8
Salam manis.

Ramai orang masih keliru di antara istilah 'Chef' dan 'Celebrity Chef'. Ada yg fikir kita saja-saja suka letak title tu, padahal, tidak...

Seseorang digelar 'Chef' sekiranya dia dah ikuti kursus memasak secara formal di institusi tertentu atau di akademi memasak. Ia mungkin memakan masa 6 bulan hingga 3 tahun. Misalnya, UiTM menawarkan Dip in Culinary Arts. Banyak kolej swasta yg lain juga mewujudkan kursus yang melibatkan penyediaan makanan dll. Sedia duit je. Di Kolej Komuniti, kursus hujung minggu juga diadakan untuk surirumah atau sesiapa saja yg berminat dalam bidang masakan. Yuran sangatlah berpatutan. Lepas ikuti kursus gerenti boleh buka perniagaan catering. Cop jempol.

Seseorang chef yg baru graduate selalunya memulakan karier di hotel. Mereka diassignkan Work Stations dan diberi tugasan menyediakan juadah. Contohnya, pastri/kek/puding/roti atau masakan Western/Melayu/Jepun. Pihak hotel selalunya menempah kuih-muih Melayu daripada individu atau caterer untuk menjimatkan masa.

Cara chef hendak naik di dalam hierarki perhotelan amat unik. Katakanlah dia mula-mula bekerja sebagai First Cook di hotel 5-star. Setelah 3 tahun, dia layak memohon jawatan Chef de Partie (supervisor) di hotel 3-star. Setelah 3 tahun lagi, dia boleh memohon jawatan yg sama di hotel 5-bintang pula. Beberapa tahun kemudian, dia boleh kembali ke hotel 3-star memegang jawatan Sous Chef (tahap management).

Manakala 'Celebrity Chef' seringkali mempunyai background sebagai Guru ERT (Ekonomi & Rumahtangga). Ada yg dicungkil bakat mereka melalui pertandingan memasak anjuran majalah dsbnya. Mereka menyumbangkan resepi di pelbagai majalah/akhbar dan lama-kelamaan diberi peluang muncul dalam rancangan masakan di tv. Penerbit buku pula akan menawarkan peluang membuat buku masakan. Dari situlah karier mula meningkat. Ada juga di antara mereka ditaja ke luar negara untuk mempromosikan masakan Malaysia (terutama masa Pameran Perdagangan). Jadi, adalah peluang ke London, Paris, Beijing atau Australia. Tahap yg boleh dikategirikan sebagai 'otai'/tertinggi mungkin sebagai hakim pertandingan memasak peringkat kebangsaan.

Saya dengar ramai Chef marah kalau tukang masak yg sepatutnya cuma Celebrity Chef digelar Chef. Kalau ada istilah jururawat, kenapa tak de jurumasak? Zaman dulu, orang yang handal membuat keris dipanggil Pandai Besi. Jadi, orang yang pandai memasak, bukankah Pandai Dapur? Hehehe...

Post a Comment

Salam kakakku sayang...
No matter what, you are always a celebrity in my eyes... gegegegege...

Mwahhhh utk OD. A celebrity or not, I am so glad we had a chance to meet & get to know each other. It makes a whole lot difference, it gives another perspective in life. TQ from the bottom of my heart, OD dearest.

You are a "certified" Celebrity Chef, right, arent you Norz? And a prolific novelist too..that's what I understand..please correct me if Im wrong..huhu

You are a "certified" Celebrity Chef, right, arent you Norz? And a prolific novelist too..that's what I understand..please correct me if Im wrong..huhu

unclej, I am a Celeb Chef, indeed. I started out as a 'Home Economist' in 1992 after becoming a Finalist in a Cooking Competition then I've never looked back, as they always say it. A 'Home Economist' is someone who developes recipes at home for mags/companies etc. They usually work free-lance or work on a contract-basis by certain companies to create recipes (eg.Nestle, Ajinomoto etc). It's rather a lonely world for me as I don't have much time for 'real-life' friends...juggling cooking & writing is no joke, really.

thanks for the lengthy explanation..yeah, I do know you are a celeb chef..and I'm really honored to get to know you in cyber world. I do hope we'll meet one day in the real world and taste one of your famous recipes then....nak pi open hse rumah norz , raya pun habis nih...huhu

unclej, this year tak buat pun OH. InsyaAllah kalau ada umur panjang, pasti kita akan bersua...and i'll cook for u...cewaahhss!! ps: Wonder what would life be without cyber world.

Chef Celebrity "sebenar" nya yang byk mengajar orang2 awam mengenai dunia masakkan. Chef2 dihotel kalau kita tgk berapa kerat sgt lah yg keluar kat rancangan TV..dan adakah mereka tu juga dgn ikhlas berkongsi resipi dengan kita?....maaf jika terkasar bahasa....