21
Makan di restoran pasti meninggalkan banyak pengalaman, kan? Terutama bagi saya yg kerap jadi Hakim Pertandingan Memasak, secara sedar atau tak, asyik2 nak menilai saja masakan orang lain. Kadangkala memang 'tersiksa' jugak. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri...

* V-Station
Tempat ni memang agak grand. Ada aura keInggerisan. Tengok menu pun confirm semuanya Western. Kami pergi 9 orang termasuklah abang ipar yg baru terima bonus (dia nak belanja laa...apa lagi, hehe). Yg bestnya di tempat2 macam ni, tak payah fikir pasal nak parking kat mana sebab disediakan Valet. Turun kat depan restoran, serahkan saja kunci dan petugas akan letakkan kereta untuk kita. Hmm, lepas tu kena bayarlah.

Kalau pergi restoran, time order semua orang pandang kat saya, minta pendapat. Yg mana sedap, yg tu apa rasanya, yg ni macam mana sosnya..? Dah jadi macam sesi soaljawab masakan pulak. Nak tergelak pun ada. Mujur kami dapat private room dengan meja besar. Amat eksklusif gitu. Nak tergelak sekuat mana pun takpe.

Semua orang tetiba berpakat nak makan lobster atau udang kara. Kan mahal benda ni? Tapi sebab orang yg nak belanja tu kata Go Ahead, kami pun apa lagi...pelayan pun bawa masuk seekor udang fresh dan tunjukkan. Semua angguk. Nak masak apa? Sayalah lagi jadi tukang rujuk, haha. Lepas tu, makanan lain pun dibawa masuk. Sajian biasa - Blackpepper Steak, Fish-n-Chips, Lamb Chops, sup, lobster, puding, aiskrim...

Bila bil datang, semuanya ternganga kerana paling mahal tentulah lobster tu, RM60 untuk 100 gm. Beratnya 450 gm (250 gm cuma kulit dan lain2 yg tak boleh digigit pun sebab keras...). Harga untuk isi lobster yg lebih kurang 1 cawan saja adalah RM270!! Pada saya lobster gah hanya kerana sukar mendapatnya dan kalau diternak, lama pula nak tunggu dia besar. Padahal isinya rasa macam sabun aje...Oppss, sorry pada penggemar lobster...

* Restoran Lampu
Tipikal restoran mamak berbau rempah. Open air dan banyak kerusi-meja macam majlis khenduri kahwin. Petugas import yg beruniform mundar-mandir. Sibuk. Jarang yg tersenyum. Time lunch orang beratur di sekeliling kaunter, tunjuk lauk ni, nak tambah kuah tu...

Kalau pergi situ, tak sahlah kalau tak makan kari kepala ikan. Semua jenis lauk pun diangkut letak atas meja warna keluli yg berkilat habis tu. Ok jugalah rasanya sebab restoran ni memang terkenal seantaro Malaya. Sayur kubis goreng kunyit, kacang panjang goreng lunyai, ayam goreng berempah, ayam kicap (kandar-style), sambal sotong, kuah kari 3 jenis, ayam madu...hmm, menu ikan memang limited sikit.

Yg pergi tu semua 'kaki mamak' jadi, perkhidmatan saya sebagai pakar rujuk menu tak diperlukan lagilah. Masa tengah makan, bil pun diselitkan bawah pinggan kecil berisi acar. Satu cara untuk mematahkan selera kerana kita pun masih tengah sedap makan! Tengok bil, terkejut. Harga kepala ikan yg tak berapa besar tu... RM70!! Kalau di tempat lain, RM30 aje. Hehe. Kes over-charge la ni. Restoran ada nama, macam tu la agaknya. Tapi tak kisahlah, kali ni abang ipar tu yg belanja jugak...hehe.

Post a Comment

selama idup ni, pernah makan lobster sekali j..hahahha, psst! norz..org blanje gak, heheh. x pasai le nak bayo mahal2, makan ciput j...
la ni selalu makan kat tempat bese2 j, janji sedap walau x mahai sgt...!

cerita pasal kedai mamak tu mmg betul..haga jgn cakapla...mengalahkan makan hotel besar....saya selalu ajer beli kepala ikan masak sendiri!!!
makan ramai..baru berapa rgt ajer!!!!!!!!!

http://dill-cakes.fotopages.com

Eeee masih dok terpikir lagi, 1 cawan isi lobster for RM270.00! Aduhai sayangnya! 1 cawan tu banyak manalah sangat kan, mesti tak puas makan! Kalau RM270.00 tu gi kat kedai depan rumah mama ni, rasanya, boleh belanja 10, 15 meja! Hehehe....

norz..restoran Stesen V mmg mahal giler..tak silap sy baru try dua kali kot...sekali je bayor sendiri, satu kali lg tu org belanja..next time masuk kena norz dgn budin lak yg belanja..boleh? hehehe

Restoran Lampu tu dah tak bes kepala ikan dia..gempak je lebih, mahal pulak tu..

Pernah try Chop & Steak Kg Baru tu kan? Mintak Norz bg review restoran tu pulak nnt..situ bes..murah dan sedap!!

jun >>
Standard la kalau org belanja dpt makan yg extra2 sket..bila dah ramai2 sekepala lagilah nak mengena tukang belanja, hehe. Bila makan kat luar, yg paling penting kebersihan, kan?

fadzil >>
Memang benar tu. Apa2 pun masak sendiri jimat & dpt makan puas2 in the comfort of our own home. Kdg2 makan kat luar x boleh nak rileks sangat, hihi.

mamafami >>
Bukan setakat tak puas, rasanya pun tak berapa sedap. Not as expected. Kut2 diaorg tunjuk lobster fresh, kemudian ganti lain punya yg frozen...it's possible. Kalau beli udang harimau dapat 10 kilo, barbeque kat rumah lagi la kaww. Mesti makan sampai tersandar..

uncle j >>
Nak belanja kat Stesen V? No prob. Budin sudi ke dating ngan kita, haha.
Or kita start kat Chop & Steak Kg.Baru tu dulu? Nakk? Saya pun tak sure tempat tu kat mana... uncle j kena tunjukkan jalan.
Amacam, jadi?

Chop n Steak Kg Baru memang best. Orang lebih kenal restoran kapal sebab ada bot besar kat depan tu. best sangat dan berbaloi dengan harga. Saya pun tak reti nak tunjuk kat mana. hehehe... Masa pergi tu dok fikir nak makan apa kat sana. Cuma parking susah sket la kat sana. tempat parking dorg pun limited. tapi tatau la sekarang macam mana. dh lama tak pergi (walaupun dekat dengan rumah).

Assalamualaikum,
Untunglah ada abang ipar budiman dan banyak duit. Rupa-rupanya ada Restoran Lampu, saya ingat Restoran Pelita sahaja. Orang kampung tak pergi restoran mahal seperti itu.

ainin naufal >>
Restoran Kapal tu lebih pada ala2 Mat Sal gitu, kan? Akak tak berapa suka sbb mcm crowded selalu. Nanti nk pi try kat Kg.Baru tp nk cari sendiri risau sesat. Kena pi survey waktu siang dulu, hehe.

mya marja >>
Waalaikumsalam. Sama la tu, pelita ngan lampu, hehe. Abang ipar tu bujang lagi, dia suka belanja anak2 sedara. Makanan org kpg lagi fresh terutama ulam. Free pulak boleh kutip kat keliling rumah, boleh buat Nasi Kerabu/Nasi Ulam dll. Selera masing2 tak sama..

wahhh sedapnya....apa lagi makan free..ekekeke.

kaknorz lobster rasa mcm sabun?? :O dasyat! kakmOn ingat mcm pemadam getah jer :D

btw waktu kita kecik memang selalu makan lobster ni tp bila dah T.. ehem ehem taknak sebut lah.. tak penah nampak spesis nih lago.. kalo dpt pon mcm udang galah jer sizenya.

Norz, saya tak pandai la nk masuk restoran grand² ni, entah tak de citarasa mcm tu kot..tapi adik ipar saya suami isteri memang pengemar makan...suka mencuba kat restoran mcm tu.

Saya tak makan kat kedai mamak Norz...eeee...geli...bulu²..Alergic sikitla kat bulu ni..ha ha ha

Tapi ada org nak bawa saya p kedai mamak yg tak der bulu...sbb dah berpuluh tahun mamak tu memasak..so bulu² kat tangan dia tu dah abis licin...terbakaq hanguih masa dok masak tu...:p

Kak Lina, restoran yg saya maksudkan tu memang la Chop n Steak yang kat Kg Baru tu. hehehe... tapi ada kawan-kawan yang panggil restoran tu restoran kapal (bukan The Kapal tu). Ada menu barat n oriental, fusion pun ada rasanya. Dalam tu ada barang2 nostalgik sket, mcm pokok getah, basikal tua, mesin jahit lama brand singer. tapi tatau la masih ada ke idak skang. Cuba laaa, gerenti tak menyesal.

Dekat dgn rumah ni pulak ada maplai yg nama dia macam kemal**n wanita tau. Tak senonoh punya nama restoran. Serius wa cakap lu. Rasa tak tergamak je nak makan kat situ. huhu...

Satu lagi kat sentul ni, ada restoran yg 'boleh tahan' harga dia. ada replika bot gak kat depan tu. Mahal le, tp bila makan... terasa macam tak makan. Tak kenyang! Atau mungkinkah perut ni semakin membesaaaarrrr??? huhu.

Akak, macam mana nak kurus?

RENCUK JANTUNG

1-2 biji jantung pisang, direbus & dihiris
200 ml santan pekat
50 gm kelapa parut putih
½ sudu teh gula
sedikit garam

Bahan A
3 sudu makan udang kering – direndam lembut
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
5-6 biji cili padi
3 biji cili merah

Cara membuatnya
1. Kisar bahan A hingga halus kemudian campurkan dengan kelapa parut dan kisar sebentar saja.
2. Bubuh bahan kisar ke dalam periuk, masukkan santan, gula dan garam.
3. Jerang di atas api sederhana dan kacau hingga kuah mendidih dan hampir pekat.
4. Masukkan jantung dan kacau lagi hingga agak pekat.

*Santan dari 1 kelapa

arsaili >>
Nak makan free boleh cuba peraduan dlm n3. Akak tunggu sampai arsaili balik Msia cuti (kalau memang laa)

nina suria >>
Masak kecik dan kurus kita balun semua menda, tak kira kolestrol ke dakk. Skrg kena jaga sungguh2..

jie >>
Memang ramai org tak lalu mamak ni, saya kena ikut gak la, sebab sudah termaktub dlm undang2 gitu. Hehe. Kalo dpt org Nogori, mesti kena pi kedai masakan Minang... Melaka pulak ngan asam pedas nyer.

ainin naufal >>
Ooiitss...ada gak ke kedai makan nama mcm tu? Kes tak tahu la tu atau saje nak attract org dtg.

Nak tips kurus? Kena menuntut 4 hari 4 mlm, hehe. Nanti one fine day, akak buat n3. Tungguuu...