25

Tamarind Hill terletak di Jln Kerja Air Lama, Ampang. Restoran yg agak tersorok ini dibina di lereng bukit. Udara nyaman, bunyi hutan & air mengalir menyambut kedatangan. Laluan berbatu kelikir menuju restoran utama. Masakan bercirikan Laos dan ala-ala Thai.




Suasana cukup harmonis dan romantis. Dekorasi kayu mengisi ruang dan haruman kemboja serta lilin serai wangi memenuhi udara. Boleh menikmati sajian sambil menghadap kehijauan pokok dan rerama berterbangan. Kuntuman teratai beralun lembut dalam kolam berdekatan.


Sempat bergambar di laluan curam menuju ke lembah. Pengunjung boleh bersiar-siar
meredah nature trails sambil melihat rimbunan palma dan landskap yg luarbiasa indah walau masih mengekalkan identiti wild. Coretan kenangan ini sempena jemputan Lite-n-Easy FM untuk menyaksikan
demonstrasi memasak seorang chef dari Italy.


Post a Comment

wah..tempat tu nampak mcm best..makanan dia sedap tak?..mesti mahal yer...saya suka citarasa siam..sedap dan tak muak..kalau disini paling saya suka Restoren Vichuda di Damansara Utama..masakannya kena dengan selera saya...
Tapi agaknya masakan siam Norz lagi sedap kot...bila la dapat merasa air tangan norz nih....

http://dill-cakes.fotopages.com

Boleh jadi "duta" restoran tu laaa....

wow... love the description!!!!
no wonder diorang jemput u..
hehehehe... mane gambar makanan kat sana ek?
mcm best jer suasana restoran tu.. ala2 resort la ek :)

Assalamualaikum,

Nyaman dan mendamaikan. Tempatnya berdekatan Bukit Belacan ya?

fadzilsalleh >>
Pasal harga, not sure sgt sebab time pergi tu, semua ditanggung beres. But its worth it sebab surrounding yg sungguh menarik. Makanan authentic & sedap2 juga la. Toilet dia, all black & bersih serta wangi sungguh. Jom kita dating kat situ, nakk? Hehe.

mat gebu >>
Emmm, jadi "duta" teruk la, kena 'bersidai' aje kat situ bila2 ada function...gerenti depa cari "duta" yg gebu sikit baru la org percaya makanan kat situ sedap. Ahakz.

hannan >>
Thanks for appreciating it.
Gambar xde coz the function was very formal (hehe, segan nak snap). It was very memorable, indeed. Great outdoors, fresh jungle smell yg mingle dgn herbs & spices - truly enchanting. Mlm2 boleh candle-lit dinner while watching fire-flies. I recommend for couples in love. Haha. Check-out their website.

mya marja >>
Waalaikumsalam.
Ikut jalan lain ke Tamarind Hill. Tapi mmg tak jauh jugak sebab area Ampang. Nak ke Kelab Darul Ehsan banyak sign boards. Just drive terus mendaki bukit. First time pergi situ, saya rasa nak bina rumah mcm tu...bilik berkarya & dapur menghadap hutan. Sure byk ilham. Inilah impian saya, x tau bila nak jadi kenyataan...uwaaa.

Amboii kak norz..betul lah cam duta restaurant tu jek! Siap baju hijau lagik, dah kena dgan theme tempat tu..cantik sungguh Puteri Hang Li Po sesekali bergaya manja gitu..!! Emm nnt g KL nk try cari tempat ni..(*hehe..cari nk lalu je kot..). How'w the price kak norz? Ok ke..n worth it?? Nnt kita sume leh gathering situ kaannn..

Sori kak norz, ada slip of the fingers sikit type tu..hehe.. How'w = How's...hayyyaaa..

wahh..tenang je masok blog ni..mmg cool..nice blog..salam kenal kak norza..

penulis novel ke??ter'tengok komen kak yaya...terus masok blog kak norza nie...teruja lah gak...

Tak byk nyamuk ke kat situ kak lina..kang sedap2 dating balik rumah, montot semua bintat2....

Hai Kak Norz,
Mula-mula lihat gambar kak norz macam kenal....bila dah jenguk blog kak Norz dan baca profile,patut lah macam kenal....selalu tengok senyuman kak norz dalam majalah Mingguan Wanita column cerpen dan novel.Exciting lah dapat berkenalan dgn penulis terkenal macam kak Norz.

ummi >>
Restoran tu tak nampak dari jalanraya sebab jauh di tepi lereng bukit, situ tersorok dan hanya nampak pintu gerbang kecik macam nak masuk rumah2 Laksamana zaman dulu yg siap dgn pengawal berlembing & bertanjak.

aleeya >>
Selamat dtg, singgahlah selalu. Akak dah visit ur blog. Ur baby so cute...Best wishes for 2008!

darlingirdina >>
Welcome, jalan2 la sini tengok. Ada resepi, ada visit2 ke Makam. Malah ada 'wajah' Hang Tuah kat n3 lama2. Ur name irdina ~ very unique gitu.

mat gebu >>
Diaorg ada nyalakan some sort of 'ubat nyamuk' yg harum baunya (mcm incense) bukanlah jenis yg coil mcm Fumakilla tu, uhuks. Dtg la KL, akak bawak pi sana...

pat >>
Selalu nampak kat blog Budin, kan? Akak bukanlah penulis terkenal ~ biasa2 aje...ada la sikit2 buku masak ngan novel. Akak pun seronok dpt berkenalan ngan Pat yg sungguh la happy-go-lucky. All the best, k?

Ha'ah,selalu nampak kat blog Budin..Happy-go-lucky ke Pat ni??hehehe

kak... sesekala tukar selera best gak..naper server down plak kat tag borak sebelah

Pat >>
Cara senyum pun dah tahu. Lirikan mata pun mcm 'nakal' sikit..bila masuk blog Pat, laa...ada tulis kat situ rupanya, mmg happy-go-lucky. Akak agak dah dari yr comments kat blog Big B.

laila kamilla >>
Kdg2 mmg tmpt borak tu ada gangguan. Selalunya, 2-3 mins okey balik. Sedang menyiapkan novel ke tu?

tamarind hill dah bertukar menjadi tamarind spring..skrg tmpt tu lagi cantek..1 tmpt ader 3 restoran skali taw..thai,malay mix thai dan italy style..yang malay mix thai tu di panggil mandi2..mmg best la tmpt 2..dah byk kali sy pegi..mkan pown sdap2..xcyer wat la booking..huhuh