9

Penghujung Disember di ladang anggur Batu Pahat (berdekatan Taman Ular), Perlis. Sungguh menarik pengalaman melangkah di batas2 pepohon anggur yg baru berbuah. Oleh kerana ladang ini luas, ada kawasan pepohon yg baru ditanam dan yg sedang dicantas dedaunnya (pruning). Ada pelbagai jenis anggur seperti Black Queen (anggur ungu gelap) dan Muscat (anggur putih). Bila berada di bawah pepohon anggur itu, ada semacam aroma harum bercampur baur dgn bau sinar mentari terik membakar tanah gambut yg lembut. Alur2 laluan air melantunkan percikan keemasan pada persekitaran yg cukup harmonis dan romantik. Ia seolah-olah mengembalikan kenangan pada Eropah pada musim bunga. Lalu saya pun teruja dgn ilham dan keghairahan untuk berkarya...

Memang geram tengok gugusan anggur yg bergantungan.
Rasa macam berada di kawasan Mediterranean...


Beginilah suasana di ladang anggur.
Hijau merimbun, sayup saujana mata memandang.

Post a Comment

Norz,
Kalau makan anggur tu, ingat sikit pada abang putra! hehehe...

Bestnyaa....bilalah nak tanam anggur pulak nie....

suka tengok cara norz pegang buah anggur. Ada seni...kahkahkah...

abang putra >>
Saya suka makan anggur takde biji, senang sekali kunyah aje...tau tak, pekerja di ladang tu semuanya gadis2 Siam...?? Sebab mereka dah ada pengalaman di negara mereka sendiri. Kalau camtu, bila gadis2 Melayu nak pandai jaga anggur, kann?

mat gebu >>
Boleh tanam kat Sedenak la, Mat. Sekarang kan ada jual anak pokok di Pasar2 Tani. Cuba la, halaman umah tepi tu kan luas...nanti hari2 boleh petik, u tauu??

duniabudin >>
Ooiittss!! Perli, ya? Memang tangan ni ada seni ~ seni penampor...!!
Ekekehhh.
Amponnn.

Tulah kak lina..akan ku cuba dalam masa terdekat nie...tak ye masa kak lina tolong cuci pinggan ari tu mesti nampak kws belakang rumah mat tu..agak luas juga kan...Abg Budin....pegang buah anggur pun kena ada "gaya" ke...ishh org2 TV nie semua sama mcm abg nudin ke ek?

silap laggiii...bila masa pulak "budin" jadi "nudin"...ammpoonkan patik tuanku budin!!!!

never heard about this place..
macam menarik la pulak ek..
ingatkan muscat tu nama tempat kat arab tu .. hehee....
:) happy new year