12
BERITA BARU DITERIMA !!!
Saya baru saja mendapat sms bahawa pagi esok dalam segmen
Resensi - Selamat Pagi Malaysia di RTM1, ada temubual pendek saya
tentang novel 'Impian Terindah' dan juga novel terjemahan
yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.
Novel terjemahan 'Zuriat' di dalam bahasa Inggeris
bertajuk 'Genetic Peril'.
Andaikata ada kelapangan, saksikanlah...

Post a Comment

norz..novel "impian terindah" tu dah keluar ke? nak beli jugak dan mintak sign norz boleh? ke bagi free je kat saya ni?...hehehe

Interbiu tu jam berapa yeaa....takut terlepas..saja nak tgk Ho Ah Lin...kat tv..lama juga tak muncul kan (ke aku yg jarang tgk TV?)...

Salam Kak Norz...
Tahniahhh... esok pagi OD nak bukak gak tv walaupun tak ada disiarkan di sini. Nak gak bukak tv... kunun-kununnya tengok Kak Norz... ngeh.
UncleJ, orang jauh pun dah habis baca dah... ngeh. Beli UncleJ beli... novel Kak Norz lain daripada yang lain. Penuh ngan fakta-fakta yang berguna... kan kakak cayang, kan?

unclej >>
Impian Terindah dah berada di pasaran Mac lalu. Nak beli pun tak pe, nak tunggu saya bagi pun entah bila, hehe...Sign boleh tapi syaratnya kena jumpa kat Starbucks Jaya Jusco...kuang3X

Mat Gebu >>
Selamat Pagi Msia bermula 7.45 hingga 10 pagi. Tak tau ler waktu mana nak appear sebab slot tu dah direkodkan 2 minggu lepas. Saya muncul kat tv sekejap2 je lately sebagai tetamu RTM1/TV3. Last sekali jadi Hakim di Nasi Goreng Floral...Mesti Syok!

OD >>
Si comei akak, cute dan awal2 dinihari mendpt pujian drpd blogger tersohor, cewahhh. TQ, dearest, for the publicity. U pun apa kurangnya dgn buku2 & upcoming novel. Lets pledge to support each other forever...

UncleJ, nanti kalau dah habis baca,, kasi pinjam saya eh.. ekek ekek.. Kak Nor.. tahniah ya.
p/s; Novel ini ke yang menceritakan tentang imiginasi tentang alam masa hadapan.. he he?

Kasawari >>
Memang benar. Events in 2124. Atas bulan. Imagining the unimaginable. Hrp2 masa baca boleh terbayang Armageddon versi Melayu..Berani geget jari la, kasawari sure suka punyer...!!

To Everyone:

Slot tu appear at 8.45 am tadi. Yg nak ke ofis gerenti miss la. MG sempat tgk ke? Jangan tertipu dgn saiz dlm tv, hehehe, saya ni kecik aje...(perasan la tuu..). Tak percaya? Tanya....(saper eik? Suspens!!)

salam...bru je habis baca novel getaran rindu..best blog ni leh jamu mata ;D

Azis >>
Komen la sikit pasal Izham-Fara. Tentu best dapat 'melancong' ke Selatan Thailand, kan? Dah baca Impian Terindah? Kalau suka sejarah, dapatkan Arjuna Hati. TQ atas sokongan anda!

arjuna hati dh lama dh beli time blaja2 dlu sm gk cm arca kasih...best:)...impian terindah blum lg..

pasal Izham-Fara: sy dh bc plg kurang 8 kali utk 2 bln...klu bleh dikembangkn jln cite mesti best (kurg 'terasa' sgt bila masuk bab2 email2 & msg)

Izham: nampak jelas watak yg dia bw (kerjaya & kehidupan)...mcm tak logik lak time dia mnipu suffian tu (senang2 je bank in duit...hehehe)

Fara: percayakan Izham sampai sanggup tunggu Izham pulang (bagusnya kalau ada lagi insan yang setia macam ni)

* maaf ya kalau terlampau2...ikhlas dr ht mahukan yg terbaik drp anda*