6
Buku Masakan berbentuk mini ini mengandungi 35 resepi yg diambil daripada buku Kuih-muih Melayu Pedas & Manis terbitan Marshall Cavendish. Ada resepi Kuih Makmur, Tepung Pelita, Cucur Udang, Khasidah, Kerepek Bawang dll yg pasti menjerat selera anda. Sesuai dijadikan cenderahati untuk rakan2 yg baru berumah tangga atau yg mulai berjinak dgn dapur. Elok untuk sesiapa yg ingin berniaga kuih-muih secara kecil-kecilan di musim2 perayaan. Semua resepi telah diuji di dapur saya. Inilah buku masakan yg pastinya kekal menjadi khazanah keluarga zaman berzaman...


Diterjemahkan daripada novel 'Zuriat' terbitan Alaf 21 Sdn Bhd, kini muncul 'Genetic Peril'. Ia mengisahkan keluarga Mohamad-Kamariah. Kelima-lima anak mereka menghidap penyakit genetik MLD yg boleh meragut nyawa. Hayatilah ketabahan keluarga ini dan rentetan derita yg terpaksa mereka lalui. Novel versi bahasa Melayu telah mendapat sambutan baik di kalangan penuntut perubatan, doktor, jururawat dan keluarga yg menghadapi dugaan mempunyai anak2 yg berpenyakit seperti ini. Diharap semoga novel ini berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Akan berada di pasaran kira-kira 2 minggu lagi...

Post a Comment

ada novel baru ek..mesti beli ni!

Assalamualaikum,
Tahniah! Novel terjemah sendiri, ya? Saya selalu nampak novel Zuriat itu di perpustakaan awam, namun belum sempat membacanya.

Saya suka ungkapan menjerat selera itu. Nampak buku resepi memang terasa hendak beli, sudah banyak pun beli buku resepi, tetapi tidak terbuat-buat juga resepi itu.

Tahniah Kak Norz.. Semoga lebih berjaya dan berjaya lagi..

kailan >>
Versi B.Malaysia iaitu ZURIAT pasti mengundang air mata tapi menginsafkan, percayalah..

mya marja >>
Waalaikumsalam. Bacalah ZURIAT kerana ia kisah benar yg meruntun perasaan.

Kdg2 beli aje buku resepi, musim nak try baru try..sama2 la ke dapur dgn isteri, mesti terhibur dia!!

kasawari >>
Thanks a lot. Setiap peluang jangan dipersia2kan, ehh? Ada rezeki takkan ke mana, macam jodoh pertemuan jugak....