21
Tanggapan pertama saya tentang Kasawari - dia seorang yg amat cool. Tinggi orangnya, sesuai jika bermain basketball. Mudah tersenyum dan lirikan matanya begitu santai dan bersahaja. Karektor fatherly dan nampak sangat "boleh diharap". Begitu sabar dia menolak kerusi roda Linda yg akan menemui doktor (esok) bagi menjalani pemeriksaan lanjutan. Begitu memahami dan memikul tanggung jawab dengan begitu luhur. Caya la, bro!

Linda yg bertudung merah jambu amat manis dan ayu. Sungguh hangat dakapannya sewaktu saya memeluk erat dan mencium pipinya. Selalu melihat dia di dalam foto dengan anak-anak, rupa-rupanya begitu jugalah dia di alam realiti. Sangat lemah lembut dan mudah tersenyum. Sesekali dia akan tertawa kecil sambil mencuit mesra lengan suami di sisi. Alangkah romantisnya sentuhan itu...! Ehemm.

Tempat pertemuan pertama, di hadapan McD Alamanda, Putrajaya kira-kira jam 1.15 tengah hari Isnin, 070108. Itulah juga kali pertama Kasawari (yg sudah lama teringin, khabarnya...) bertemu dengan Budin. Mereka bersalaman sambil tertawa kecil dan menepuk-nepuk bahu. Bagaikan tidak percaya bahawa orang yg selama ini hanya ditemui di alam siber kini sudah berada di hadapan mata!

Kami beredar ke anjung Food Court di mana dedaun pokok2 palma beralun-alun dibuai angin yg sesekali melewati. Di situ lebih open dan dapat melihat langit biru dengan kepulan cumulonimbus yg memutih. Kami bertanya khabar dan dengan Linda, saya sempat bercerita perihal buku masakan dan novel.

Kira-kira 10 minit kemudian, Uncle J muncul dengan 2 anaknya (baru dijemput di sekolah). Cerita punya cerita, terbitlah kisah yg dia pernah bersekolah asrama. Saya tanya, sekolah mana? Tak sangka sama sekali, rupa2nya dia bukan setakat seasrama tapi juga satu batch dengan NY (sekitar 1972-77)! Aduhai, betapa kecil dunia ini...kami gila2 bergelak sakan kerana ia benar2 di luar dugaan! Seolah2 saya berdating dengan classmate suami...hampehh!

Perbualan bertambah rancak. Kalau duo Uncle J dan Budin penggamat keadaan, Kasawari penambah haru-biru. Sesekali kami tertawa juga teringatkan telatah bloggers yg pelbagai ragam. Kerap juga cerita Kasawari mencuit hati. Kami tergelak melihat Uncle J ketawa hingga merah mukanya! Budin pula tidak berenggang dengan handphonenya, sekejap dapat call, sekejap sms, tentu melayani 'seseorang', ekk elehh...

Menjelang 3.30 ptg, hujan gerimis membasahi bumi. Angin dingin terasa menyegarkan. Namun kerana tuntutan masa, kami terpaksa bersurai. Alangkah bagusnya, kami sepakat menyatakan, kalau dapat berweekend di resort dan terus berbual sehingga larut malam sambil menikmati barbeque di bawah cahaya bulan purnama...hihi, cerita keliwon pulak.

Kasawari, Uncle J dan Budin adalah watak2 dalam dunia blogging yg bagi saya, sangat down-to-earth. Jika zaman dulu orang berkenalan sebelum jadi akrab dan seterusnya mesra....kini, kita saling mengenali dan mesra di dalam blog sebelum bertemu. Bayangkanlah betapa 'syahdu' dan uniknya! Sesungguhnya, pengalaman begini tiada ternilai dengan wang-ringgit.

Sama cantik, sama padan,
bagaikan pinang dibelah dua,
hati terpaut melihat mereka,
sesudah berkenalan teramatlah mesra...

Post a Comment

Femesss dahhh tu!!!...caya lah, mula2 terkejut juga bila baca satu n3 kasawari kata wife dia dok atas kerusi roda...moga Allah memberi kekuatan untuk Pn. Linda berusaha terus sehingga pulih....ishh suami mithali rupanya kasawari nie kan kak lina....datuk tabikk sama lu laahh!!!

very good entry norz...terpana saya membacanya, especially line "kepulan cumulonimbus yg memutih"..fuhh dasat tu novelis ni bg description!...hehehe

tu ler..tgh hari td sy berdating pulok dgn isteri ex-classmate sendiri ..isk isk..keciknya dunia nih...

perasan jugak Big B tu..bz dgn henpon dia jer, kurang pulak bercakap kali ni..sapa ek yg dilayan tu???

as usual,i had great time meeting u guys...mmg tak sah kalau jumpa bloggers tak gelak2..

ye betul norz..mmg pengalaman begini tidak dpt dinilai dgn wang ringgit sebenarnya...persahabatan tu yg lebih bermakna kan?

bila dah ready rendang limpa tu bg tau ekk...ekeke

Norz - adoii.. baca entry u ni mcm baca novel .. hehehe..
ayat2 puitis tu :)
nak bagi komen pon rase malu sbb ayat ni memang x setaraf langsung! hahaha...

mat gebu >>
Mmg boleh 'rasa' aura cinta mereka berdua...cewahh, terover laks makcik nii. Anyways, tgk diorg teringat zaman muda2 dulu..ahaks. Dah veteran ni len la sket...cara pandang pun x semengancam dulu. Hmm, memandai jer akak ni.

unclej >>
Masih terus tersenyum saya ni teringat 'Hari ini dlm Sejarah' kelmarin. Unsangkarable sungguh laa. Patut la kita mudah mesra, rupa2nya ada 'kaitan' yg akan terbongkar akhirnya...hehe, lawaks of the month.

Big B kemain lagik ngan henpon dia, nak minum pun x senang. Mcm la kita xtau dia tgh mabuk cinta tuu..wakaka.

hannan >>
Relax aar...deep down I am just like the lady next door, hehe. Ayat2 puitis tu bukan apa, nak tarik orang suruh pi beli novel (taktik jualan langsung, ahaks..). Teringin nak pi Moscow, nanti boleh tulis novel psl jatuh cinta kat sana pulak...uhuk uhuk..mintak dextromethorphan tuu.

norz..mmmuahhh, tempat borak tu wat hal ler..norz kna ambik bibik jaga kt situ..hehehe. bestnyer, sronok yer..dah jumpe kasawari tu..pas ni byk lg idea norz wat novel sbb jumpe lg ramai org ni..heee. bila nk jumpe jun? hahahahahaa..tp kna bwk ciskek, kwang3. hugs n kisses....

norz..cute couple tu tauu..

~ hugs & kises tu norz..

jun >>
Nak jumpa mak2 org ni payah ler sket psl depa byk komitmen...hehe. Nanti one fine day, soon, insyaAllah kita arrange something, k? Ciskek perisa apa tu??

combi >>
Muahhs to u, too.
Memang best dua2 tu.
Mcm sedang honeymoon lagi lakks.
Semoga mereka terus tabah menghadapi apa jua dugaan hidup, kan?

Kasawari yang ku tahu, kepala kecik, leher panjang dan badan besar. Tapi kasawari yang aku baru jumpa ni, dari atas sampai bawa sama saiznye. Best jugak gitu..

Aku tak pandai buat n3 pasal pertemuan. Bukan tak hargai, tapi memang tak pandai. Tapi setiap n3 yang kawan buat saya mesti komen. hanya itu yang saya tahu.

Pertemuan semalam memang seronok. Dan terima kasih atas hadiah yang Kasawari bagi tu. Mulanya saya ingat cd menteri tu sebab Kasawari dari Johor. Hehe...lawak je ni.

Ada beberapa orang yang sms saya pada waktu tu. Sebab tu saya kurang bercakap tapi tak kurang gelak. Faham tu... tak kurang gelak. Maknanya apa saja perbualan UJ, Kasawari dan Norz saya ambil perhatian.

Tapi saya jeleslah. Tak ada orang kenal saya... Pertemuan semalam bagaikan Jejak Kasih antara UJ dengan suami Norz. Dapat pahala tu Norz...

salam awal muharam kaknorz, wah ade jejak kasih ye kat sini ;)

duniabudin >>
Kami faham la, rich & femes gitu. Saya sempat cuit Linda bila fon u berbunyi bertalu2...(kenyit mata) & kami tertawa kecil.
Pertemuan selalunya menghiburkan & seperti yg saya sebutkn di Alamanda itu, makan tak penting. Haha.

ah mon >>
Salam Maal Hijrah to u, too! Memang byk kejadian di luar dugaan, betapa besar kurniaan Ilahi...

salam norz , hahah, nak dextromethorphan ? sape yang terbatuk2 ni? Jom2, jemput datang ke moscow! Ni final year kite kat moscow, lepas ni xder dah.. meh datang cari inspirasi kat sini, kalau x jumpe inspirasi kat sini jugak, kite pergi cari konspirasi mat gebu dan ikan keli nya

Norz,
Hebat, moga bertambah mekar dan semarak pertemuan antara sesama blogger. Memang ayat novelis Norz benar-benar power.

Tiada kata yang dapat saya gambarkan bagaimana terharunya saya bila membaca entri ini, kepenatan perjalanan tidak terasa ketika itu, saya sempat membaca sekali imbas entri ini ketika di rumah Bro KS bersama UncleJ, waktu itu, kami bertiga tengah sama sama bersembang, dan UncleJ pula masuk ke blog Kak Norz.. hebat sungguh ayat dan penceritaan dari Kak Norz tentang pertemuan ini..

Bagi pihak Linda, saya ucapkan terima kasih di atas pemberian yang amat kami hargai itu.. Memang betul tak sangka dapat bertemu Kak Norz dan Abang Budin kita ini.. walau Budin pada ketika itu amat amat buzy dgn handphonenya.. he he.. Malah saya sempat ngadu pada UncleJ.. kenapa Budin jadi pendiam.. he he.. Tapi memang lawak jugak Budin ni kan..

Nanti kalau ke Johor.. jangan lupa eh contact kami pula.. he he

hannan >>
Nanti nak pecahkan tabung utk tiket ke sana..ahakz.
U ni kelakar la, kenakan Mat Geb (u sengaja ditinggalkan, bukan typo error) seround.

abang putra >>
Ayat power? Hihi. Ada chance tak kalau saya mintak kerja kat RTM Sarawak??

kasawari >>
N3 itulah apa yg ikhlas lahir dr hati akak. It was wonderful meeting both of u. Memang kenangan indah. Dengan double duo gempaq tu, lagi la treble happening.

Kekelakaran Uncle J memang x dpt dinafikan seiring dgn gelaknya yg terus terngiang2 di telinga. Budin bagaikan 'lost his touch' sikit tapi tetap 'bersama' kita, kan? Sesekali menyampuk dgn usikan & sempat menyakat...

Apa2 pun it was simply great! InsyaAllah kalau ke Johor, akak akan get in touch, k? Salam mesra utk Linda.

To My friends:

Tahniah pada kalian kerana merelisasikan kemudahan masa kini. Internet! Yang jauh dirapat-rapatkan, yang rapat dimesra-mesrakan. Yang mesra, apa nak buat yek? hehehehhe. Pastikan impian berjumpa semua blogger di resort pastinya akan disusunrapi oleh UJ dan Bro B! Norz bersedia menjadi s/u nya...kan norz kan? Pastikan jadi! Cuti sekolah bulan 3 semakin hampir....persedian rapi boleh disusun kini agar impian menjadi realiti, anak & isteri/suami dibawa sekali...