20
Jam 19:15, November 15. Mat Gebu meninggalkan komen pertama di blog saya. Saya klik ke link yg tertera. Blognya penuh dengan pelbagai foto masakan hasil usahanya sendiri. Saya baca beberapa mesej di CBoxnya. Ternyata dia memang mempunyai ramai followers. Tiada foto untuk mengenali dirinya. Hanya mangkuk tingkat biru corak oriental atau lebih dikenali dengan tiffin.

Pengunjung blog sering memberikan feedback tentang masakannya yg mereka cuba. Rata-rata memuji dan mengatakan (tanpa segan silu) tentang kehebatan air tangan Mat Gebu. Jelaslah, Tau Sar Piah (empuk berlapis-lapis, dari foto dah terliur rasa...) dan Donat (lembut bagai terasa-rasa gebunya di hujung gigitan...) begitu menjadi. Pada saya, di sinilah kehandalan Mat Gebu. Menguli doh dengan teknik betul. Di samping sabar mengikuti panduan dalam sebarang jenis resepi.

Siapa yang tidak berterima kasih dengan kemampuan Mat Gebu mencuba pelbagai jenis resepi? Juga pada ratusan bloggers lain (yg sebahagian besarnya mempunyai fotopages). Malah saya rasa terpanggil untuk mengenalinya dengan lebih dekat bila salah satu n3nya ada resepi Tauhu Bunga koleksi resepi saya bersama Jelita kira-kira 15 tahun lalu!

Ada di antara pengunjung setia bluetiffin.blogspot.com yg menggelar Mat Gebu, CMG. Setelah n3 saya tentang 'Bertemu Ho Ah Yook' muncul, Mat Gebu dengan senang hati memanggil saya Ho Ah Lin. Dan saya juga memanggil dia Ah Mat kerana ibunya juga berbangsa Cina. Di CBox Mat Gebu, senang sekali saya berbicara lu dan waa dengannya. Jelaslah, Mat Gebu sangat sporting dan tidak pernah membezakan di antara pengunjung yg begitu ramai membanjiri blognya. Semua dapat layanan yang mesra. Semua mudah tertawa dengan gurauannya yang bersahaja dan usikannya yang menggeletek...

Petang Ahad jam 3.45 ptg di Lebuhraya Senai-JB, anak-anak dara saya beriya-iya mengajak ke rumah Mat Gebu. Mereka juga selalu membaca komen atau catatannya dalam blog saya. Jelaslah mereka ingin sekali bertemunya. Mat Gebu telah berjaya 'mencuit' hati mereka. Haha. Sms saya hantar ~ U masak apa petang ni, Mat? Rupa-rupanya, dia dah menjangkakan saya berada di Johor! Selepas beberapa sms, kami pun menyusuri jalan sunyi yg merentasi kawasan ladang kelapa sawit dan perkampungan.

Mat Gebu menyambut kami dengan senyuman mesra. Orangnya sederhana tinggi, berkulit putih kuning dan berambut ala Kapten Sheikh Qirdan (dlm novel Impian Terindah). Sekitar rumah banyak pokok-pokok bunga dan rimbunan dedaun hijau yang dijaga rapi. Di dalam ruang tamu yg berpendingin hawa dan bercandelier kristal, ada jambangan bunga di beberapa sudut. Tirai kuning (dia menjahitnya sendiri!) dengan lapik organza putih bercorak sulaman timbul melengkapkan dekorasi ruang. Sungguh damai rasanya. Aman membuai jiwa.

Memang Mat Gebu cepat mesra. Katanya, sayalah blogger pertama yg berjumpanya. Dapurnya sungguh luas, kemas dan semuanya teratur. Peti aisnya besar dan tinggi (saya rasa penuh dgn macam2 utk dimasak, hihi..). Mat Gebu mudah tersenyum. Peramah dan tidak lokek dengan tawa.

Saya kagum melihat kemahirannya di dapur, mencapai pinggan, menuangkan teh-O dan menghidangkan makanan. Saya terpesona dengan koleksi pinggan mangkuk dan majalah serta buku-buku masakannya. Saya sekeluarga gembira dengan pertemuan itu. Saya kira ia adalah kunjungan surprise buat seorang kenalan blogger yg sering menggembirakan kita dgn gelagat bersahajanya...!!

Pada Mat Gebu saya berkata,
jikalau tidak kerananya;
takkan saya singgah sejenak,
membasahkan tekak di Sedenak...

Post a Comment

Terharu sungguh membaca tulisan "emas" Ho Ah Lin yang begitu "ikhlas" menggambarkan insan kerdil (kerdil ke?) seperti hamba ini. Dengan penuh bangga dan berbesar hati hamba menerima kedatangan Ho Ah Lin yang cantik manis orangnya dan awet muda u!!...Walaupun jauh beratus kilometer sudi juga pengarang novel bertinta emas ini singgah ke tempat hamba yang pasti asing baginya....Jutaan terima kasih hamba ucapkan untuk Ho Ah Lin sekeluarga yang begitu mesra....Jika panjang umur, insya allah akan ketemu lagi...sudi2kan lah singgah ke teratak hamba lagi yeaa....

Wow.. boleh buat menantu ni, Kak Lina. hihi... Kalau ada shooting, boleh pinjam koleksi pinggan mangkuk si Mat ni.

Cara akak menggambarkan suasana rumah Mat ni macam dalam novel pulak. Inilah dia, kalau dah namanya penulis tu. Saluuut!

mat gebu >>
Orang berbudi, kita berbahasa; orang memberi, kita merasa. Kdg2 apa yg kita rancang, tak jadi; apa yg tak dirancang, menjadi... Demikian takdir seadanya. Semoga Mat Gebu sekeluarga diberkati Ilahi & happy2 mcm selalu hendaknya..

ainin naufal >>
Penulis mana nak boleh sorok, hehe. Tapi bila dah mula cakap lu-gua/waa berubah identiti terus. That is the best thing abt blogging, kan...kita bebas menjadi org lain.

wah kaknorz dah bercemar duli kerumah pokcik mat eik.. apsal tak bawak kakmOn skodeng..

psssttt pokcik idang ayam panggang ikat riben pink kat paha ayam letak dalam pinggan melamine tu tak??? *toley kiri-kanan lari pecut balik rumah* sib bik Ah Mat dah pulang.. ngeh ngeh ngeh

ampon cik Mat

kaknorz tumpang lalu

wahhhhhhhh....hebat sungguh kawan2ku ini...Norz n CMG...terasa membuak2 perasaan nak bertemu mata dengan si empunye diri..mmg dah kusangka,x perlu kesana, ceritanya aje dah mengubat segala prasangka, ceewahhh! pas ni ramaila yg cuba mengorek cerita, ekeke...ceewahh, sastera la plak si jun ni...
psst! norz..x kan x d gambo kot...? sure c mat ni dah warning awai2..iskk!

Assalamualaikum,
Bertuahnya kamu Mat Gebu dapat jumpa blogger tahap A, merangkap penulis dan chef tersohor.

nina suria >>
Mana ader pinggan melamine? Pinggan kaca putih siap ngan corak landskap countryside di China lagi, wakaka...silverware dia pun ngancam abiss. Ayam ader tapi tgh brsiar2 kat halaman tepi umah. Tak sempat sembelih pasal akak mai singgah aje. Haha.

jun >>
Mana leh letak gambo nanti tak glamer ler...biar suspen & tertanya2 baru ler ada kick bila jumpa first time, tak gitu CMG? Tapi mmg best umah dia, dlm kpg yg aman tenteram...banyak ilham.

mya marja >>
Waalaikumsalam.
Trip ke Sedenak pun bersifat 'serampang dua mata' sebab NY memang nak singgah ambil foto2 masjid lama. Dia buat collection dlm blog dia sendiri, kalau nak tgk masjid2 boleh visit:
http://kunadzri.blogspot.com
Jgn lupa tinggal jejak. Hehe. TQ.

wahh bestnya bila chef bertemu chef..mesti jadi chef2..ekekeke...d positive side of blogging world

sis norza... kemesraan CMG nampaknya telah terbukti di alam nyata ya... bagi kak e pulal sejak mengenali CMG di MR pun dah terasa kemesraannya walaupun hanya di alam maya...

p/s: Sis norza, sure banyak anak2 dara yang tergoda dengan CMG eekkkkk :P

NY tu cik abang ke? Cantik dan nostalgik masjid-masjid di situ.

arsaili >>
How very true. We meet new friends & stick to the old ones like UHU, hehe. Dont even have to leave our rooms, boleh capai ke mana saja dlm dunia. People with the same interests selalu takde masalah..bak kata org, sama wave length.

kak e >>
CMG memang serupa di alam siber juga realiti. Nice guy, laughs a lot. A bit nervous, though. Maybe sebab tak sangka I suddenly appear 'out of no where', hihi.

mya marja >>
U r right. Sometimes we pretend to be different people and tease each other...haha!

Aikk... turun ke Sedenak.. alamak dah dekat tu.. hishhhh... tention tention.. oh ada blogger kat kat kasawari gak eh.. biasa nampak Mat Gebu ni.. tapi tak terur pulak.. malu tapi mau..

kasawari >>
Nanti kita plan lain, insyaAllah. Ke Sedenak pun program tetiba aje. Hehe.

alamakkk best tuuuu jumpa CMG..walau x aktif berbicara di sana tp tetap menjadi pengunjung setia..hhehe..lagi pulak sis norz jumpa dah CMG..aisehhh manyak lugi wooo...baca kisahnya pun cukup laaa..ahaks!!