24
Sudah setahun berlalu. Namun Majlis Pelancaran 5 Novel ini masih terasa kehangatannya. Setiap penulis pasti rasa dihargai dengan adanya majlis seumpama ini. Ia umpama sebuah pengiktirafan untuk kejayaan menghasilkan novel. Ia juga bagaikan medan untuk penulis memperkenalkan novel2 hasil karyanya. Menjadi penulis tidak mudah kerana anda tidak hanya perlu mengolah ayat2 yg sesuai tetapi juga perlu ilmu untuk meluahkan apa yg terdetik di sanubari...
Warna tema oren-putih sungguh ceria. Belon2 warna senada memeriahkan. Dewan Singgahsana dihias indah menunggu ketibaan tetamu dan media. Makanan secara buffet enak dan ala-ala Hari Raya dengan lemang, rendang dan pulut kuning. Persekitaran suram dgn lampu2 sorot yg tersorok, menghadiahkan suasana romantis sekaligus melekakan.

Kek perisa oren (bersesuaian warna tema) hasil tangan penulis yg diraikan. Kulit buku setiap novel ditempah khas (menggunakan imej komputer pada aising khas yg boleh dimakan).
Bersama Ogy Datuk Ahmad Daud dan En Norden Mohamed (Pengurus Besar Alaf 21) bergambar dengan kelima-lima novel. Pelancaran dirasmikan dengan mempamerkan poster di belakang itu. Ogy begitu easy-going, mesra dan peramah serta kelakar biarpun itulah pertama kali kami bertemu.

Dikerumuni wartawan media cetak & elektronik. Berdebar kerana risau tersasul, tersilap cakap atau tidak menjawab soalan yg dikemukakan dgn tepat. Mereka melakukan tugas dgn hebat di setiap function sehingga kadangkala tak sempat menikmati juadah yg terhidang.

Sesi berfoto. Antara selebriti yg hadir, Richie Rachmen, Meor Hashim Manap & Zaibo. Juga Adam AF, Bill Bora (publicist terkenal), CEO Inst.Terjemahan Negara, En Shaharudin Ali, Editor Jelita, Pn Wan Sabariah & rakan2 penulis. Terima kasih pada warga Alaf 21 yg telah sama2 menjayakan majlis ini. Sesungguhnya budi kalian tidak dapat dibalas.

Post a Comment

tahniah norz...
semoga lebih cemerlang dan cemerlang....

Norz...
Proud of yer...mahir dalam banyak perkara....izinkan saya memasukkan blog norz dalam capaian ke blog saya...
bravo sis

Norz, sy ade 3 - Arca kasih,Arjuna hati,Getaran Rindu...sy beli sebelum kenal norz sebagai teman blogger. 2 lagi tu sy dah baca, pinjam

kaknorz novel pertama yg nina baca permata hatiku. Rasanya tulisan kaknorz lately ni semakin 'UP'. Tahniah

Walaupun mat tak de novel2 kak lina, tapi tercuit hati dan rasa bangga laah tgk kak lina..aiseyy kembang sat...lagi satu sifat rendah diri kak lina tu..memang guaa tabik menonggeng!!!!...tahniah kak lina...we all lovee u..ahakss!!!

aiyaa !! manyak tantekk oooo nyonya..baju kaler olen,tudung olen,kasut olen..aper lagi olen yg saya titak lampak ..cecece


~ kek tu sygnyerr nak mkn..tantekk tangat maaa...

~ cyg hg ~

fadzilsalleh >>
Same to u & yr business. Semoga tambah produktif. Saya tumpang gembira tgk kejayaan kawan2 bloggers...

mulan >>
Silakan link.
Boleh kita terus berhubung.
Salam sejahtera..

jie >>
Thanks a lot kerana menyokong saya sebelum kenal saya. Skrg jie bebas nak komplen, hehe, demi meningkatkan penulisan saya, insyaAllah.

nina suria >>
Makin matang kut, hehe.
Untukmu Permata adalah kisah benar, so limited experimentation. Saya suka mempelbagaikan karya. Mencabar minda sendiri.

Bila buku masak nina yang seterusnya?

mat gebu >>
Luv u, too! And all the other bloggers yg telah "menemani" akak di kala sepi malam. Dulu kalo ngantuk jam 2 pagi, cari bantal...sekarang bukak blog, baca, ketawa dan mata pun terbeliak. Tq.

Kita bermula dari bawah, Mat...so there's no reason to membangga diri. Kalau tiada masa nak layan, tu benar2 sibuk..

echah_syed >>
Oren memang menawan, beb. Warna mentari di pagi hari, warna mentari di kala rembang senja. Yg bestnya, Ogy tak pakai oren so dia stand-out antara org2 lain.

~ muahhs ~

Congrats Norz...walaupun dah setahun launching tu...

Next time launch novel,saya nak ikut ler..nak jumpa artis jugak....hehehe

Arjuna Hati tu..ada kena mengena dgn Mrs Arjuna tu ker?

unclej >>
TQ. Time stands still when the occasion is memorable, kan?

I'll inform u bila ada my Book Launch, ohh...minat nak jumpa artis, eik? Tell me, saper yg top on yr list...?

Takde kena-mengena nyer dgn Mrs Arjuna. Haha. Ni la first time I dengar nama dia - when 2 ex-classmates mula imbas kembali nostalgic moments. Meaning of arjuna hati = pujaan jiwa. Lebih kureng.

Tahniah sis! wahhh seronok kan... itu cita-cita my anak bungsu untuk launch buku dia suatu hari nanti... I'll asked her tu view your n3 when she's free... dah sekolah dia tak sempat nak dok berblog :D

Oh, pokcik pun masih ingat saat itu. Lebih2 lagi kek oren yg menggebu2 gitu.. jadi "kekless" gitu dibuatnya. Sampai ditapau2 lagi tu..

Ah, entah bilalah lagi dapat bersua kek yg sebegitu..

Norz!!!! WOW... u are a superstar! Jap, nak tabik dulu :)
WOw... x abis2 lagi wow ni...
that's really cool.
what u have achived it's really great
I have an upmost respect toward u!
Congratulation...
such a wonderful event to celebrate such a great achivement :)

p/s - really cant wait to read ur novels!!!

Oooo... rupanya pokcik mersik le tukang kekless tu eh??? Patut le baunya pun tak sampai ke Taman Melati (masa tu, skang kat Sentul dh. hehe...

Semoga terus sukses, sis.

Jap nak pi beli novel norz...memang teringin nak beli tapi masa lom mengizinkan sebab bab membaca dah jadi no berapa tah!Norz akan ku miliki jua novelmu sayang!Aku bangga bila melihat novel mu memenuhi ruang rak kedai buku yg ku kunjungi!Cuma aku jer lom sempat nak baca..bz amat dehs..
I'm proud of you norz...tak sangka teman merapuu di blog rupanya sangat hebat...huhuhu!

umi_e >>
Baguslah, beritahu yr daughter, writing should always be a hobby sehingga brjaya dlm pelajaran.. unless of course, she takes up English Literature, for eg. later on. Dgn Ainin Naufal macamana? Ok?

mersik >>
Ingat lagi kek yg gebu tuu.
Isk isk, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula mende makan. Caya ler. Teruskan berkarya sehingga titisan dakwat printer yg terakhir...kim slm kat Dol Leman.

Doc Hannan >>
Thanks a zillion, man.
Really appreciate it. Well, I suppose occasions like that do give writers a reason to work harder on their creativity (ie books), am I right?
I cant wait to hear yr opinions after you've read my novels, hehe...

Ainin Naufal >>
Thanks, dik. U masih muda dan byk masa lagi di masa hadapan, insyaAllah ada rezeki takkan ke mana. Keep on working hard, jangan sesekali berputus asa!!

tirai hidup >>
"Teman merapu" tu yg mahal, wakaka. Ku merapu sambil2 mencari ilham & mencuri idea (ehehehe) & mengamati bagaimanakah sebenarnya suasana dunia bloggers. Jerit pekik, hilai tawa, rajuk pujuk, tikam belakang, nanes2 semua tu takkan kita alami kalau bukan kita sama2 bergelumang dlm dunia yg hanya dpt digapai di hujung jari-jemari ini!! Ku byk belajar drpd org2 yg hidup dlm pc, ekekehh. (meminjam kata2 Jie)