2
Zoo Melaka. Dari jauh nampak seperti epal hijau yg kecil2 dan comel2. Dari dekat bentuknya seperti jambu air. Bergugusan dan menarik kerana tumbuh pada batang pokok. Tidak tahu samada boleh dimakan atau sebaliknya. Selalunya buah begini beracun.



Perkarangan A Famosa. Di bawah pokok inilah, dikatakan bahawa Parameswara melihat anjingnya ditendang oleh seekor kancil. Buah Melaka hijau kekuningan dan bergugus seperti buah langsat. Dari dekat nampak seperti buah cermai. Sedap dibuat jeruk.


Masjid Sultan Ismail, Johor Bharu. Pokok aneh berkelopak putih berstamen kuning keemasan. Dua kuntum bunga pada satu tangkai! Bila salah satu bunga layu, akan muncul pula dua biji buah yg bulat berwarna hijau muda. Sangat menarik!








Pohon Lidah Buaya. Dlm B.Inggeris dikenali sebagai 'Mother-in-laws Tongue' mungkin kerana 'berbisa' atau tajam hujungnya. Ampon, mak mertua! Hanya berbunga sekali sepanjang 10 tahun membelanya. Tahan 2 minggu dan cantik dipandang tapi tak berbau.


Post a Comment

Ho Ah Lin..waa punya pokok itu lidah mak mak mertua pun ada munga (tapi sikalang sudah tak da)...itu tanda mak mertua bukan cakap manyakk laser tiap2 masa maaa...ada jam liaa pun ada cakap manyakkk mutut, manyakkk maniss punya..itu pasat atak mungaa keluar...atak mutut tak???

mat gebu >>
Waa laser liaa munga sekali seumur idup laa, Ah Mat. Kesian sama mak mertua, apa pasat jadik bahan nama munga...waa ingat bukan semua mak mertua macam itu 'ala kassim'...