29
Ayahanda yg dikasihi, Manudin @ Mohd.Nordin Dirun (1937-1996). Bapanya, Dirun bin Ranu (Ranu bin Danu; ibu Dirun ialah Reben). Ibu ayahanda, Watiah bt Kamit (ibu Sapiah bt Markam). Ranu dan Kamit berasal dari Pulau Jawa, Pekan, Pahang. Kemungkinan besar generasi terdahulu mereka merupakan orang2 Jawa Majapahit yg datang membuat penempatan di Pekan (Pahang Tua) sekitar 1365. (ruj: Syair Jawa Nagarakertagama)

Bonda, Norlia bt Abdullah anak Cina yg dipelihara oleh keluarga Melayu di Ketari, Bentong. Lahir pada 1944. Berkahwin dengan ayahanda ketika usianya 17 tahun. Kini pada usia 64 tahun, tinggal bersama adik lelaki saya di Puchong. Cucunya seramai 7 perempuan, 4 lelaki. Lewat tahun lalu, bonda bertemu kakaknya yg berbangsa Cina. (ruj: Bertemu Ho Ah Yook)

Pada usia 2 tahun, saya menyambut birthday. Kami tinggal di Kuarters Kerajaan di Pusat Kesihatan Kecil Dong, Raub, Pahang. Kawasan perumahan berbukit-bukau dan nampak kampung2 di sekitar. Bonda pandai buat kek dengan aising royal dan bunga2 kecil warna merah. Dia belajar di kelas2 masakan khas anjuran kerajaan. Foto sekitar 1964...too young to remember anything.

Sambut birthday lagi pada usia 4 tahun. Tahu tak yg saya sambut setiap dua tahun sekali sehingga berusia 18 tahun! Mulai usia 14 tahun saya buat sendiri kek birthday, hehe. Hmm, saya yg paling spoilt berbanding adik2 lain yg sambut 5 tahun sekali, ahaks. Giler kuasa...sorry! Muka suspens tu mesti baru bangun tidur. Atau lepas kena marah, itu sebab gigit bibir menahan tangis. Kek tiga tingkat, you!

Bersama doll kesayangan. Doll tak pakai baju tapi pakai rantai manek plastik warna-warni. Semua plastik dari hujung rambut sampai hujung kaki!! Part yg paling saya ingat, mata doll tu biru & boleh tutup bila kita baringkan dia...canggih jugak, ekk? Tengoklah kerusi set dengan formica-top, kegilaan zaman tu. Sebagai anak sulung, kesukaanku bercakap sorang2...(sebab takde kawan laa!)

Foto kenangan bersama nenda Jawa, Watiah yg dipanggil 'Embah' (bermaksud nenek). Manakala ibu2 & bapa saudara pula dipanggil 'Wawak'. Embah Watiah mempunyai 9 org anak lelaki & 5 org anak perempuan. Sepupu saya, 54 org & anak2 mereka seramai 95 org... Ketika ini saya di Darjah 2. Dulu2 semua murid pakai pinafor...

Post a Comment

oooo wong jowo chef ni rupanya...tapi boleh ke cakap jawa? mesti bes kalau dgr norz ckp jawa dan deri ckp perlis...berlaga angin kot...hehehe

uiks...chubby nye masa kecik..montel!!!

meja dgn formica top? ye kat rumah saya pun ada gak dulu..dulu meja tu gempaq habis masa tu...hehehe

saya tak pernah sekalipun masa kecik sampai besor ni sambut besday siap dgn tiup lilin tu..sian kan?

salam kak norz,
no wonder la muka k.norz chinese look ye.jawa+cina=JANA.*smile.neshnye tgk sume org ader pic2 msa tecik2.sis aje yg xder sbb mak cakap sis alergik dgn camera dulu.sbb tue kot skang jadik fanatik ~hihihi

nostalgia gitu..mula la nak pi korek gambar2 lama.14thn dah buat kek..patut la...tabik!

sishoney >>
Mmg logik penjelasan tu. Semoga sis terus menggembeling usaha untuk kumpul duit banyak2 melalui hobi fotografi...

ct payong >>
Sesekali bernostalgia bagus gak, terafi minda. Jom pakat buat entries kenangan lama...

K.Lina,
Kecik2 pandai tiup lilin atas kek, dah besar pandai buat kek pulak :D
Akak belajar masak2 ni secara formal ke x formal?? Sorry, byk pulak tanya intan ni...hehee

Teringat zaman kecik2 tinggal dgn datuk & nenek kat berek polis Raub. Dulu2, mmg berbukit2 kwsn situ...

saya masih ingt doll yg bleh tutup mata tuw.. rasa glamer je bila ada doll itew..
igt jugak pasal formica-top tuw.. mmg fofuler masa doulu2.....hehehe..
sonok le mengimbau citer dulu2..saya soka

salam kaknorz
betul2 nostalgik foto2 tu, untungnya kaknorz masih memiliki foto yg menyimpan seribu cerita.. kalau kita buat scrapping pasti sonok.. eeee sukanyer kakmOn

pssttt dah siap packing belum?? no. hp tu msh valid lg tak???

bestnyer ade simpan pic lelama tu..aku tatau pi mane dah sbb dari dlm perut parents asik pindah je..album pun lintang pukang kot..:(

kak Norz - Wah.. menggamit2 gitu. Seronok bila sesekali mengingati kenangan lama. Insan2 yg pernah bersama2 memberi kesan dan perubahan dalam hidup dan melakar peristiwa.

Setidak2 nya kita tak lupa siapa diri kita dan dari mana asal usulnya. Nanti balik kg kim salam la kat insan2 tu seme ye.. mana yg ada lagi la.

Dan lagi.. kalau wat besday.. jgn lupa jemput2 pokcik.. hik hik

Assalamualaikum, lama tak menulis disini walaupun setiap hari menjenguk laman norz ni. cume terpanggil nak bertanya bila norza sebut Pulau Jawa, Pekan. Ini kerana saya sendiri org pekan, kaum kerabat ramai gak kat pulau jawa tu. Kaum kerabat Norz masih ada lagi tak kat pulau jawa tu ke?

kenangan itu terlalu indah untuk kita kenangi

intan rosnitta >>
Akak belajar masak sendiri2 aje psl tak mampu nak belajar, time dolu2 mahal yurannya. Jadi, pengalaman mencuba akhirnya berbaloi gakk. Yg penting jangan sesekali putus asa...
If there's a WILL, there's a WAY.

muadzlife >>
Citer dulu2 lain dgn citer skrg zaman serba canggih...maybe 30 yrs from now pun mereka akan tergelak melihat kita...hmm, melalui blog kita dpt share apa yg dah tinggal kenangan, kan?
Mmg doll mcm tu glam waktu tu. Now doll boleh bercakap lagi..hehe.

nina suria >>
Hp no masih valid. Kalau jumpa geng yg pernah ikuti kelas akak di LeApple, ajak mereka singgah sekali, ya? Kalau ada masa nak jugak pi jenguk LeApple sebentar...

echah_syed >>
Byk kenangan bila tgk foto lama. Ni pun mujur ku bawak "lari" sebab masa umah bondaku banjir, ada gak yg rosak. Budak2 skrg boleh bukak fotopages mama dorang utk tgk perkembangan diri masing2...kan?

mersik >>
Sungguh la, mersik...sokongan ibubapa sgt penting dlm setiap diri anak2. Bukan takat beri kasih-sayang tapi perhatian, tunjuk ajar dll. Mersik pasti faham, kan? Bila kenang kembali, kita terfikir adakah anak2 akan mengenang kita bila kita tiada lagi di dunia...?

anonymous >>
Waalaikumsalam. Kalau ada pun kerabat di P.Jawa, tak Norz kenali. Ada la dua pupu yg pernah ke sana (nenek dia adik beradik nenek Norz). Nanti bila balik ke Kuantan, akan tanya mereka... itu laa, generasi tua dah ramai takde & yg ada mungkin tak berapa ingat lagi...
Mungkin saja kita bersaudara,kan?

farish yuhanes >>
Benar tu. Setiap hari kita semakin dewasa / tua dan apa yg berlaku telah berlalu...namun ROOTS kita masih tetap sama. Ni untuk pedoman anak2 norz jugak. Dan anak2 org lain utk menghargai generasi terdahulu...terutama sesetengah remaja yg kini ramai x lagi memikirkan hal2 yg seumpama ini...

YUHANEZ adalah nama heroine dlm novel Norz, IMPIAN TERINDAH... kisah zaman 2125 yg penuh pancaroba tetapi cinta antara insan tetap mekar...!!

n3 mengimbau kenangan lama jugak nih...


memang sesekali apa salahnya kan kak norz...

emmm bila baguih la camtu ..ingat pesan pak lah jangan lupa pandang ke belakang. baru kita boleh pandang ke hadapan. dalam maksud dia tu . saya dh link blog nih. Cabai Burung

Mungkin gak kita bersaudara...sekarang ni saya sedang mencari salasilah keluarga..rugi sungguh kerana lambat memulakan pencarian salahsilah keluarga ni. Ramai yang telah pulang ke rahmatullah..jadi tidak berpeluang untuk mengali asal usul sebanyak mungkin...yang ada-ada cuma tahu sedikit2 tapi tidak tepat. Namun begitu saya akan tetap mencari tanpa jemu.

kak lina, cutenya yg masa umur 4 tahun tu...walau pun nampak mcm muka "terpaksa"..ahakss, paling tabik kek 3 tingkat tuuuu.....kagumm pakcik!!!

mama ranggie >>
Dua tiga kali pun takpe, janji kita kenang jasa org2 dulu...

idham >>
TQ krn sudi link. Sama2 kita dpt manfaat, insyaAllah. Pandang belakang sekali, pandang depan dua kali...takut tersondol bendul.

anonymous >>
Kalau bukan kita yg mencari, siapa lagi? Teruslah berusaha & jgn sesekali give-up.

mat gebu >>
Siap dgn tulisan H-A-P-P-Y sekeliling kek. Jom kita pakat buat, nak? Tapi saper nak makan, eik? Budak2 kat umah ni dah jemu...

Kak Norz,

Salam Kak Norz.. wah best ni entri ni.. mengimbau kenangan lalu..

Al-fatihah untuk arwah ayah Kak Norz....

Kak Norz pernah tinggal di raub ya.. pastinya waktu itu, saya baru umur 1 tahun tinggal di sana.. yelah ayah saya Polis.. sekitar awal 70an..

Yelah doll dulu2 kalau baring matanya tertidur kan.. he he.. canggih2..

Salam, datang dr jun's blog. cant help to drop a line when i read tht ur fr raub. i went to smsr (first batch 83-87) and tho those time there was practically nothing there besides estates, my 5 yrs there is 1 of the best time in my life.

my fondest memory was walking to the kampung w a pail everytime we ran out of water. the kampung folks were very nice to us and some insisted tht we have tea at their home. until the teachers warned us not to accept their offers anymore.

unclej >>
Byk peralatan RETRO yg dah lama, meninggalkn kenangan/nostalgia baki kita, huhuhu. Hanya foto jadi kenangan, kan?? Macam mana agaknya 40 years from now? Mesti mereka memandang ke tahun 2008 ini dengan perasaan seperti kita 'melihat' ke awal 1960-an.

kasawari >>
Ohh, biasa di Raub? Untung jadi anak polis, berpindah randah & kenal ramai jiran tetangga. Mesti ramai kawan, kan?

farina >>
Memories, yeah. And now u r really far in California...during that time, I bet, it didn't cross yr mind that u'll settling down there, kan?

Anyways, my best wishes to u & family. May yr life be full of wonderful things...