada "direct effect" andaikata negeri mu kembali berSultan. Kebenaran akan terbukti juga satu hari nanti. Sementara itu, kita suapkan naluri ingin tahu kita dengan sebuah novel historical-thriller yg akan menyingkap pelbagai kejadian sejak 497 tahun lalu!

Salam Kak Norz...
Wah... ada maksud rupanya 477 tu... sabar sabar. Kita pun tertanya-tanya gak kesahihan Raja Noorjan tu. Sebelum ni, tak ada pulak dengar ada pingat dianugerahkan oleh baginda (erm... is that the right title to use?) but then, kita kenal one datuk yang dapat pingat dari raja yang berasal dari Filipina (tak dengar gak pasal acara penganugerahannya tapi dia yang bagitahu lerr...).
Kalau sahih, syukurrrrr... boleh bangkitkan semula kemegahan Kesultanan Melayu tak kiralah di Melaka ke di mana.
Anyway, my dear kakak... love you so much and really can't wait to read that novel. Mwah mwah mwah.

H-A-A-E >>
Yes, from Filipina tu...Sultan Sulu. He has caught our attention, too! We are tackling this novel from many angles (& views). Its amazing coz many discrepancies timbul, hmmm...

TQ for yr kind interests. InsyaAllah, when the time comes, you will be able to read that novel... We are as excited as you are,sebenarnya.

Sayang you, too! Hugs-n-kisses from Msia to Australia. Biarpun jauh beribu batu, namun hatiku tetap padamu..cewahh!

Kak lina..
Majalah saji tak pernah ke offer kak lina jadi cover gurl..dia..ahakss, lari dari topik pulak aku nihh..

mat gebu >>
Ada2 aje kor ni, mat...mengusik akak kor ni di mlm2 buta begini. Akak ni tak fotogenik, takkan ler depa nak ambik jadi cover...lain la kalau suatu ari nanti, mat jadi editor nyer...(double ahakss..). Sabor aje aku ngan budak mat ni!!

This comment has been removed by the author.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

salam hormat kepada tuan empunya blog 'norzailina's pondering', salam hamba menumpang lalu,

terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu, dan,

segala puji dan pujian itu hanyalah kepada Allah Azzawajalla,

salam hormat,
salam penuh kasih sayang,
Zul Rahman