27

Banyak pengalaman menarik yg saya tempuhi sepanjang menjadi Hakim dalam pelbagai pertandingan masakan. Paling banyak kenangan, Chocolate Cake Championship yg diadakan untuk chef2 dari hotel2 5-bintang di sekitar KL/PJ dan Kelang. Bukan hanya dapat merasai hampir 20 jenis kek coklat tetapi saya juga menjadi Ketua Juri. Juri-juri lain terdiri daripada selebriti seperti Azwan Ali, Shafinaz, Khatijah Ibrahim, beberapa fashion icons yg terkenal dll.

Sesi merasa dalam bilik bertutup paling kecoh. Mereka membuat pelbagai komen yg melucukan & mencuit perasaan. Masing2 mempunyai andaian tersendiri yg kelakar. Sampai ada yg sanggup kata, Kek yg nenek I buat lagi sedap daripada nii...!! Bayangkanlah, kek coklat berpuri mangga, bercampur rempah, berhias buah yg beraneka jenis sehingga ada yg rasa coklatnya terlalu memuakkan. Mereka sepakat mengatakan, habislah diet...
Adibah Noor & Kudsia Kahar tertarik dgn hiasan
yg pelbagai rupa & menggunakan bermacam jenis teknik.
Paul Moss agak friendly dan amusing,
berbeza daripada yg selalu anda lihat di kaca tv.

Sesi perbincangan dengan Nasha Aziz perihal aspek2
menarik pada salah satu kek yg dipertandingkan.

Kek yg memenangi kategori Kek Paling Kreatif.
Arca keemasan itu dibentuk drpd gula hangus.
Dua buah lilin kecil menyerikan lagi.
Menggunakan pelbagai teknik hiasan serta gugusan strawberi.

Dua tingkat kek berbentuk bulat dengan sebiji kek berbentuk bola
dan gelas berkaki berisi bebola coklat putih dan coklat bitter-sweet.
Hakim sependapat ia macam tak cukup hiasan.

Kek berbentuk padang bola dgn jersi setiap negara yg bertanding
di dalam World Cup 2006 dilekatkan di tepi keliling.
Arca di sebelah kanan gabungan bebola coklat susu dan coklat putih.
Idea bagus tapi kurang menonjol dari segi persembahan.

Post a Comment

waaaaaaa
nasha aziz tuuuu..
huhuhh.. bole arrange kan i dinner ngan die x akak?
hhahaha.... my fav actress tuu...
akak, i have to say,u have one of the best job in the world!!!!
bessstt sgt :)
jelesssssss

hannan >>
Do u know that, among photographers, Nasha dikenali sebagai 'The Media Darling' sebab dia sungguh sporting & willingly stayed back to pose for the cameras. She's really nice & friendly, too. Nak dinner ngan dia? I'll see what I can do, hehe. (ps: How abt in exchange for a bottle of perfume, haha!)

U jealous of me? I thought I yg jealous of u ~ dpt travel to Europe, visit Venice lagi, my dream city, huhu. Anyways, I do have one advice - enjoy whatever that u do & u will not only light up yr life but also others!!

Kak lina, nak tergelak pun ada bila kata nenek depa buat kek lagi sedap, yelah tekak org melayu dah biasa bedal kuih baulu, kek belang dan kuih bingka....betul tak walaupun dunia moden dan org2 melayu kita makin cerdik pandai, tapi citarasa makanan tu ada segelintir masih di takuk lama, bila rasa yg aneh skit je terus tolak tepi, paling sebagai contoh, "ayah" ah mat sendiri, bila makan kek yg berempah, dia terus tak mau, siap komen kata "macam ubat utk org bersalin"...ishhhh...hot kejap masak tu!!!...Dr Hannan minat kat nasha aziz yeaa....sesuaiii tu!!!

hahaha.. 2 botol perfume saya kasi kalau dpt dinner ngan si nasha tu....
not that i gilerkan die..
it's just.. I do have a lot of respect for her, and she's so adorable in the film
just wanna see her in real life..
must be a very interesting person!

mat gebu >>
Memang some people cakap ikut sedap mulut aje. Kadang2 sesaje nak curi perhatian org lain. Yg best nyer, part yg ada kaitan dgn bahan2 kek tu, semua refer kat akak...terasa 'penting' la sekejap. Ekekehh.

hannan >>
Akak ada this vague feeling that one day she might be yr patient... then you'll definitely get 'real close' so to speak.

Best wishes for yr exams tak lama lagi...

wa :) best nye menjadi juri bersama-sama dengan artis popular tanah air :) Siap merasa kek coklat yg sedap2 pulak tu :) Eh,kirim salam kat akak Adibah Noor!Best!Suka lakonan and nyanyian dia.Memang bestlah kerja macam kak norz.

wah..pertandingan coklat kek!!!!!!!!!!!!!..saya kalau masuk pertandingan ni kot juri nak bagi markah rasanya part rasa kek la..presentation hancur kot!!...hahh..haa..hhaaaa.....

citer bab coklat kek ni, my regular customer for choc kek kalau order mmg nak CHOC MOIST...tak mo hiasan lebih2..nak makan ajer..nanti taruh tu taruh ni..rasa choc moist yg sedap tu lari!!!!!!!..saya pun rasa macam tu..lets enjoy with the original taste....baru ada koww......!!

aduahai Ho Ah Lin...itu Nasha ajis manyak cantik...cakap pun manyak soft... Wa pun minat sama lia..Itu hali wa pun aler jumpa sama dia,dapat klik2 foto modelling, close-up lagi...cunn maa. Itu cake bola wa manyak suka lo...kalau letak logo chelsea, wa simpan dalam almari kaca kasi display.

Mmg nasha aziz tu "hot" kan...kalau tak, takkan KuNadzri pun ternganga!!!...ampoonn kak lina!!. Tak pelah dia org at least nak jga tau bahan apa yg digunakan utk buat kek berperisa "aneh" tu. Nasib baik kak lina ada...Mat pun selalu cakap kat sedara mara, u ada masalah masakan, sila ke blog kak lina..Perasan tak ada org nie tanya pastu tanya lagi soalan yg sama (termasuk aku ke?), kalau dah bagi jawapan tu salin laa sebagai rujukan....hmmm ah mat gebu pulak yg overdose kat sini...sorryy!!

pat >>
Kek Coklat tu ada yg rasanya entah apa2...lagi pun bila dah banyak tu, mula la 'rambang lidah'...lepas kek ke-6 semua orang mcm "mabuk coklat" hehe. Yg laser tu aper lagi, aahh, tempias laa pulak air liur...hehe! But it was enjoyable. Semua yg glam & fofular tu pun tak kisah tak dpt duit (for their time) tapi still dpt voucher utk shopping kat kedai British India...

fadzilsalleh >>
Akak pun setuju. Kek coklat sedap makan begitu saja. Bila letak krim ganache & segalanya itu, tambah manis & lemak langsung melekit2 kat tekak, hilang keenakan sebenar. Wahh, macam iklan la pulokk.
Choc Moist pun fav akak. Jgn lupa tu, haha.

kunadzri >>
Aiyaa, lu pun suka sama Nasha, maa..mana lelaki yg tatak suka sama lia?? Nasha mcm doll. Manyak sweet & body manyak anggun. Dia pun manyak manjer, seme lelaki boleh lemah lutut, lorr. Maayaak untung, mehh, jadi Nasha.

mat gebu >>
Uiikks, mat pun suka Nasha? Kalau camni, berani gigit jari 99 out of 100 guys suka kat dia. Tinggi lampai, tak tercapai la pulokk dek mat nanti. Amponn.
Bab tanya soklan masakan, tak kisah la tertanya 2 kali, janji dpt manfaat. Kita mana boleh lokek ilmu, kan? Kalau x tahu, cakap aje x tahu...atau tanya org len yg lebih brpengalaman.

Ishh puji2 nasha aziz je, batuk2 pulak "si media darling" tu, tapi kak lina pun apa kurangnya. awet muda paa!!....kak, ada tawaran untuk rancangan TV ke tahun 2008 nie?

moga2 jadi la akak... iskh2... x baik doakan orang sakit...
tapi tu jer la satunya cara nak jumpe close up and personal ngan nasha kan... hahaha

mat gebu >>
Belum ada tawaran. Aritu utk buat Siri Koko tapi akak kena tolak pasal ada hal lain yg tak kurang pentingnya...

hannan >>
Bukan doakan tapi hakikat la kan, nak bersalin ke...contohnya, tu bukan sakit tapi 'baik', hehe.
Kalau takde orang sakit, aiik, camner doktor nak cari makan...

Stay cool always, k?
Have a splendid weekend.

Hannan, bukan laa doa, tapi kata org tua2, bila kita batuk2 kecil tu ada org sebut....tah2 dia batuk, orang "moscow" sebut kot...

wah2 bestnya akak..dapat jumpa artis...hihihi

kek sape buat yg x sedap tu? kek nasha aziz ke kek paul moss?? hehe

err ape kata akak pos 1 resepi kek coklat yg besh, err yg simple dah le...kalo complicated kang x jadi lak :p

2 Norz,
Wah hebat sungguh Pn Norz kita ni glamour habis...Bravo!

Salam Norza...syoknya...sambil2 dpt makan beraneka jenis kek coklat..dpt jugak berkenal2 dengan celebriti ye...

dhiya zafira >>
Itu yg org kata, sambil menyelam minum air, kann?

izali >>
Nanti akak postkan resepi kek cekelat yg mudah...gerenti jadi & bahan kat kedai runcit pun ada. Lepas buat, u post hasil dlm blog u pulak, ya? Hehe..

abg putra >>
Tumpang glamour celebs tu. Namun ramai chef2 yg pertikaikan, apa kriteria celebs utk judgekan keenakan kek? Saya kata, ia hak penaja nak jemput sesiapa pun. Lagipun, tekak celebs ni "susah" nak dipuaskan, ya dakk?

kak lady >>
Betul tuu...tapi muak gakk sebab kek2 tu mewah sgt dgn rasa krim.. bak kata org, 'kembang tekak' bila menelannya. Apa2 pun mmg seronok gakk.

UNTUK MENJAWAB PERTANYAAN SHAI:
Makanan pada tahun 60-an.

Hidangan Utama:
*Nasi
*Lauk Ikan Sungai (lampam, jelawat) masak Asam Rebus/Asam Pedas
*Kerabu Pucuk Ubi/Bunga Betik/Perut Lembu
*Ulam Kacang botor dll
*Goreng Pucuk Paku dgn ikan bilis
*Goreng Ayam Kampung Berempah
*Ikan Sepat Masin
*Daging Salai masak Lemak
*Ikan Pekasam dgn Jus Limau Nipis & hirisan bawang merah
*Sambal mempelam dgn Udang Geragau Kering

Kuih-muih (khas utk buffet):
*Kacau keledek/labu
*Sira ubi kayu (rebus, makan dgn air gula merah)
*Pisang abu rebus (makan dgn kelapa parut campur gula)
*Lepat pisang/ubi kayu
*Air sirap selasih (merah)
*Sagu Gula Melaka
*Bubur Anak Lebah (guna tepung & air berkapur)

Lain-lain (savoury):
*Rebus ubi kayu dgn ikan masin
*Cik Abu Demam (seperti dadar), dimakan dgn kari ayam/ikan
*Botok2 (dedaun bungkus dgn isi ikan berkerisik)
*Pulut tanak dgn ikan masin & kelapa parut bergaram

TAMBAHAN (JAWAPAN DI ATAS)
Ada sejenis snek yg sgt popular waktu tu, kalau nak makan kena dgn sudu kecil. Ia dikenali sebagai ABUK-ABUK/HABUK-HABUK (bukan kuih yg sagu tu, tau?). Dlm bentuk serbuk (dibuat dgn tepung sagu & kelapa parut goreng & gula), warnanya putih kekuningan (sometimes dekat2 nak golden). Kalau tak hati2 masa makan akan bersembur keluar dari mulut. Banyak dijual dlm bekas2 plastik bertutup (microwavable containers) di Pasar2 Tani.

LAGI UNTUK SHAI:
*Lempeng
Samada tepung gandum campur kelapa muda parut, sagu (by itself), keledek atau pisang (manis). Lempeng boleh cicah kuah kari atau dalca.
*Bubur jagung pun favourite orang tahun 60-an.
*Candy kelapa yg pelbagai warna, hijau atau merah.
*Agar-agar bentuk buah yg ada inti pes kacang tanah bergula (org zaman skrg tak tau buat nii, hehe).
*Mi siput (jenis kering) yg digoreng, time tu mana ada mi kuning, bihun (susah nak jumpa) atau kuey tiau (makanan Cina aje).