23
Tahun 1987. Merupakan salah seorang guru first batch di Sek.Keb.FELDA Mata Air, Pdg Besar, Perlis. Saya mengajar B.Inggeris dan Matematik untuk Tahun 6. Oleh kerana mereka tak faham bila saya tanyakan, What is your name? saya terpaksa mengajar B.Inggeris dgn kaedah tersendiri. Seminggu sekali, saya bawakan sejenis makanan, contohnya, biskut berbentuk bulat, keju berbentuk empatsegi atau coklat berbentuk kiub untuk 40 org murid. Saya sediakan soalan yg sama utk setiap minggu: What is the shape? What is the colour? What is the taste? Do you like it? Ternyata selepas tu, mereka mulai meminati B.Inggeris kerana ia time makan! Saya masih ingat, ada murid yg tak suka rasa keju, terus membuangnya ke dalam longkang! Novel Ilusi Semurni Hati adalah rentetan pengalaman saya di sini...


Tahun 1988. Saya mengajar B.Inggeris, Seni dan Matematik di Tahun 3 di SK Beseri, Perlis. Saya juga Jurulatih Bola Jaring (fuyoo..!!) dan aktif dalam Persatuan Bulan Sabit Merah. Banyak pengalaman manis mengajar di sekolah ini kerana semua guru2 dan murid2nya mesra belaka. Yg saya paling ingat sekali, masakan mak cik kantin sedappp sangat, hehe! Saya juga jadi pengacara di majlis sukan tahunan kerana tidak mempunyai slanga orang Utara.

Bersama Norlaily Hashim yg melangsungkan perkahwinan di Beseri, Perlis. Saya menjadi guru kelasnya ketika dia dalam Tahun 3 (19 tahun yg lalu). Dia merupakan seorang pelajar cemerlang dan menjadi ketua kelas. Apa yg bagusnya, dia masih menghubungi saya sejak zaman sekolah, sehingga ke universiti dan menjemput saya bila dia menjadi pengantin. Dalam majlis itu juga, saya berjumpa beberapa pelajar lain yg tetap memanggil saya 'Cikgu'...haha, once a teacher, always a teacher!

Post a Comment

Wah seronoknya dapat balik tengok sekolah tempat mengajar dulu eh Cikgu Norz ni.. wah wah.. hebatnya Kak Norz ni...

Lawa eh nama Felda Mata Air.. teringat cerita Bujang Lapok.. nak ke rumah Mat Tahir katanya.. he he..

cikgu....bila time rehat ni..lapaq dah la

Cikgu Norzailina... Ingat tak masa cikgu cubit perut saya masa tak dapat jawab soalan cikgu dulu.. Ada lebam sampai sekarang tau... Nak tengok...?

kasawari >>
Rugi la tak pi mengajar kat FELDA Kulai...tentu jadi cikgu Mawi, hehe. Jeles tgk gambo korang berdua...sama2 segak & sarat dgn aura kejantanan. Hihi, jgn marah Linda...akak nyakat kekandamu.

jie >>
Finish your work first! (sambil cuba bersuara garang, haha!!)
Time saya nak jadi garang, mesti jadi kelakar punya.
Rupa2nya ajar masak kat emak2 org lagi senang dari ajar 40 org murid campur lelaki perempuan...namun ia pengalaman manis.

duniabudin >>
Budak Budin ni rupa2nya nakal dari time dia berhingus sampai la skrg, patut nyer cikgu ikat kamu kat pokok mempelam yg banyak kerengga tuu...

Masa jadi cikgu dulu saya tak cubit perut, saya gemar cubit pipi...tu sebab sampai skrg anak2 murid saya pipi kembang, hihi.

oppsss...bila pulak norz ni jadi cikgi sek rendahh...waahhhh.....balik kg mengimbau kenangan silam yerr.......tapi takpe la sekarang ni pun masih jadi cikgi...tunjuk ajar ku sifu...(nak ajak norz main karom...pandai tak/)

hmmm..mmg darah cikgu tu tak hilang dlm diri norz..dulu ngajar budak sekolah , skrg ngajar org masak pulak...cikgu all the way..hehehe

mmg betul, kalau dah pencen pun org akan panggil cikgu gak, profesion lain tak de kan? mulia jadik cikgu ni...pahala menurunkan ilmu antara yg kita boleh bawak nnt tu..

salam kaknorz, tekezut kakmOn baca n3 ni, rupanya kaknorz tekdhu..

kalo lah kakmOn anak murid tekdhu garenti ari2 masuk kelas bahasa ingeris tu.. boley makan sedap2 ;)

fadzilsalleh >>
Saya tak berapa pandai main karom tapi handal main pool/snooker. Nak tengok saya menonggeng time ni laa...wakakaka!! Sabar aje aku.

unclej >>
Kdg2 kita juga belajar tentang kehidupan drpd ramai "cikgu" yg tak mengajar secara formal di dalam kelas...Apa2 pun pengalaman yg pernah kita lalui, mematangkan kita, bukan? The main thing is, I think, enjoying whatever that we do.

nina suria >>
Salam. KaK mOn suka makan, tu sebab dia pandai bangat masak, sihh. Entah2 kan ada ex-student di sekolah tu dulu yg jadik tukang masak...??

Anak murid dgn "teacher" mcm anak dengan mak laaa...ada iras2...

Salam Kak Norz...
Memula, huggggggggssssssss kuat-kuat. Pastu kisssssssssss kat pipi gebu Kak Norz tu. Pastu baru leh cakap. Memang betul, once a teacher, always a teacher. My parents pun cikgu, sampai sekarang orang panggil dia orang cikgu.
OD pun pernah jadi guru sandaran kejap masa tunggu result. Ceh, sekarang jumpa, dia orang tanya, "Eeee... Cikgu E...!" Ngeh. Seram sejuk bila dia orang panggil gitu... he he he.

hehehe... malu gak rasanya bila ada anak murid panggil saya 'cikgu' kat friendster. hehehe. ya, always a teacher.

Assalamualaikum,
Cikgu rupa-rupanya Kak Norz ni! Sealiran kita. Namun, bagaimana ya boleh bertukar profesion? Mesti baca novel itu. Eh, novel kasik itu hendak beli di kedai mana?

mak gebu >>
Puteri sulong akak pun dah 23, tak sabar nak terima menantu nii, ekekeh. Nak tembamkan dia nanti ngan masakan yg sedap2, hihihi (gelak serammm)

OD >>
Salam peluk cium utk si cunn dari Oz nii...tolak April, 3 bulan aje lagi kita pasti bersua. Akak agak, OD mesti garang masa jadi cikgu dulu, sekali menjeling mesti anak2 murid kecut...ngeh ngeh.

ainin naufal >>
Bila kita kongsi ilmu walaupun bukan dlm bilik darjah secara formal, kita dianggap 'GURU'. Teruskanlah berbakti utk adik2 yg masih perlukan bimbingan...

mya marja >>
Akak guru sandaran aje selama 2 tahun. Pastu berhijrah kembali ke KL & mula tulis novel/memasak secara 'intensif'...novel klasik tu, u mean yg ada elemen sejarah? Masih dalam proses penulisan.

norz syg..apsal tempat borak tu? ni mesti sbb x norz sibuk, kena tutup la..heee.
1987...isk2...muda sgt mase tu, wakaka

banyak kenangan nampaknya chef ni.... bertahun tahun di perlis tu banyak lagi yang perlu di ingat kembali.......

jun >>
Server baru, so, perlukan sedikit masa utk 'adjust'...

anonymous >>
Siapa la agaknya nii? Staff kat sekolah lama tu ke? Bagi la hint supaya tak kabur. Apa2 pun, semoga sejahtera!!