24
Artikel ini bukan bertujuan mengundang kontroversi atau bersifat provokasi terhadap sesetengah bloggers tetapi hanya sebagai analisa sifat, perwatakan dan apa sebenarnya yg tersirat di sebalik yg tersurat dalam sesebuah blog-universe.

Saya selalu nampak Budin di blog OD. OD dan saya memang teman berblog Peringkat C (walau baru sekali ber-YM). Saya tegur Budin di blognya kerana tertarik dgn keletah tersendiri dan gila-gilanya melayani OD (yg sama hebat dgn sikap selambanya samada ketika menulis n3 mahupun menjawab soalan pengunjung di CBox).


Dari situ, Budin mampir ke blog saya. Ternyata background dunia penulisan masing2 menjadi satu landasan yg menarik untuk dijadikan kayu pengukur dalam mengukir persahabatan di alam siber. Ia menjadi platform ke arah diskusi yg lebih mantap kerana dia sangat berpengalaman dalam pelbagai aspek.

Dari n3 di blognya, ternyata dia seorang yang lucu. Ada saja jawapan sinis berbaur seloroh yang membuat pengunjungnya keep coming back for more. Kadangkala dia mengusik. Dan usikannya bisa membuat ramai yang tersipu malu atau tergelak terbahak-bahak. Ia jawapan yang bersifat universal. Bila ia terkena pada orang ini, anggapannya sebegini. Bila tersentuh pada orang itu, anggapannya sebegitu.

Budin juga gemar mengacah pengunjung setianya dengan pelbagai ungkapan bersifat double-meaning. Dalam dunia blogger, keupayaan ini bagaikan menghidangkan nasi dengan sambal belacan. Terasa pedas dan menyengat tetapi masih tetap dimakan kerana kesedapannya yang meninggalkan efek berpanjangan.

Budin jenis yg rileks dan santai. Sifat peramahnya bagaikan antidot dalam melayani pengunjung yg pelbagai ragam. Pengunjung baru kerap datang mewarnai blognya saban waktu kerana aura yg tidak kelihatan itu. Cara dia menyakat juga amat bersahaja dan tidak seperti dipaksa-paksa. Kita rasa macam kita dah kenal dia lama. Keupayaan berkomunikasi dgn cemerlang ini mungkin telah dikutipnya sepanjang masa menjadi wartawan, pelakon, penulis skrip dll.

Populariti Budin kian meningkat bila dia muncul di pelbagai blog sebagai Raja Budin, Tuanku Budin dan Maharaja Budin. Pertemuannya dengan UncleJ (antara blogger tersohor) juga mengundang bermacam spekulasi yang menjadi bahan bualan bloggers yang lain buat beberapa hari. Inilah impak yang hanya mampu hadir kerana pengaruh Budin ke atas bloggers dalam universenya sendiri.

Bloggers hardcore akan lekas terpesona dengan bicara bersahajanya yang acapkali mencuit deria rasa. Ada jiwa. Ada ironi. Ada sepi dalam tawa. Ada irama dalam tari. Ada saja nuansa ciptaannya yang menjadi ikutan dalam blog-blog lain. Dia memperkenalkan ungkapan ikonoklasme dalam ruang lingkup yg tersendiri.

Meneliti comments yg diterimanya setelah menyiarkan n3 Poems (about friendship) yg menyentuh hati sesiapa yg membaca, dapatlah kita andaikan bahawa ramai pengunjung yg suka berkawan dengannya. Dia sendiri mungkin tidak menyangka akan menerima impak sedemikian, tapi, kini terbukti sudah.

Di belakang tabir dialah peneraju RTM Dunia. Its a one-man show, katanya bila ditanya bagaimanakah skop tugasannya. Bermula dari petang Selasa hingga ke tengah malam Rabu, dia cuba mencari satu isu yg sedang hangat diperkatakan pada peringkat dunia.Dia perlu mencari bahan, melakukan penyelidikan dan memastikan persembahan rancangan segar dan sarat dengan input dan pada masa yg sama, tidak membosankan.


Sebagai blogger, Budin gemar bergurau dan sangat easy-going tidak kira pada pengunjung setia atau yang baru. Sebagai Penerbit, dia serius dan selalu saja mencari kelainan dalam program yg dikendalikannya setiap Ahad itu. Bersama teamnya, RTM Dunia ternyata sebuah program yg menjadi jendela kepada isu pergolakan semasa dunia.

Saat paling manis baginya adalah bila ramai golongan muda mula menonton RTM Dunia yang bersifat informatif dan agak ‘berat’. Samada mereka sanggup menunggu sehingga jam 11 malam kerana betul-betul berminat dengan hal-ehwal dunia atau semata-mata kerana Penerbitnya, itu tidak menjadi soal. Yang penting, mesej sampai kepada mereka. Dan mesej itu sampai kerana kegigihan dan ketelitiannya mencanai isu2 dunia yg berbangkit.

Bagaimana pula Budin sebagai The Real Person?

Post a Comment

Salam norz, saya yang pertama tiba rupanya... ( singgah dlm nak ke kebun menoreh ni norz...tapi 3 thn saya di Bentong, apek² & ahsoi² tu pergi menoreh kul 2 am, kul 6 time saya hantar anak ke sekolah mereka dah mengayuh basikal balik....)

Kita bercerita mengenai Budin ye... Bagi saya dia terlalu berdiplomasi,lembut hatinya dan paparan di blognya adalah putaran 180 darjah dari sikap dia di tempat kerja.

Saya mula melayari blog budin sejak dia menjejak blog "Mutiara Hati" saya, bukan melalui blog " Hidup Biar Sedap". Beliau seiring dengan AbgPutra tinggalkan pesanan di cbox Mutiara Hati.

Menyentuh tentang blog, saya suka membaca entry pengalaman beliau di Jakarta sehingga saya pernah merequest beliau supaya menulis lebih banyak isu terbabit.

Secara real person... saya belum boleh menilai orang dari penulisan, belum pernah jumpa la norz walau pun saya pernah jumpa lebih 100 orang kenalan cyber!!!! Saya harap dapat berjumpa beliau secepat mungkin kerana janji " CISKEK"nya!

he he he....chowwww norz...nak p noreh dah....!

Salam Kak Norz,
Wah awal pagi dah edit entri tentang Raja Budin kita ni, idea mesti mencurah curah, dia ker hero Novel F1 tu.. he he.
Cayalah, satu bentuk persembahan dan penulisan yang menarik tentang rakan blogger kita ini.
Saya mengenalinya sewaktu kejadian kemalangan di Sepang, waktu itu UncleJ datang melawat di Hospital, dan dia ada menelefon UncleJ dan ingin berbicara dengan saya walaupun saya tak berapa berblog (Peringkat Z kot) dengannya. Abang Budin memang baik hati dan ambil berat juga. sudah berkali kali sewaktu saya turun di KL, ingin bertemu dengannya, tapi tidak kesampaian. Mungkin satu hari nanti Insya Allah dapat ditemukan dengannya... Aminn.

Satu artikel yg menarik ttg Budin dari pandangan seorang blogger yg juga rapat dgnnya...

Well said Norz...may be dah sampai masanya Norz berjumpa dgn Budin secara in person..

Satu saja sy tertatik dgn artikel ni...ayat ini " Pertemuannya dengan UncleJ (antara blogger tersohor) juga mengundang bermacam spekulasi yang menjadi bahan bualan bloggers yang lain buat beberapa hari.."

Nak juga tau apa "spekulasi" yg kami timbulkan hasil drp pertemuan tu..harap dpt Norz jelaskan. Sbb sy tak mau pertemuan diantara rakan bloggers tu menjadi bahan bualan org, be it good or otherwise..

In short..totally agree with you . Budin is really a very nice person as a friend..great sense of humor, caring and sensitive. To me he's really a man's man. One heck of a great guy, what Budin is...

As a friend, from a scale of 1 to 10..definitely Budin is a perfect 10 to me!!

jie >>
Caya la jie, dah jumpa lebih 100 kenalan cyber? Hebatz. Kenal Budin di blogosphere kira agak lama jugak la, ya? Thanks krn share yr opinion of him...sure dia syahdu giler punyer! Hmm, entah ngaper saya pun dah terbau2 ciskek kat Starbucks tu. Saya nak yg double-chocolate...hehe.

kasawari >>
That is the best part ~ kesukaran mencari ruang pertemuan dgnnya membuatkan 'penantian' itu lebih bermakna...fuhh! Artikel tu, akak tulis pun sebagai some sort of 'tribute' coz dia 'femes' & dia ada effect on our lives some way or rather. *Peringkat Z~klasifikasi baru* ;)

unclej >>
I am deeply touched by yr last line ~ perfect 10 to me ~ I wish my friend(s) could say the same about me, huhu...that is indeed a meaningful phrase.

"spekulasi" in the sense that, lepas n3 abt yr meeting dgn dia, bloggers semua tanya:
*ngaper tak ajak diaorg
*ada yg pakat nak dating sesama sdri, takmo ajak unclej (majuk la kunun)
*ada yg usik, sure happening Starbucks ptg tu psl pertemuan 2 org bloggers (femes)
*now bila ckp psl ciskek mesti ingat pertemuan bersejarah tuu
*for a few days bloggers were teasing both of u...hehe, it made such an impact, simply unbelievable!

Haha. TQ unclej.

Huhh..
aku terpana dan bisu seketika membaca n3 baru norz ni... bak kata orng, bila mata bertentang mata, lidah kelu utk berkata. hanya tangan meraba-raba.... jgn fikir yang bukan-bukan. tangan aku meraba-raba keybord untuk mencari kata-kata membalas n3 yang memeranjatkan saya. Memang syahdu, terutamanya selepas baca komen dari jie, uncleJ, kasawari. Budi setitik segunung intan. Apa saja yang aku lakukan, dan katakan adalah dengan keikhlasan hati. Perfect 10...kahkahkah...perfect for nothing. Insan biasa yang giler-giler bahasa.. hahaha. Tinggi sangat tu uncleJ. perfecti 2 cukuplah...Ok jumpa lagi. Akan ada n3 pasal Indonesia seperti yang diminta Jie....sering-seringlah lawati saya...meskipun saya sehat.

Teruskan berkarya dan memasak. Saya pula, terus dengan mambaca & katering.

Selamat maju jaya Kak Nor.

budin >>
I have only this phrase to say to you:
Thank you for introducing us to the joy of blogging!

web sutera >>
Thank you very much.
Saya juga doakan katering anda sentiasa berjaya & keluarga dirahmati selalu...

salam kak nor..saya bersetuju dengan pemerhatian dan kesimpulan yang kak nor buat mengenai saudara budin. Sdr Budin ini memang 'easy going' dan boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai peringkat umur...

Norz aku juga rasa terpanggil kerana semua geng dah masuk komen mengenai n3 norz tentang Budin!Semua puji-pujian melimpah ruah terhadap Budin dan aku tumpang gembira dan bangga dengan kejayaan Budin dalam dunia blogging ni!Syabas Budin semoga teruskan dan kekalkan identiti sebagai blogger dgn imej kelakarmu...aku mendoakan dari jauh agar Budin dirahmati Allah dalam setiap apa yang dilakukan...amin

Ah Mat tak de komen apa2..cuma nak menyentuh penulisan Ho Ah Lin tentang cara dia menghuraikan sesorang pada pandangan mata dan mata hati dia...amat mengangumkan!!..dan penuh dengan kata2 yang membuat pembaca terfikir akan menyelami diri penulis dan diri yang ditulis itu...Waaa tabik springg sama luu laa Ho Ah Lin!!!!!

nk jumpa bg bud !!! jom norz,jom jie..

~ setuju ngn hg..dia mmg easy going..

~ nk puji lebih lom kenal in person..tp jgn lupe ekk jnji kita nk jumpa dia.. :)

hg mmg hebatz norz..aku terpukau jap ngn bahasa yg indah tersusun.. yg sedap diungkap,adehh..!!

cantek,menarik,lembut,caring..itulaaa norz..seindah tulisannyerr!!

~ cyg kt hg ~

arsaili >>
Thanks kerana menyetujui. Selama beberapa minggu akak membuat pemerhatian sehingga tiba pada kesimpulan sedemikian. Selalu nampak u & tgk yr blog tapi x pernah tinggal jejak...best la duduk Australia, kan?

antulawa >>
Rasanya mungkin ramai lagi bloggers yg kenal Budin lebih drpd aku (termasuk kau) namun aku rasa terpanggil utk berkongsi pandangan. Mungkin akan beri manfaat/panduan kpd yg lain. Ini salah satu cara, aku kira, untuk mengupas intipati dunia bloggers yg penuh mistik...Budin (& bloggers lain juga, termasuk kau, tentunya) sering menceriakan, kan?

mat gebu >>
TQ. 'Menyelami diri penulis'..haha, lu bikin suspens sama wa, laa Ah Mat. Ho Ah Lin cuma seolang penulis biasa dan dia suka kaji olang, kalang2 dia guna untuk bikin novel. Sikalang dia aler kata, dia sedang kaji Ah Mat pula lor...

combi >>
Malu ahh, ko puji melambung2 satgi aku jadik kembang semangkuk. Aku lega ramai yg setuju dgn pandangan aku pasal blogger femes nii. Kdg2 bagus buat kajian ni, boleh buka minda. Walau bab aura tu takdak org boleh definasikan, macam la Mawi gakks. Dinner gerenti jadi, tapi janji kedai mamak la, noo? Pekena briyani kambing sekawah, haha. Muahhs.

Haii yaaa...Lu kaji waa kaa?..Lu bikin wa tatak boleh titun maaa....hahaha...kaji dgn tak kaji kak lina, kot2 jumpa tulang dinasoreee...hahaha.

nk kena sorok2 dr norz ni.....dia dok perati..esok lusa abis semua dia ungkap....:p

erk..tapi sy tak fofuler norz...:p

mat gebu >>
Kajian ttg Ah Mat ~ kenapa ler rajin sangat ke dapur ~ bikin jeles minah2 gebu kat luar sana tuu...Adakah nama mencerminkan sesuatu di sebalik yg terlihat oleh mata? Jgn panik, aar. Amponn (belajar cakap ni dari Ah Mon, haha!)

jie >>
Jgn merendah diri. Saper kata hang tak fofuler? Sebetulnya, org fofuler tak perasan pun dia fofuler. Len la kalo ko muncul aje kat shopping mall, seme org tiba2 kerumun & jerit2 nama ko. Hehe. Seme tu dlm filem aje.

norz rajin buat kajian kang aku nak guna kajian ko buat tesis final kang??nanti norz buat kajian tentang antulawa pulak....aku kenal budin sama je dengan tempuh kau kenal dia...kita sama berblog...aku mula september bulan ramadan ..time tu korang rajin masuk blog aku buat kuliah subuh ingat tak??hehheh

antulawa >>
Aku join mid-Oct. Lambat sket. Apa2 pun okey dpt bergurau senda & sakat-menyakat sampai tak tahan kdg2... Hanya risau kut2 ada org tak faham & anggap yg bukan2 pulak.