15
Kek Oren
(satu adunan, 25 biji kek)

Bahan-bahannya
250 gm mentega
230 gm gula kastor
2 camca teh Quick 75
4 biji telur
270 gm tepung serbaguna } diayak
1 camca teh serbuk penaik }
60 gm susu pekat
2 camca besar jus oren
1 camca teh parutan kulit oren

Cara membuatnya
1. Putar mentega, gula dan Quick 75 hingga gebu.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati setiap kali.
3. Campurkan bahan ayak, kacau rata.
4. Bubuh susu pekat, jus dan kulit oren.
5. Bila sebati, timbang sebanyak 44 gm untuk setiap cawan kek (saiz sederhana).
6. Bakar pada 200 C selama 20-25 minit atau hingga masak.
7. Biar kek sejuk sebelum disapu krim mentega biasa.
8. Hiaskan ikut kreativiti masing-masing.

Krim Mentega
Satu adunan cukup untuk menghias kek2 di atas (bergantung pada corak).

Bahan-bahannya
125 gm mentega (jangan gunakan mentega tulen)
125 gm krimwell
100 gm susu pekat
10 gm gula aising, diayak
1/2 camca teh vanila

Untuk aising coklat (dipukul sekali dalam langkah 1)
15 gm serbuk koko, diayak
1 camca besar susu cair

Cara membuatnya
1. Pukul semua bahan dengan whisk.
2. Pastikan berhenti sekali-sekali dan kacau dengan spatula supaya semuanya sebati.
3. Pukul hingga kembang, pucat dan gebu.
4. Bahagikan mengikut warna yang dikehendaki.
5. Isikan ke dalam beg aising dengan nozzle yang ditetapkan mengikut design.

Post a Comment

yummeh!! cantik laa deco sis..xde bukak kelas kat area gombak ke..huhu..

saya masak tak reti, makan reti la, nanti sy print bagi kat mak, mana tau kot dia nk try, dia suka masak
Cabai Burung

Kak Norz,

Hari tu hanya dapat makan satu jer cupcakes.. sebab Ammar & Aiman sibuk ke pantai..

Kak Norz memang teliti eh.. tengok penataan hiasan diatasnya cukup menarik...

nabialishad >>
Takde buka kelas (no time with me running around non-stop, huhu..) but u can enquire di Bagus, Taman Melewati.

idham >>
Silakan...krim hiasan (aising) tu pun tak manis sangat, sesuai utk semua selera. Sekali rasa, pasti nak lagii...hehe.

kasawari >>
"Penataan hiasan" ~ 'mahal' ungkapan tu, cayor. Sama mcm akak menulis kut, very detail (ni kata org laa, tiada niat mengangkat bakul, uhukk!). Tapi kalau tengah main telematch, main gasak aje...hihi.

ohh cupcake..

aritu saya mkn separuh jerkk..sbb time tu byk sgt makanan..menyesal laa plak,

pasni kalo kite jumpa lagi akak buat lagi erkk..
nyumyyy..nyummyy...

salam kak norz...

sy mmg dh lama teringin nk buat cupcakes ni tp klu rujuk kat resepi akak tu...kremwell tu apa ye??..lagi satu...quick75 tu apa?? klu xde benda tu boleh gantikan dgn apa ye??...please kaknorz sy mmg semangat nk buat nihhh..

mikaounik >>
InsyaAllah, sebab dah request ni, boleh aje, dong..

iu @ wid.yu >>
Thanks. Cuba la buat...tak sesukar mana pun. Kena sabar sikit aje especially masa menghias.

sweetvalid >>
Creamwell atau nama lainnya, marvello adalah sejenis bahan yg digandingkan dengan butter atau marjerin serta gula aising utk buat butter icing. Tekstur seperti vegetable shortening. Ada di kebanyakan bakery supply shops.

Quick 75 atau ovalette adalah Sponge Cake Emulsifier. Tujuannya untuk melembut dan menggebukan kek. Kalau tiada pun tak apa, tapi butter & caster sugar kena pukul sampai gebu.

Salam Norz

Wow..cupcakes. Comelnye... Rozz memang teringin nak mencuba tapi tak pernah menjadi lagi.

Nak tanya sikit. Boleh tak kita ganti krimwell tu ngan whipping cream. Rozz tak jumpa plak krimwell kat sini. Lagi satu colouring food semuanya fluid so bila campur dengan adunan aising, selalu adunan jadi lembik...camna yek??

Rozz

olen olen olen sedapnye perasa olen..kaler pun olen..mnta ciket..bole???

Icing ni kita dah try, memang sedap. Nanti leh la try cakenya pulak... tapi kalau tang deco cuppies tu, ada sikit hancus la.. hehee..janji leh makan, udahlah kan..