28
Apa yg lebih bermakna untuk mengakhiri 2007 in-style? Double-dating dengan dua orang bloggers tersohor, chart-toppers Msjbox dan punyai ramai peminat seantaro Malaya! Yes, none other than you-know-who...
Mana lagi tempat pertemuan jika tidak di Starbucks, tempat berhimpun segala cappucino, frappucino dan minuman yg sewaktu dengannya. Di situ juga tempat bersantai segala macam cheesecake, pies dan kek.

Petang berbahang. Terik mentari membakar tempat letak kereta di perkarangan Jaya Jusco. Kami bertiga terserempak di situ. Kebetulan sampai pada waktu yg sama. Budin berkemeja-t putih manakala Uncle J berkemeja ungu muda. Mereka pernah bersua sebelum itu. Jadi, tiada masalah. Dari jauh kami sudah berbalas senyuman. Budin dan Uncle J bersalaman mesra sambil mengerling ke arah saya dan sempat bertanya khabar. Very gentlemanly, bisik saya dalam hati.

Kami duduk di bawah payung besar hijau tua di hadapan Starbucks. Order cheesecake, order frappuccino. Pertama kali bertemu tetapi memang tidak kekok bercerita. Tentang teman2 yg dikenali dan kawan2 yg sering memeriahkan blog. Demikian anehnya blogosphere kerana sebetulnya kita telah saling mengenali hanya tidak pernah bersemuka. Kemesraan itu datang dengan sendirinya meskipun hangatnya di situ, aduss...! Berpeluh jugalah kerana rasa excited pun ada. Haha.

Sukarnya untuk mencatat pengalaman bersama mereka kerana apa yg saya paling ingat, kami lebih banyak ketawa daripada bercakap. Ada-ada saja cerita lucu sehinggakan kami tergelak sakan sampai berair mata. Kedua-dua mereka memang sangat menghiburkan. Banyak kisah kelakar yg mencuit hati. Riuh rendah siarkaki Starbucks selama lebih 2 jam itu. Gamat bukanlah perkataan yg tepat kerana ia lebih daripada itu. Sememangnya mereka adalah natural-born jokers. Malah sehingga saat ini, masih terngiang-ngiang tawa mereka di telinga...!

Apa2 pun, kami mencatat kenangan yg begitu enjoyable. Thanks, Uncle J & Budin. Kalian menutup tirai 2007 buat saya dgn sebuah pengalaman bersejarah yg bakal saya nukilkan dalam novel saya yg akan datang...

With Budin & Uncle J

Post a Comment

fuyooo..cepat sepantas kilat entry dating ni keluar...dah agak dah, mlm ni mesti ada update pasal dating tgh hari semalam...hehehe

setuju sgt dgn norz....mmg gamat is not the correct word to describe our meeting yesterday..more than that! gelak sakan saja most of the time...

saya pun terperanjat juga norz ni seorang yg cheerful dan bubbly jugak..ingat serius orgnya..mmg ngam sekepala dgn Big B dan saya....kepala gila2!! ekekeke

thanks a lot norz, bg novel2 and all..tak terucap sebenarnya..terharu sesangat menerima pemberian dari seorang novelis tersohor dan celebrity chef..tak terkata..!!thanks a million, norz...

I really had a wonderful time meeting with u yesterday..indeed it was the sweetest thing to end the year with such a great meeting among the 3 bloggers!!...

fUYOOO.. Lu olang dating yeaa... Oklah akupun dating jugak. Dating ala-ala orang buta. Bukan bangla buta. Tak susah kenal Norz. Sebab banyak kali tengok sengehnye dalam blog dia ni. Saling tak tumpah dengan yang pegang bunga tu. UJ aku tak heran.. dah banyak kali jumpa tapi tak jemu.

Gamat ka...? Memanglah. Sebab UJ pandai buat lawak. aku diam je. Kena kutukpun diam je..UJ kata aku tak tau jalan di KL. Cuma tau rumah ke pejabat, atau pejabat ke rumah. Huhuuuu.. Tapi tak boleh marah dia, memang betul. Norz lebih pandai jlan di Kl dari aku...First time UJ ajak aku dating, aku ajak jumpa di Econsave. Tak pecah perut dia ketawa. Econsave mana ada tempat borak... Tapi, aku cuma tahu jalan pi Econsave je... tu pun yang dekat rumah aku..

Tak apalah. Semoga tahun 2008 ni lebih banyak jalan yang aku tahu...

Nasib baik kak lawa tak join sama...kalau dakk, habis laaa rumah dato' mana pulak depa nak pi merompak!!!...Selamat tahun baru utk kak lina dan u "jejaka" terhangat di KL tuhhh....

uncle j >>
Memang happening. Anehnya, macam dah kenal lama. Kekdg kawan lama pun takde ler bergelak sakan mcm tu. I suppose that's the beauty of blog-friendships. It had time to develope before...BAMM! Kita jumpa. Sepatah perkataan - explosive! U dgn Budin mmg la 'Two in a Million', hehe.
Giving the novels was a pleasure to me...do enjoy them.

duniabudin >>
Kita bertiga sudah bikin havoc kat luar Starbucks kelmarin. We could 'bring the place down' kalau duduk lebih lama di situ.
Budin juga sebijik mcm dlm blog - lucu & boleh balas balik kata2 atau kutukan berbaur menyakat Uncle J ~ tu yg gamat segamatnya!! TQ, TQ and TQ. Hehe.
Yg bagusnya, sebab Budin pernah jumpa Uncle J beberapa kali sblm nii...

mat gebu >>
Kak Lawa jauh di Utara...dan kami decide nak jumpa pun dlm a few days aje. Maybe next time dia turun KL, boleh organize another meeting. Mat pun kenalah dtg dari Sedenak tuu...barulah gempaq!!
;=D

kalau lawa ada sama pasti meletop...gelak kuat sebab masa call combi dan budin jer kadang gelak sampai nak ...ter....tooott!!!!memang ingat Norz siyes..rupanya tak ke??Nantila kita buat gathering kat hotel mana-mana minta Norz organize tapi time cuti sekolah ler...
Budin yg pakai spek ke?Uj dan budin just a little bit different jer in size....hahhahha..lebar bahu kalau nak buat baju nampak sama jer..kalau nak jumpa budin sah dia ajak pi econsave..uuuwwaa..lawa nak ajak dia dating ka kubur Cina Cheras jer..lagi best sebab bila takut dok rapat sket!!!Norz..aku noty lagi taun ni...hahhaha

tirai hidup >>
Nak mintak organize kat hotel? Sure, no problem. Boleh dpt diskaun lagi kalau di hotel tertentu.
Dua2 guys pakai spek laa..berdiri lebihkurang sama tinggi, sasa & perkasa. Ekekeh. Sangat easy-going, takde pura2. Gelak pun betul2 punya, sampai laa ni masih terdengar2 lagi kat telinga aku. Wakaka. Amponn.
Ehh, bila ko nak dtg KL?

wahhh..seronok sakan..ambik gambo blakang j..wat p norz..ni mesti 'wanted' ni..wahahahaha...tp x per..jap jun leh scan ala CSI tu..hikks!

jun >>
Satgi tgk muka, terbayang siang & mlm, kan susah gituu..tgk belakang puas2 dulu sebelum bersemuka ngan diaorg yg macho tapi humble & very interesting nii..nti kita plan potluck besar2an kat Ttiwangsa, eik? Kasi settle bebudak sekolah dulu...

tol kata lawa..aku x leh jumpa bud kot sbb mesti gelak non stop..

~ lom ade kesempatan jumpa norz ekk ~

waaaa.. triple treat tu..
hahahah.. :)
apsal kite x dpt jemputan ek..
maklum la kite x famous..
hehehe..
gurau jer :)
anyway, selamat tahun baru ;)
I wish u all the happiness dear norza

wahhhh norz..banyak sonok jumpa budin n UJ..Ini yg buat saya jeles nihhhhh....patut budin dan UJ soh Norz bawa cheesecake dari umah..rasa ayaq tangan chef sendiri ..mesti sedap!Saya tak tau la budin masuk RTM 1 since bila..
kalau in year 2006 dah masuk maybe la saudara budin pernah makan kek saya...sebab saya pernah buat kek untuk tv1 dan tv2 untuk New Year program di TV1 dan TV2.....kalau nak tgk kek nya masukla
http://dill-cakes.fotopages.com

echah_syed aka combi >>
Kalau ko ada sama, mesti gegak gempita la sekitar Starbucks tu dgn gelak bertingkat2, hehe.
Ada umur panjang kita leh jumpa, k?

hannan >>
Incidentally, I was just going over your older posts, nampak foto you tgh posing dgn Dr.Sheikh. Mcm brothers, hehe...
I've met him several times at Rebung Restaurant here in Bangsar. In fact, our pix ada dlm my novel IMPIAN TERINDAH, a sci-fi set in 2124 abt space exploration.
Bila you balik sini, dear Doctor, inform us & we'll set a date. Haha.

fadzilsalleh >>
Too bad Celeb Chef Norz tu "bercuti" & gantung apron sebab dia dah jadi novelis (buat sementara nii, sehingga novel siap...). Nak rasa ayaq tangan kena mai umah, hehe. U pun kena dtg bawak brownies yg nampak lazat sungguh tuuu...!!

Wah Hebat hebat Unclej kita ni.. dari Johor terus jumpa Tn Haji kemudian Kak Norz... cayalah.. Abang budin pun hebat jugak tu..
Eh kenapa gambar belakang.. kan dgr2 UncleJ dah merestui gambarnya dikeluarkan.. tgk lah di blog Tn Haji Sabtu.. hensem ber..

Kak Norz.. memag dunia blog ini ada keistimewaan tersendiri kan.. nanti leh ajak UncleJ bersantai di resort.. he he.. ajak nyanyi sekali .. suara dia hebat tu..

kasawari >>
Dgn akak & Abang Budin tu agaknya last sekali posing belakang, hehe. Lepas ni sure kita dpt tgk banyak lagi foto dia..

Perhaps, one fine day ramai2 boleh bercuti kat resort. Barulah happening & gamat giler.

Assalamualaikum,

Apakah tajuk novel kali ini? Novel klasik akak tu sudah banyak tulis? Tulis sudah lama mesti cepat dan pantas. Ada apa-apa petua tak supaya dapat tulis sepantas akak?

Selamat tahun baru!

SAMBAL BERUPAH

4 biji cili merah - dihiris & buang biji
1 sudu makan udang kering - direndam lembut
3 sudu makan kelapa parut putih
2 sudu makan tempoyak
sedikit garam, gula

Bahan Ulam
Daun selom/Hirisan timun/Petai dll

Cara membuat:
1. Tumbuk cili dengan udang kering.
2. Bila hampir hancur, masukkan kelapa parut.
3. Tumbuk lagi hingga betul-betul lumat.
4. Akhir sekali, bubuh tempoyak, garam dan gula.
5. Kacau rata-rata dan sajikan dengan ulam-ulaman.

mya marja >>
Tajuk novel belum ada, dah siap baru nak fikir. Kdg2 kena kaji dari aspek komersialisme.

Novel Klasik dah siap 600 pgs (maybe 100 pgs lagi baru selesai). Tgh usahakan yg lain dulu kerana yg klasik memerlukan penghayatan yg lebih...di samping kajian/lawatan ke tempat brsejarah ~ nanti akak buat n3 khas utk tu.

Nak pantas menulis? Kena sempurnakan research ngan plot yg mantap. Shut out hal2 lain & betul2 concentrate pada kerja2 menulis. Akak akan huraikan dlm n3 satu hari nanti, k?

Aiseyy...kak lina,lom buat je dah nampak sedap..ok ok, nanti kalau dah buat, ah mat letak kat dapur sendiri yeaa....terima kasih daun keladi gajah yee kak lina!!

Hai, jelous betul saya. Kalaulah saya ada sekali tentu seronok.
Norz, satu entri yang menarik. Gaya penceritaan yang indah. Memang bakat penulis novel tak boleh lawan! Syabas sekali lagi.

Maaf tuan rumah nak jwb Fadzilsalleh sikit. Tahun 06 saya dah ada di RTM tapi kami kat bilik berita jarang dapat makan free. Yang selalu dapat orang yg buat program tahun baru tu je... Kami penat je buat berita tak pernah dapat apa kecuali gaji bulan.. sian kan...?

mat gebu >>
Silakanlah letak kat dapur..boleh juga peminat mu yg lain mencuba sesuatu yg simple & berkhasiat. Wah, wah...skrg intim bebenor ngan kak lawa, eikk??

abang putra >>
Bila datang KL nanti, kita arrangekan something laa...ajak Budin ngan Tiger sekali, hehe. Makan ikan bakar kat Jln Bellamy...!

Kak lina..mat anggap kak lawa tu mcm "nenek" may sendiri je tak lebey dari itu...ahakss!!! mati aku kalau kak lawa tau!!!