29

Meskipun sejauh 54 km, perjalanan mengambil masa sejam lebih kerana kenderaan banyak (terutama lori kontena & pasir/batu). Jalanraya pula agak sempit. Inilah geram yg pertama. Yg kedua, terpaksa berhenti beberapa kali kerana jalanraya sedang diperbaiki atau dalam proses perluasan. Berjejeran kenderaan mengesot di kedua-dua belah arah. Di kiri kanan pula banyak ladang2 kelapa sawit. Di satu bahagian jalan dekat mana tak pasti, jalannya bengkang bengkong melalui tepian kawasan berbukit. Di sini pemandangan cantik, jadi, kuranglah geramnya. Bersama org2 kuat pihak penganjur majlis tersebut. Mereka memberikan layanan sungguh mesra meskipun baru pertama kali bertemu.

Hendak solat dekat sebuah surau, saya geram semula kerana tandas perempuan dan tempat wuduk tiada air. Sedangkan di tandas lelaki, ada pulak air. Tempat wuduk lelaki memang kolah besar dengan paip di sekeliling. Geram sebab macam ada diskriminasi pulak. Mahu tak mahu, saya masuklah ke tandas lelaki, hehe. Masakan chicken chop yg saya saya tunjukkan di situ. Waktu selingan, mereka pasang lagi Mawi...ok laa tu!





Di Dewan Orang Ramai Kg. Bukit Kuching Tengah, saya disambut dengan mesra oleh pihak penganjur. YAB Datin Seri tiba, majlis pun berlangsung. Buku2 masakan dan novel2 yg saya bawa, alhamdulillah, banyak yg laku. Setelah sesi Demo Mekap dan Pertandingan (10 pasangan), bermulalah sesi Demo Memasak. Adoi, geram pula saya kerana dua buah dapur yg disediakan oleh pihak penganjur tidak mahu menyala. Bayangkan 'panik' sekejap & menyesal kerana tak test sebelum nak mulakan tadi...sebenarnya, dapur2 tu jenis portable dan baru dibeli. Mujurlah anak2 muda yg kendalikan sound system kat situ akhirnya dapat selesaikan masalah dapur tu, tak sampai 4 min (sempatlah saya memperkenalkan bahan2 & cara penyediaan awal). Berposing di hadapan dewan, perhatikan replika basikal dan motosikal yg dicat dgn bendera Malasia (disangkut di dinding luar).

Hmm, ni geram akhir sekali. Punyalah sedap tapai pulut yg mereka hidangkan...manis bak madu, harum bak kasturi...geram yg ni sebab tapainya cepat habis & tak dapat makan banyak, hihi... Memang majoriti org2 Jawa yg tinggal di sini pakar membuat tapai. Dialog yg kerap saya dengari: Wes mangan? Wessss...!! Terkenang keluarga abah saya di Kg.Jawa, Kuantan.

Post a Comment

Kak Lina...
Berkenan tgk dewan dia tu, mmg cun dgn ada basikal dan moto tersangkut kat atas, ala2 cerita "Bujang Lapok"...hehehe...Jeram tu kws pendalaman ke kak lina?...Macam tu senang lagi nak mai Sedenak kan?....tau2 dah ada depan rumah Ah Mat Gebu saja....

Saya pun geram juga...sebab tak dapat makan tapai pulut...:p

Norz,
Lain kali kalau geram nyanyikan lagu ini: Geram Jangan Engkau Geram,
Geram Bermacam Ragam,
Geram Tak Suka,
Geram Nak Marah,
Janganlah Kau Geram..

abg putra- geram nak kahwin!

Lorrr... baru nak nyanyi, AbgPutra dah nyanyi dulu... gegegege. Jangan geram-geram Kak Norz cayang... nanti masin lak resepi yang disediakan. Orang tua-tua kata, kalau masakan masin, tandanya orang tu nak tawen!!! Jeng jeng jengggg...

Ah Mat Gebu >>
SPAGETI CARBONARA
450 g spageti
2 camb minyak jagung
1 labu bawang besar
200 g udang sedang, dibuang kepala & kulit
115 g keju Cheddar
3 biji telur
3 camb susu segar @ 4 camb krim putar
garam, serbuk lada hitam secukupnya
3 camb hirisan daun parsli

Jerang air yg banyak, bila mendidih, masukkan 1 camb minyak, garam dan spageti. Cincang bawang, panaskan minyak dan goreng bawang hingga layu dan keemasan. Masukkan udang dan kacau hingga udang masak. Parutkan keju. Pukul telur dengan garfu.

Bila udang masak, masukkan susu atau krim dan bubuh garam serta serbuk lada hitam. Tuskan spageti kemudian letak semula di dalam periuk. Masukkan telur dan keju, kacau cepat. Campur dengan bahan gorengan kemudian sajikan. Hias dengan daun parsli.

Memang Jeram agak pedalaman, mujur ada map yg difakskan. Ia dekat dgn Sg.Buloh (bukan Sg.Buloh yg kat Kepong tu...ada dua rupa2nya!), tapi dekat dgn bandar Kapar.

jie >>
Kami siap nak cari kedai yg jual tapai lepas tu...tapi dah hampir 6.30 ptg masa tu. Kalau kat KL, out of 10 kali beli, nak dapat sekali sedap pun susah. Hehe.

abang putra >>
Geram yg mcm abg putra alami tu, memang banyak kat mana2 pun. Berbalik pada jodoh, kuat atau tak. Hehe. Black Dog Bone mmg my fav jugak dulu..

010208 >>
Geram waktu tu aje. Lepas tu, terus cool...sesekali pi tempat2 jauh mcm tu, byk pengalaman dpt. Mereka seronok dpt belajar Western Food & tanya mcm2 soalan. Feeling elated sebab dpt kongsi pengetahuan dgn yg berminat..

dalam geram2 pun sedap tapai tu kan? hehehe..

maybe semalam norz ke Jeram tu ikut jalan sg buloh ke kuala selangor bukan jalan melalui klang.. yg jln bengkok2 tepi bukit tu...

tapi Jeram tu tak ler ulu mana pun..cuma jauh sikit jer dr KL....saya ada kwn tinggal diBkt Kuching tu..

Abang putra ada gak nyanyi lagu Black Dog Bone tu.. he he...

Tapi yang menarik tu basikal yang tergantung tu.. dah macam hard rock pulak kan.. kreatif betul org2 kat situ..

Terima kasih utk resipi tu....

Salam,

Replika motor tu kalau jatuh hempap kepala, nahas tu.. hehehe!

unclej >>
Mmg ikut jalan ke Kuala Selangor. Diaorg bagi peta mcm tu, hehe. Kawasan tu, perkampungan yg lengang aje. Jalan bengkok2 tu yg rasa lama, tambah sunyi kiri kanan, kalau mlm2 sorang2, gerun jugak.

kasawari >>
Itulah yg uniknye. Kat depan sikit dari situ pun ada basikal yg dilekat di tepi dinding, kalau x silap maybe kedai...membaiki basikal kut.

jowopinter >>
Motor tu body saja, takde enjin tapi memang nahas jugak kalau kena. Mungkin ia akan berbunyi bising dulu bila terjatuh atas bahagian bumbung...

banyak betul geram kak norz neh..hehe..

Salam Norz

Rozz tertarik tengok sos mushroom chicken chop tu...selalu rozz buat guna single @ double cream, warna pun putih jer. Sos mushroom tu Norz guna brown sos yek...please!! boleh bagi resepi sos tu??

Meleleh tengok chicken chop tu :)

Rozz

apsal la diorang tu rajin sgt nak sangkut motosikal tu tinggi sgt ek...
hehehe.. cube cadangkan diorang sangkut skali lori kat sebelah moto tu... sure cute sgt :P

anyway, tahniah NOrZ... heheh.. sedap la chicken chop tu :)

ler pergi bukit kuching ker, awat tak terus ke kuching jer? leh saya bawa jenjalan..ekekek

hafifi >>
Sesekali geram bagus, boleh merangsang minda..hanya jangan ter-over.

Rozz >>
I will make it as an entry after nxt Friday coz the article belum appear di paper Kosmo. I've to commit to that first. Tunggu, k? Very easy brown sauce, u'll be surprised!

Hannan >>
Tengok pic aje dah tahu sedap, aarr? Nanti balik sini, I'll cook for u. Amacam? Watch out for the n3 nanti, I m sure 'Anyone Can Cook' , ahaks.

arsaili >>
InsyaAllah satu hari sampai la sy ke Kuching, the only negeri di Msia yg belum sampai. Selain u, abg putra pun ada, kan? Mesti best nii...hehe.

Kabare sis? Waras? Kok gerem-gerem aje ni.... sabbar yo...sabbarrr... Mama pun tak larat kalau naik kereta yang jalan mengesot, boleh tidur bangun 10 round macam tu! Hihihi...

Norz ajar orang jeram tu masak apa..? Dia orang tu suka tempe dan pecal. Kalau dapat pecal lele lagi diorang suka. Hilanglah geram tu.... Budin pun tengah geram ni.....

aku pun suke tapai..ade sorang kwn org pahang kt sini pandai buat tapai..sedapnye weii !

norz..best kalo org lyn cm gitu kan..penat pun ilang.. :)

driver tu xde yg kenyit2 mata ke??


~ larikkkkkk ~

mamafami >>
Time tu aje geram sikit pastu cool aje. Hidup mesti ceria, hehe. Pergi area yg x pernah sampai, tu yg rasa jauh, agaknya.

duniabudin >>
Diaorg nak belajar Western Food. Pecal lele diaorg lagi expert drpd saya. Haha!

echah_syed >>
Driver ku itu hantar aje pastu dia merayau2 cari apa lagi...kalau bukan masjid, hehe. Time balik baru ku call dia...ngalah kan mak datik, errkss. Mmg mana2 demo pun, semua org baik sgt gitu, alhamdulillah... kalau mereka x layan pun, kita tahu lah mereka sibuk. Nak uruskn majlis bukan senang, kan? Hmm, satgi nak pi cari tapai. Terbyg2 lagi nii.