5
Izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan khususnya dengan anda yg meminati bidang penulisan:

PESANAN UNTUK NOVELIS
Sebagai seorang penulis, percaya pada apa yang anda tulis. Percaya sehingga anda boleh melihatnya, mendengarnya, merasanya, menyentuhnya; barulah anda mula menulis kerana itulah aspek kehidupan yang sebenar-benarnya. Secara teorinya, lebih realistik anda menulis, lebih baik tahap keyakinan pembaca terhadap karya anda.

BENTUK NOVEL
Ini adalah di antara contoh-contoh bentuk novel. Sesetengah novel termasuk ke dalam dua atau tiga bentuk. Ia mungkin merangkumi aspek detektif, psikologi dan cinta. Jadi, jenisnya tidak terhad. Ada juga pemakaian teknik dalam novel (satira, misalnya) yang boleh dikatakan sebagai bentuk atau kategori tersendiri. Senarai ini hanya sebagai contoh kategori yang terdapat dalam pasaran:

adventure novel / anti-novel / autobiographical novel / best seller or pulp fiction novel / children's novel / islamic novel / cult or coterie novel / detective, mystery, thriller novel erotic novel / fantasy novel / Gothic novel / graphic novel / historical novel / interactive novel multicultural novel / novel of manners / novella / pastoral novel / picaresque novel postmodern novel / prequel / proletarian novel /psychological novel /regional novel romance novel / science fiction novel / sentimental novel / sequel / series novel / spy novel western novel


DUA KATEGORI TERPENTING
· Fiksyen- novel berdasarkan imaginasi
· Bukan fiksyen- novel berdasarkan kisah benar


PERKARA UNTUK MENILAI
Antara aspek yang perlu dititikberatkan dalam penulisan novel kreatif adalah:
· Tema
· Plot / Struktur
· Karektor / Watak
· Sudut Pandangan
· Suara
· Deskripsi
· Dialog
· Perjalanan cerita / Kronologi
· Bahasa
· Falsafah
· Teknik
· Agama
· Aksi
· Klimaks

Post a Comment

salam kaknorz, wah dah bentang soma tips nak jd penulis.

Kalo nina, suka pd penulis yg bisa membuat pembaca geram, frust, tinggal tanda tanya dan unexpected ending ahak ofcoz cerita yg rare spesis gitu

huhuuu..
tima acih ler ngan tip2 yang songgoh barguna itew...

bleh ler saya jadik palapis kak norz yer...

p/s: alaaa keje x dapat nak tengok akak kat awani...tapi musti ada repeat show kan...

nina >>
Cerita mcm tu, x ramai pembaca. So, penulis lebih gemar tulis novel cinta utk khalayak pembaca. Novel pulak mesti happy-ending. Kalau sad ending, kena ketuk dek pembacan.. uwaa.

muadzlife >>
Syabas ada niat nak jdi penulis. Akak doakan semoga berjaya dlm segala lapangan..

Assalamualaikum,

Terima kasih berkongsi ilmu. Harap nanti ada bengkel tentang rahsia Kak Norz sendiri dalam proses penulisan kreatif. Berkongsi rahsia menulis amat berat bagi kebanyakan penulis tersohor, adakah benar? Namun tidak bagi Kak Norz...cayalah!

Wah, bezlah ada bengkel FOC di sini.. DS dh lama mengikuti tips2 akak dr blogdrive lagi.. mmg bagus sgt n buktinya DS dh berjaya menulis mms sendiri.. kdg2 rasa x percaya pulak! hehe..