16
Kek Madeira Oren
Gunakan tin 15cm empatsegi

@18cm bulat
@900 gm bentuk lof

170 gm mentega – dibiar lembut
170 gm gula kastor
3 biji telur Gred B – dipukul sedikit
230 gm tepung berserbuk penaik – diayak 2 kali
1 camt parutan kulit oren
30 ml jus oren

Cara membuat
1. Alas tin dengan kertas kalis minyak, lengserkan dengan majerin.
2. Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
3. Putar perlahan hingga sebati.
4. Pukul kelajuan maksima selama 1 minit.
5. Bila gebu dan kembang, ratakan di dalam tin.
6. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak.


Aising Gelatin
(menghasilkan 1 kg)

1 camb serbuk gelatin (pastikan HALAL)
60 ml air panas
125 ml sirap glukosa
1 camb gliserin
2 camb lemak sayuran
900-950 gm gula aising – diayak
Sedikit tepung jagung

Cara membuat
1. Tuangkan air ke dalam periuk, taburkan gelatin. Biar 5 minit.
2. Jerang atas api perlahan dan kacau hingga gelatin larut.
3. Masukkan sirap, gliserin dan lemak sayuran.
4. Kacau hingga semua lemak hampir cair. Ketepikan dari api.
5. Bila semua lemak cair, biar suam sedikit.
6. Campurkan sedikit demi sedikit gula aising, kacau sebati.
7. Bila sukar dikacau, keluarkan dan uli atas papan pencanai yang ditabur gula aising.
8. Uli hingga aising bertekstur halus dan licin.
9. Sapu permukaan kek dengan sedikit Aising Royal.
10. Canai aising gelatin setebal 1 cm dan letak ke atas kek. Kemaskan tepi kelilingnya.
11. Bubuh sedikit tepung jagung pada tapak tangan.
12. Sapu di atas kek supaya aising berkilat.

13. Ambil sedikit aising, warnakan kuning. Canai nipis dan gunakan acuan berkeluk di kelilingnya dan berlubang di tengahnya.
14. Potong jadi 2 keping. Gunakan hujung lidi koktel untuk membentuk alunan pada hujung aising.
15. Sapu sedikit air pada hujung yang lurus kemudian lekatkan di tepi kek.
16. Ulangi sebanyak 3 lapisan. Lapisan tengah lebih pudar daripada lapisan bawah.
17. Isikan aising royal ke dalam beg piping kemudian picitkan corak di atas kek.
18. Hiaskan dengan gugusan bunga mawar.

Aising Royal
1 biji putih telur
250-270 gm gula aising – diayak 2 kali
½ camt jus limau nipis

Cara membuat
1. Letak putih telur dalam mangkuk bersih.
2. Masukkan jus limau, kacau sebentar.
3. Campurkan sedikit demi sedikit gula sambil diputar perlahan.
4. Putar sehingga aising separuh kental (soft peak consistency).


Post a Comment

kak e suka juga bab cake decoration ni tapi tangan agak kaku.. pastu takde pulak pendidikan formal untuk itu... kalau butter icing adalah juga mencuba tapi royal icing ngan icing gelatin tak pernah cuba lagi... bilalah dapat cuba eekkkkk

umi_e >>
Saya pun belajar sendiri2, kak e. Tak mampu nak masuk kelas, mahal sgt. Lama2 practice, jadi juga. Yg penting usaha & tak mudah putus asa. Tapi ada juga anak2 murid saya dulu, tangan jenis panas, tak boleh langsung pegang aising jenis ni, cair di tangan. Skrg dah ada jual fondant (pettinence) insyaAllah, Halal (baca ingredients), hanya perlu canai & hias, tak payah buat sendiri. 750 gm for RM25-29.

Uikkkss...mat pernah minta resipi fondant dari kak lina dulu...teringin nak mencuba tapi rasa mcm tak de bakat laa.....insya allah nak cuba...sapa pulak Ah Mat nak bagi nanti?..

Gumbiranyaaaa... lepas ni bolehlah letak resepi frosting banyak-banyak. Terlalu banyak resepi, sampai tak tau mana yang paling ok dan sedap. Poning den.

Kak E dan Mat, jom la try n error. Mana tau tangan yang keras tu boleh dilentur-lentur. Boleh cipta resepi frosting yang lain dari yg lain ke. Tak gitu Kak Lina? hehe.

insya allahh....mmg teringin nak cuba....mcm ter"gian" laaa...

Assalamualaikum,
Ini memang kerja chef tahap A betul! Sayang rasanya nak makan jika dihidangkan begitu, cantik sangat.

mat gebu >>
Selagi tak cuba, tak tahu keupayaan kita. Tapi nak bentuk frills tu kena ada penerap khas, dulu pernah ada Langkah Demi Langkah kat Jelita, x ingat dah bila.

tak reti den nak komen pasal masak2 nih..nnt ler lain entry den komen balik..den makan tau ler...hehehe

Ainin Naufal >>
Yg menarik ttg memasak memang cuba hingga berjaya. Kalau x, xde thrill. Memasak ni cabang seni gak. Bila buat cake decor, kreativiti paling penting. And enjoy masa buat...kalau tension payah nak jadik. Hihi.

mya marja >>
Waalaikumsalam. Sayang nak makan? Payah nak jawab tuu, haha...maybe tu sebabnyer kek macam ni sesuai utk org bertunang atau majlis kahwin...terutama yg kena bawak jauh.

unclej >>
Guys biasa la, ingat nak ngap aje. Sowee, amponn!! Maybe uncle pun jarang tgk kek camtu kut, kalau hidang ciskek mau ler tuu. Cheesecake bisa diatur for the date with the one-n-only. Nak flavour apa?

nnti leh try resepi norz lak pas ni..cantik sungguh ler..
jun nak ciskek gak..hikks! perasa oren, lemon n ade blueberry topping, ekekke.

Saya samalah dengan UncleJ tak reti nak komen bab bab resepi ni. cuma kena letak sikit halia bagi buang angin.. ekek ekek .. Apa pun sedap kalau dimakan ni.. tak lama lagi nak sambut besday leh antar ke Kulai..

uikss lawa nyer kek..tapi keras kan kek cam ni

Puan..

apa bezanya aising gelatin dengan fondant?. BUkan kah aising jenis ni di sebut fondant juga?

yg saya tahu terdapat bermacam-macam resipi untuk fondant ni.

terimakasih

nani