17
Tiada yang lebih romantik daripada menikmati semangkuk strawberi bersalut coklat yang dihidangkan di atas meja yang diterangi cahaya lilin. Strawberi melambangkan buah yang mewah dengan warna merahnya yang menawan. Sementara coklat adalah hidangan aprodisiac yang, antara lain nikmatnya, mampu melahirkan rasa bahagia.

Tidak semua buah strawberi manis. Jadi, bila menyalutnya dengan coklat, dengan sendirinya ia menjadi manis dan lemak. Strawberi yang segar mempunyai daun yang masih hijau. Supaya hidangan nampak menarik, tidak perlu membuang daunnya. Jika ada bahagian daun yang sudah layu, guntingkan bahagian itu.

Selalunya, strawberi yang segar dan baru dipetik berwarna merah cerah. Baunya juga harum. Jika memegangnya dengan hujung jari, isinya tidak mudah pecah. Strawberi yang tidak segar sesuai dibuat jem atau pai. Kebanyakan strawberi yang dijual di pasaraya kita berasal dari Cameron Highlands. Jika membeli banyak, pastikan anda meletakkannya di dalam bekas sejuk berisi ais. Strawberi mudah menjadi masam di dalam cuaca panas.

Strawberi yang diimport lebih mahal harganya tetapi lebih manis dan lebih besar. Ada kalanya ia juga bergantung kepada musim. Kini sudah ada strawberi yang diimport dari negara Arab dan harganya jauh lebih murah daripada strawberi dari Australia atau negara Eropah yang lain.

Untuk menyalut strawberi dengan coklat, memadai mengelap strawberi dengan kain lembab. Kemudian lap sekali lagi dengan kertas dapur atau kitchen towel. Jangan sekali-kali mencuci dengan air. Selain merosakkan buah itu, air juga memberi kesan kepada coklat cair.

Perkara pertama yang mesti anda fahami adalah cara mencairkan coklat. Coklat boleh dicairkan di dalam ketuhar gelombang mikro. Walaupun ia sudah cair, bentuknya akan kekal seperti asal. Kacau sebaik saja dikeluarkan. Memang mudah.

Satu cara lain dipanggil baine marie. Kaedah ini yang juga dikenali dengan nama double-boiler. Ia melibatkan air mendidih di dalam periuk dan mangkuk tahan panas di atasnya. Dasar mangkuk jangan sekali-kali mencecah air mendidih itu. Api pula hendaklah perlahan saja supaya wap air tidak terlalu banyak. Jika wap air jatuh ke dalam coklat, ia akan mengeras.

Coklat putih lebih rumit untuk dicairkan dibandingkan dengan coklat masakan (biasa). Pastikan air mendidih paling perlahan (api paling kecil) kerana suhu kecairan coklat putih jauh lebih rendah daripada coklat masakan. Jika anda menghiris coklat kecil-kecil, proses mencairkannya tidak akan memakan masa yang lama.

Pastikan mangkuk dan sudu kering. Sebaik saja coklat cair, tuangkan ke dalam mangkuk yang lebih kecil. Ini memudahkan anda untuk menyalut strawberi kerana anda boleh memusingkan mangkuk ke kiri dan ke kanan untuk mendapatkan salutan terbaik.

Sebaik saja menyalut lapisan pertama, susun strawberi di atas kertas silikon. Buat hingga habis strawberi kemudian ulangi menyalut lapisan kedua. Mulakan dari strawberi yang pertama kerana lapisannya sudah mulai keras atau set. Setelah lapisan kedua, biar seketika barulah disalut pula dengan coklat putih. Ikut aturan menyusun supaya tidak bercelaru.

Petua paling penting adalah memastikan strawberi sejuk sebelum disalut. Ini akan memudahkan coklat keras. Ini bermakna, anda perlu keluarkan strawberi dari peti sejuk sejurus sebelum menyalutnya dengan coklat.

Jika sukar mendapatkan kertas silikon, boleh gunakan butterpaper. Ini adalah supaya coklat mengeras dengan sempurna. Jangan gunakan pinggan atau kertas biasa. Jika coklat melekat, salutan akan nampak tidak kemas. Sekiranya anda hendak menyimpan strawberi bersalut coklat di dalam peti sejuk, alas bekas dengan kertas dapur. Susun rapat tetapi jangan menyentuh satu sama lain. Tidak usah tindankan kerana salutan mungkin menjadi comot.

Strawberi DwiCoklat
25 biji strawberi
200 gm coklat masakan
200 gm coklat putih
2 camca besar lemak sayuran

Cara membuatnya
1. Sediakan air mendidih perlahan.
2. Hiris coklat masakan dan masukkan ke dalam mangkuk tahan panas.
3. Tambah 1 camca besar lemak sayuran.
4. Kacau sekali-sekala hingga coklat cair. Pegang strawberi secara mengiring.
5. Celup sebahagiannya di dalam coklat. Letak atas kertas silikon.
6. Biar keras sedikit kemudian salut satu lapisan lagi coklat. Biar keras.
7. Ulangi kaedah sama untuk coklat putih dan baki lemak sayuran. Buat sebanyak dua lapis.
8. Bila keras bolehlah dihidangkan atau disimpan di dalam bekas bertutup yang diletak di dalam peti sejuk.

Post a Comment

aku kasi nama >>> red luv strawberry wit dwi chocolate...bole??

~ my precious suke ni norz..virus datuk k n ct :P

~ wedding anivessary nnt bole laa buat ni..heheh :)

~ cute giler.. !!

bila pulak nak dpt rasa coklat strawberry air tgn norz ni..nampak sedap sgt tu..terlior tgk gambar..

patut ler ini feveret dato CT...masam2 manis rasanya..tak gitu norz?

ps..nnt besday saya bg present ni boleh?...ekekeke

combi >>
hebatz nama tu...sehebatz orgnya yg cukup understanding & loving. Her precious bertuah betoi..bukan tu saja, kalau sedang sedih, dengar gelak dia yg bertingkat2 tu, mesti sesiapa pun jadik terhibur...nak seposen, hihihi.

unclej >>
ni dessert lepas makan roast lamb, mesti terangkat punya! Memang rasanya out-of-this-world, especially since chocolate tu kan aphrodisiacs (makanan yg meningkatkan ehem ehem). Next n3 saya huraikan tentang aphrodisiacs lak, mesti kaaaboommm!!

wah next entry on aphrodisiacs ye..bagus tu..tak sabor nak baca nih..bg tau budin sekali tau..ekekeke

ishh,ishh unclej..teruja ekk bila citer pasal ehem2..

~ gelak aku ni norz buat ko x leh tido mlm nnt..beware !!

~ tag aku yg baru..gelak bertingkat2 ..hehehh :D

~ tu la psl gelak sama beso ngn orgnyerr..aku cayerr .. bahagia seseorg nmpk pd wajah dan tutur kata..tol ke statment ni norz??

~ begitu hebatz ko kipas aku..seposen jer ko nak ??

~ mmg lucky laa jadi kwn ko ni.. :)

~ mai nk hugs n kises...

nota jari: unclej siap booking red strawberry luv wit dwi ceklat tu tuk besday dia ekk..mmg x malu !!

~ abis la hancuss nama resepi ciptaan ko tu oleh aku norz >>melayu kawen omputih gitu..

Pakcik pun selalu menghadapi masalah masa nak cairkan white chocolate. Selalu pakcik gunakan kaedah doble-boiler tu, tapi bila cair coklat tu jadi seakan2 jernih laa...Tapi terbaca, chef kata gunakan api perlaaaahhhannn yea?...ok nanti pakcik cuba yeaa..thanks!!

unclej >>
Budin jarang dtg sini, huhuhu. Dia kata saya selalu pi umah dia. Saje alasan, kan? Org lain pun pi umah dia tapi dia dtg gak umah depa, kan combi?? Waaaaa...

combi >>
Mmg betoi - bahagia nampak pd wajah & tuturkata. Bibir mesti mcm naik sket, selalu senyum gitu. Yg sll muka masam, mata pun nampak sad aje. TQ la ko suka jadik kawan aku...aku pun bahagia, ni tgh gelak gakk.

mat gebu >>
Coklat tu jadi jernih sebab fats dlm coklat tu dah almost cair. Very very slow fire or just hot water pun ok. Use aluminium bowl (mcm org India sll guna), lagi cepat cair. Tak perlu tunggu sampai semua cair, angkat & kacau. Kepanasan bowl dah cukup untuk cairkan bakinya.

Assalamualaikum,

Boleh buat pesanan dengan pos laju tu...

Baru beli novel Impian Terindah yang tebal tu, belum sempat baca, belek-belek dulu. Fantasi ke masa hadapan, pastinya menarik dibaca. Berapa lama masa menulis novel tersebut?

wahhh strawberry mmg faberet intan!! tapi tak pernah laie merasa dwisalutan nih..
malessss nak buat..sis buatkan boleh ka?..hheheh..

Satu masalah yang paling besar bila datang ke 'rumah' kak lina ialah, air liur saya akan melelehhhhhhhh .... sampai hati buat lagu tu ! hhahahahahahaha

Satu masalah yang paling besar bila datang ke 'rumah' kak lina ialah, air liur saya akan melelehhhhhhhh .... sampai hati buat lagu tu ! hhahahahahahaha

mya marja, waalaikumsalam.
Saya ambil masa 2 bulan untuk menulisnya. Membuat research pula, 5 bulan. Memang perit tetapi saya gemarkan cabaran. Saya ingin buktikan pd diri saya, saya boleh tulis tentang futuristik sains fiksyen. Selamat membaca & semoga bermanfaat.

Kak, inilah resipi tu.

180 gm air
360 gm gula kastor
45 gm putih telur
75 gm krimwell

gula n air buat sirap. bila dah sejuk, masukkan telur putih, pukul sampai putih. masuk pulak krimwell, pukul sampai kental.

Mula2 tgk resipi mcm pelik pulak sbb sikit sgt telur n krimwellnya. ingatkan Faezah salah tulis, sbb dia yg tukang salin resepi ni. Rupanya mmg itulah resipinya. Resepi amik dr ruangan forum, tak ingat sapa punya. tp kira org berpangalaman juga, sbb tu ikut je. tp pukul punya pukul, tak gak kental2. cair jeeeee. hehehe.

sblm ni pakai resepi butter cream yg biasa je.

intan >> nak suruh buat? boleh, tapi sekali aje la nak ajarkan, nanti boleh buat sendiri...ni bagus buat hantaran kahwin.

abang long >> bagi jamu mata dulu, pastu baru jamu betul2. Haha. Try la buat kat umah, senang je. Budak2 mesti suka. Abang long pun boleh buat, x payah tunggu wife...(ni mencabar nii...!!)

Ainin >>
1. Air gula tu mungkin tak cukup pekat, tu sebab end result dia cair. Mesti masak sampai 'hard-ball stage' baru menjadi. Selalu org guna sugar thermometer utk tentukan kepekatan yg sesuai.

2. Ubah cara mcm gini: Pukul telur sekejap, ketepikan. Pukul krimwell hingga sebati, masukkan sedikit demi sedikit putih telur. Jangan pukul terlalu lama - krimwell terlalu panas tu sebab ia cair (oily). Last baru masukkan sirap gula, sikit2 dan bila dah tengok kental, stop (maybe x perlu habiskan).

3. Jangan pukul terlalu laju (bukan maksimum speed) especially kalau pakai beater yg powerful.

Selamat mencuba. Org2 PTS dah rasa ke cupcakes yg comei2 tuuu??

Ok TQ Kak Lina. Saya akan copy paste tips ni. Rupanya kena pukul asing2 telur n krimwell tu. haha... resepi asal kena mauk terus dlm sirap. hahaha.. itulah dia, tak pandai tapi tak mau berguru. Harap sudi menjadi guru saya.

Terima kasih, Sifu!


Orang PTS insyaAllah akan rasa masa book fair thn depan kot. Sifu Lina pun insya Allah akan merasa. (kalau hasilnya cun le) hehehe.