9
Sejalur tanah berumput hijau jadi pemisah tasik tohor air masin dengan laut yg terbentang. Damai sekitar, ada hijau pepohon nyiur, ada gemalai jemari ru, langit kelabu Disember dengan gumpalan awan gemawan yg sudah berjanji, kelmarin, hari ini & esok bumi pasti disirami..








Jejeran pokok ru memagari tepian hamparan pasir putih keemasan, percikan ombak musim tengkujuh ibarat kabus mewarnai kelabu di ufuk. Ombak bergulung memutih rendanya, meski ganas menghempas, pantai tetap menemani penuh setia. Demikian kasih dua sahabat, boleh kita buat umpama.







Sebatang kara. Penunggu setia pantai yg sepi, menanti bilakah ombak mendekati, bagai dara menunggu sang rajuna hati membawa ria tidak bertepi,
menagih kasih di hujung sunyi ataukah yang diberi cuma cinta penuh sangsi?




Kerlipan lampu2 bagaikan jutaan kejora di persada langit yg kelam, menzahirkan yg tersembunyi, merahsiakan yg sarat emosi, memberi inspirasi, mewarnai mimpi dan buat kesekian kali, sang raja & ratu tersenyum menikmati. Sudah lekakah manikam maka tiada lagi mengenal jauhari...?











Saya berada di Awana Kijal Golf & Country Resort hari Rabu & Khamis atas jemputan Universiti Malaysia Terengganu, melarik kenangan manis sebagai penceramah, urusetia ceria, peserta peramah. Bila orang berbudi lumrah serata alam terasa meriah.






Post a Comment

Kalau dah namanya penulis..baca caption tu dah terbuai² mcm pokok janda merana di tiup bayu.


* norz tau tak pokok janda merana tu? Saya ade tanam sepokok depan rumah...

Aduhai.. betul kata Kak Jie.. baca kata kata dengan diselang seli gambar yang indah indah tu terbuai rasanya Kasawari, lentok leher Kasawari.. aduhai..

Akak, selalunya akak ni amik gambar kemudian datang idea menulis eh.. atau idea menulis pastu cari gambar tu.. ekek ekek..

Cayalah Kak Norz.. teruskan lagi menulis

jie >>
Tak pernah dengar psl pokok tu. Kalo sebut janda je mesti merana, oiits, isteri org pun ada yg merana, kan...kan? Tak boleh bayangkan camner la pokok dia, tinggi ke rendah, daun tajam ke lebar, hehe. Aku agak ranting dia mudah patah kut pasai tu kena sentuh cermat2...ada2 aje si norz ni! Cer amik foto, posting kat blog..boleh gak belajar agrikultur. Haha.

kasawari >>
Selalunya ambil gambar dulu, kemudian tenung satu2, pilih yg mana agak2 sesuai baru dicipta kata2 yg boleh menjadi deskripsi selain mencetuskan sesuatu yg boleh merangsang minda. Kdg2 dtg mcm2 idea, kena la tapis pulak. Jenuh gaks. Hehe. Akak gembira ada org appreciate...

Assalamualaikum,
Sudah lama jadi penceramah? Tahniah ya! Memang tahap A juga Kak Norz dalam lapangan penulisan. Saya baru tahap ABC...

mya marja >>
Waalaikumsalam. Ada la several times tapi yg paling mengesankan, berceramah di Penjara Wanita Kajang ~ ada gementar yg tak dpt nak cerita. U take it slow-n-steady, insyaAllah your turn will come. Its about sharing writing experiences dgn khalayak yg tidak berapa tahu bagaimana nak menggarap novel...I believe u pun byk pengalaman, kan?

uiyooo bestnye mak!! kta kene g nanti ni!!

Tertarik dgn keindahan kata-kata kak norz sehingga membuai2 emosi n memori apatah lagi dewi juga baru bercuti di Awana T'ganu Okt lps.. hehe!

nazurah >>
InsyaAllah, someday...

dew! sukm@ >>
Selain drpd panorama best, swimming pool besar, siap ada jacuzzi lagi, pastu yg best lagi, makanan dia semua sedap2 esp Nasi Dagang for breakfast. Memang berbaloi cuti kat situ, kan?