14

Jangkamasa 519 tahun memisahkan kita dengan Sultan Alauddin Ri'ayat Shah, Sultan Melaka. Baginda memerintah dari 1477-88. Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang menggambarkan baginda sebagai Raja yg bertanggung jawab dan adil serta bertindak sendiri mengamankan negeri.
Kemangkatan baginda yg dikatakan berpunca dari perbuatan khianat telah menjadi titik permulaan perpecahan di kalangan pembesar negeri.









Tun Teja Ratna Benggala adalah puteri Sri Amar DiRaja Bendahara Pahang. Merupakan isteri Sultan Mahmud Shah (1458-1511). Bila Portugis menawan Melaka, baginda berundur ke Bentayan (Muar). Ketika ini Tun Teja yg gering telah mangkat dan dimakamkan di Solok Mentaja (Serkam). Tun Teja telah membangkitkan semangat kepahlawanan di kalangan wanita Melayu untuk turut sama mempertahankan Melaka dari serangan Portugis.



Sultan Ali adalah putera Sultan Hussin (Sultan Johor-Singapura) yg dilantik oleh Inggeris pada 1819. Semasa pemerintahannya, baginda dan Temenggong Ibrahim telah bersaing bagi menguasai tampuk pemerintahan Kerajaan Johor. Akibat campurtangan Inggeris, baginda berundur ke Kesang, Muar. Sultan Ali telah mangkat pada 1877.

Post a Comment

wahhh..gambar lagii...posing lagi..mcm blog fesyen pulak dah blog nih..hhee..hheeee
Norz..my wife suka sgt makan sizzling mee..so kat umah tu mmg i dah beli hot plate tu..(2 ajer..utk kami berdua ajer....)selama ni i masak sizzling tu hentam ajer..ayam,kicap,sostiram,bawang,cendawan,cili kering...cang cong ceng..jadikkk...sedap jugak..tapi saya saja nak tau resepi betulnya..boleh bagi keeee

http://dill-cakes.fotopages.com

kak lina.....lagi byk info pasal sejarah raja2 tu lagi ah mat suka...waa pun mmg suka sejarah..itu pasal suka brg antik juga....tabik sama lu lah Ho Ah Lin...

Dia ni nak tukar profesen pulak. Dari tukang masak, jadi penulis novel. Dan sekarang nak jadi cikgu sejarah. Nasib baik tak jumpa makam raja Budin yang sentiasa mengambil berat akan hal ehwal rakyat jelita...

Makan Raja Budin..kat Tanjung Periok...jauh sgt..Ho Ah Lin tatau jalan....ahakss!!

fadzilsalleh >>
Try resepi ni, k?

SIZZLING MEE
150g mee telur ('yee foo mein')

Bahan Sos:
150g daging ayam (tanpa tulang)
3 keping cendawan hitam - direndam, jangan dipotong
25 g lobak merah, dihiris & dicelur
1 camb jus halia
1 camb sos masam manis

Bahan Perasa
1 camb sos tiram
1 camt kicap cair
3 camb minyak masak
1/2 camt minyak bijan
garam secukupnya
1/4 camt gula
secubit serbuk lada hitam
1 camt tepung jagung
1/2 camt serbuk pati
1 cawan air rebusan ayam/air

Cara membuatnya:
Celur mee di dalam air panas agar ia lembut. Sejatkan di dalam penapis dan kocak di bawah air paip. Isikan mee di dalam pinggan. Masukkan 1/2 camb minyak dan 1/2 camt minyak bijan, kacau rata dan biar sebentar.
Untuk kuah: Panaskan 2 camb minyak, masukkan jus halia, cendawan dan ayam. Kacau rata kemudian bubuh air rebusan. Bila mendidih, perlahankan api selama 5-8 minit. Masukkan lobak merah dan tepung jagung (larutkan dengan sedikit air).
Panaskan hot plate di atas api sederhana hingga betul-betul panas. Angkat dan letak di atas bekas kayu khas. Letak mee di atas hot plate dan tuangkan semua kuah. Hidangkan dengan hirisan cili merah dan cili padi.

mat gebu >>
Nanti la, bab2 sejarah tak boleh byk2 sekaligus nanti ada org menguap bila baca...I have so many history books, tengah tunggu nak extract, hihi.

budin >>
Rakyat JELITA ke JELATA?? Raja yg tak boleh tengok dahi licin. Sah ler Raja Budin mesti banyak bini & gundik, haha!! Sabor aje aku..

mat gebu >>
Ada Makam Tengku Budin di Pulau Penyengat kat Riau tuu...nak kena naik sampan pulak kalau nak ke sana, abiss laa, tak leh pakai baju glamer2. Ekekekeh.

Eh...dah lalu Johor tu kak lina..jgn lupaa singgah rumah yeaa...call dulu kita boleh makan2...mesti abg budin cop aku nie King Of Ninja Turtle sat lagi....

saya akan ke kota tinggi tak lama lagi...nak melawat makam sultan mahmud mangkat dijulang...ada sesapa nk join? jom ar...hehe!!

kailan >>
Makam tu agenda tahun depan, insyaAllah. Letak foto kat n3 nti, ya?

Salam Kak Norz...
Wahh... ni research untuk buku baru ek... canggih-canggih. Baju merah tu sesuai utk Kak Norz... nampak anggun gitu... gegegegege...

Saya nak melawat kubur Raja Budin di Tanjung Periok. Mat Gebu nak ikut tak...?

aku sabar juga norz bab dahi licin ni...dgn Budin..