19
Salam ceria!
Sudah puas melayani mata dengan sajian, jom kita jalan2 tengok pemandangan pulak.

(1) Fraser's Hill, Raub, Pahang
~ Pastikan kenderaan dlm keadaan baik sebelum mendaki jalan sempit ke Fraser's Hill. Isi minyak penuh2 sebab di atas sana tiada stesen minyak. Juga bawa duit secukupnya kerana mesin ATM pun tiada. Kalau musim cuti dan tak mau bersesak dgn orang ramai di kedai makan, bawalah biskut, kek, coklat, mi segera, roti dll. Banyak banglo2 lama di sini. Suasana sangat keInggerisan dan hawa nyaman tapi agak sejuk bila malam. Kalau suka nature dan meneroka hutan, tempat ni amat sesuai. Foto ketika fajar menyinsing.
(2) Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang.
~ Nyaman dan perjalanan ke atas, selesa. Makanan memanglah mahal jadi bawa bekalan kalau nak jimat. Harga aiskrim double! Bayaran masuk untuk dewasa RM16 (kanak-kanak 9-12, separuh). Boleh melawat Japanese Tea Garden, Rabbit & Deer Farm. Sabtu & Ahad ada pertunjukan. Konsep bangunan, bercirikan Eropah. Ada live-songs untuk menceriakan suasana. Ada swans hitam dan putih di laluan air dan jambatan melengkung dan anda seolah-olah berada di Paris...ramai betul anak2 muda berpakaian chef kerana tempat makan pun banyak. Foto jam 5 petang di satu-satunya roundabout.
(3) Pantai Jimbaran, Bali ~ Waktu senja memang romantik. Anda boleh pesan makanan yg beraneka jenis dan makan menghadap laut sambil memerhati matahari terbenam. Sajian seafood paling menyelerakan, walau harga mahal sedikit tapi masih berbaloi. Ada kumpulan muzik tradisional mengalunkan irama yg mengasyikkan sungguh, dengan bunyi latar ombak menghempas di pantai, anda akan benar2 terpesona. Tepatlah Bali sebagai pilihan destinasi berbulan madu... Foto senja di Jimbaran.

(4) Cable-car, Langkawi
~ Naik kereta kabel memang pengalaman yg 'menggayatkan' bagi sesetengah orang tapi pemandangan dari atas amatlah indah, tidak dapat ditukar dengan wang-ringgit. Hawanya tak begitu panas dan bila kabus lalu, anda seolah-olah dapat mencapainya! Oleh kerana kereta kabel tidak 'berhenti' walau seketika pun, anda perlu 'melompat' ke dalamnya (ketika ia sampai) supaya tak terlepas. Bawa air mineral kerana kaunter membeli air di atas puncak tak dibuka walau dah jam 11 pagi...kalau hari cuti, queue memang panjang. Jadi, datanglah seawal mungkin. Dua pulau di depan teluk itu adalah buatan manusia bertujuan sebagai 'pemecah ombak' supaya hakisan dapat dikurangkan. Makanan di Langkawi, biasa saja, ada pengaruh Siam. Bila musim cuti, harga mungkin tinggi sedikit. Foto pemandangan dari puncak.

Post a Comment

salam norz,semua tempat tu saya dah sampai, cuma Bali je belum..ade sponser ? :p

Bkt Tinggi dah rm 16? Thn 2000 sy pergi masih rm 10. Apa nak heran kan norz, mana ada harga makin turun. Tetapi pengalaman yg kita dapat lebih bernilai dari harga tersebut.

bila nk gi bali?? bw combi naaa..

~ syg bangat sama kamu dehh ~

saya dah pi dua tpt je..bali dgn janda baik belom pi lagi...mungkin second honeymoon kot...wakakaka

tp bali mmg femes seantero dunia...mmg teingin nak kesan satu hr nnt..kalau ada org sponsor bes tu...

Bestnya jalan2...pas ni pi mana pulak kak lina?...

nak itut g jenjalan sama boleh? heheeh..lama sungguh ku x berjalan2..

jie >>
Pengalaman mmg tak ternilai. Tapi kalo pengalaman teruk, mmg tak dpt dilupai.
Mei 07 saya pergi flight RM400, hotel(share 3 sebilik) RM200, bayar supir (van bawa round2) RM100 aje. Semua RM700 tak masuh makan/spending money. Makan pun murah, Nasi Padang sedap bangat sihh (make sure Halal). Ramai org pergi dgn rombongan esp offices. Jom bloggers ada yg minat ke?

Combi >>
Sungguh ka hang nak pi? Aku pun tak puas pi sekali. Kalo nak, masuk nama la, aku boleh tolong organize kan (wat reservation hotel/supir. Projek 2008, amacam? Jadik?

unclej >>
Kalau serius nak pergi, kita boleh try organize something..quite cheap la, dgn AirAsia (ref my answer to Jie). Hotel pun reasonable. Kalau interested, I can post more pix of Bali here...I mean, the hotel where we stayed etc.

Mat Gebu >>
Lepas ni belum tahu sebab tgh busy siapkan novel terbaru...but I will be going to Awana Kijal T'ganu atas urusan kerja (early Dec).

Intan >>
Mai la itut pi Bali, nak? Tu pun kalau response baaaaiikkk punyer. Make sure ada pasport aje. Hehe.

Wah best entri ni. saya suka jalan jalan gak. Kat langkawi cable car ni memang best.. hari tu bulan 7 gi sana.. terserempak dengan awie dan fasha sedang shooting.. dapat gak amik gambar dengan mereka.. he he..

kasawari >>
Pergi holiday mmg seronok. Nanti akak posting foto Brunei ngan Spore pulak. Selalu pergi overseas dgn geng2 Mak Kiah aje. Akak pun ke Langkawi end of July (tu mmg musim cuti).

Sudah penat buat duit, jalan-jalan pula makan angin habiskan duit. Tak habis pun duit, dapat ilham lagi...

bestnya kalau dapat ikut...hihihiiii

Oh cantik sungguh permandangannya. Serupa mcm dlm mimpi2 pokcik yg ketaksampaian gitu..

Teringin nak melihat permandangan tumbuhan hijau, yg ada kolam ikan dibawahnya. Duduk2 diatas pangkin sambil menjamu mee kari..

Oh! pokcik sudah lupa dimana.. hik hik hu huuu

mya marja >>
Sesekali berjalan setelah penat bekerja tapi, balik dari berjalan pun penatnya tak habis sampai 3-4 hari, haha. Sebab waktu berjalan mmg tak henget aper2. Guna kaki sampai tahap maksima.

budin >>
Jom ikut naik keldai yg pakai spek tu...

mersik >>
Macam ku kenal pangkin yg kau maksudkan itu. Sayang sekali, tukang masak Mi Kari sedang asyik mengetuk keyboard...syif dapur org lain yg ambil alih. Haha.

The guy is definitely right, and there's no question.
BAKED BURGUNDY BEEF