6
Bersama Chef Ismail di Restoran Rebung, Bangsar. Kami pernah beberapa kali bergandingan dlm rancangan masakan di tv. Seorang personaliti yg sungguh bubbly dan mesra melayani sesiapa saja...

Pertemuan dgn Chef Wan di Palace of Golden Horses sempena Gourmand World Media Awards 2005 yg berlangsung buat kali pertamanya di Asia (Kuala Lumpur). Buku2 masakan saya Variasi Utara/Selatan/Timur mewakili negara dlm kategori Cookbook in a Series.

Teman lama, Florence Tan yg selalu jadi Hakim dgn saya. Kenangan dirakamkan sempena Pesta Masakan Warisan anjuran KeKKWA di Dataran Merdeka. Florence suka bergurau dan mudah tertawa, sama seperti di kaca tv. Dia tidak lokek ilmu & seringkali bertukar2 fikiran dgn saya.

Jam 5.50 pagi di luar bilik konti Hotfm, selepas menghantar kek bagi meraikan harijadi Faizal Ismail yg saya dah kenali hampir 6 tahun! Farah Fauzana memegang novel Getaran Rindu pemberian saya (heroin novel sama nama dgn dia...)

Adam AF2 datang berhari raya ke rumah (kak long AJK Fan Clubnya). Seorang anak muda yg bersopan. Sesekali keluar juga kata2 berbaur gurauannya. Tidak lokek senyuman dan begitu mesra melayani kami sebagai tuanrumah. Kali kedua bertemu Adam adalah di Majlis Pelancaran 5-Novel saya.

Post a Comment

aku suke dj couple tu..best happening giler !

Kak Norz... bubbly tu apa ya? membelai2 ka..hik hik. Tp mmg chef ismail tu mmg meriah kalau jadi pengacara.

salam kak lina..
Bestnya tu gambar dgn Florence Tan, mat minat tgk dimasak, sebab style cakap dia tu best, sebab guna bahasa "baku"...dan chef wan tu tak yah kata leer...pakar rujuk juga, pendek kata semua dalam n3 kak lina tu berbakat laaa...tapi tak lupa juga utk kak lina yg mempunyai bakat istimewa..rasa nya lom ada kan chef sekali gus penulis novel...Tabikkk!!!.

echah_syed >>
Diaorg kat luar pun happening tapi ku tak tahan bila saling kutuk2 terlampau, hehe...Celoteh mmg menghiburkan. Hang kalau jadi DJ pun mesti ramai pendengar ketawa. Haha.

mersik >>
Bubbly mcm ada2 aje idea ni nak cerita ni, cerita tu sambil buat lawak sana, lawak sini. Pendekata, x kering gusi laa.

mat gebu >>
Diaorg mmg kawan2 lama betul. Chef Wan dari 1994 gitu, sejak mula2 dgn Jelita. Florence pun selalu jumpa sebab kami di bawah satu publisher (Marshall Cavendish). Yg best nyer, wlu dah famous giler skrg, diorg tetap ingat kawan2 & kalau dpt offer, mesti tak lupa nak ajak sekali...gitu laa.