Post a Comment

noty la hg..mmg terliuq ni..huhu

~ roti tu cm roti nan ekk :)

~ aku selalu mkn nan cheese ngn kari ikan..

~ kt mane lg..kt kedai laaa :P

~ maduss yg mls masak dan gelak bertingkat2.. :D

kak lina...
Imam baladi tu terung yg dimasak dgn tomato dan rempah ke?..Rasa ok tak?

combi >>
Roti Arab tebal & lembut. Naan pulak nipis, crunchy kat ujung2 & keras sikit. Dgn cheese lagi la lemak, fuyoo. Maduss kalo semua rajin masak, riuh ler dapur..haha!

mat gebu >>
Imam Baladi tu ok bagi yg suka makan terung. Sedap cicah roti tapi tak berapa berempah (mild saja). Ori resepi guna jus buah delima, sebab sini tak jumpa, I used unsweetened apple juice. Nak sedap lagi kena tambah serbuk cili or paprika. Ala-ala acar & nutty sebab campur serbuk walnut. Worth trying.

Resepi Imam Baladi
(diminta oleh Mat Gebu) - utk resepi lain, sila beli Jelita Januari 2008. Hehe. Jangan tersebut Imam Baldi dahh, eik?

IMAM BALADI
420 gm terung bulat
6 camca besar minyak zaitun
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, dicincang
1 camca teh serbuk jintan putih
1/2 camca teh serbuk kayu manis
Garam, gula secukupnya
1 camca teh serbuk red pepper
20 gm hirisan parsli
16 gm hirisan daun pudina
30 gm serbuk walnat
200 ml jus epal tanpa gula
1 camca teh gula perang

Cara membuatnya
1. Kupas terung. Potong setebal 2 cm. Taburkan garam dan biar 20 minit.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng terung atas api sederhana hingga keperangan.
3. Angkat dan sejatkan minyaknya.
4. Keluarkan separuh minyak, tumis bawang hingga keemasan.
5. Masukkan bawang putih dan kacau.
6. Bubuh pula jintan, kayu manis, garam, serbuk red pepper, parsli dan daun pudina.
7. Kacau 2 minit lagi. Campurkan walnat, jus epal dan gula.
8. Bila mendidih, masukkan terung. Kacau sekali-sekala hingga terung lembut.
9. Bubuh ke dalam pinggan. Hias dengan pasli dan pudina.

* Serbuk red pepper tidak sehalus serbuk cili. Kalau tiada, boleh digantikan dengan serbuk cili tapi gunakan mengikut citarasa pedas.