35

Ketari, Bentong, Pahang. Tahun 1944. Kerana isterinya ditimpa penyakit selepas melahirkan, Ho Wah menyerahkan bayi perempuan itu kepada seorang bidan Melayu, Bah bt Itam. Harga yg dibayar oleh Bah, RM2. Bayi itu adalah ibu saya, Norlia bt Abdullah. Kini pada usia 63, dia dipertemukan kembali dengan kakaknya, Ho Ah Yook, 75.

Pertemuan bersejarah diadakan di rumah kenalan Ah Yook di Ketari jam 10.00 pagi, 17 Nov 2007. Tiada air mata dititiskan, hanya senyuman gembira dan rasa puas hati dapat berdakapan setelah sekian lama terpisah oleh jarak dan waktu.


Semuanya bermula kerana Ah Yook cuba menjejaki ibu melalui rakan2nya (Kam Moi & Ah Mooi) yg masih tinggal di Ketari. Meskipun Ah Yook tidak fasih berbahasa Malaysia, perbualan kami (yg dialih bahasa oleh Ah Mooi) sungguh mesra dan menghiburkan.

Kata Ah Yook, wajah ibu saya mirip mendiang ayah mereka, Ho Wah (yg telah meninggal dunia di Ampang, rumah anak sulongnya, Ho Yin Fatt, 80). Banyak kisah keluarga ibu yang masih diingati oleh Ah Yook kerana usianya 12 tahun ketika ibu dilahirkan.


Waktu itu memang sukar kerana askar2 Jepun membunuh ramai orang2 Cina. Ibu juga mempunyai seorang lagi kakak yg telah diserahkan kepada sebuah keluarga Cina (kini tidak tahu di mana dia berada). Apa yg menarik, adik-beradik ibu 4 org, hanya seorang lelaki. Anak2 ibu 5 org, hanya seorang saja lelaki. Anak2 Ah Yook 6 org, hanya seorang lelaki. Dan anak saya 4 org, juga hanya seorang lelaki! Sungguh sayu melihat dua org wanita berpegangan tangan setelah sekian lama tidak bersua. Sungguh tersentuh melihat dua org wanita berlainan agama berdakapan kerana mereka lahir dari ayah dan ibu yg sama!

Setiap gerak geri ibu dengan kakaknya hampir serupa. Malah cara mereka senyum pun sama. Meskipun mereka dibesarkan dalam keluarga berbeza, pertalian darah itu tetap ada. Dan buat pertama kalinya, saya dapat memanggil 'Tai Yee' (mak cik) pada ibu saudara Cina saya! Anak2 pula membahasakan dirinya 'Yi Poh' (nenek saudara). Dia pula memanggil anak2 gadis saya, 'Ah Moi'. Excited betul mereka! Hari ini kami menerima 'Ang Pau' meskipun Tahun Baru Cina lambat lagi...

Ho Ah Yook 'berbual' di sebelah ibu.
Kata ibu, 'Macam ayam dengan itik' kerana ibu tak tahu bahasa Mandarin dan kakaknya tak begitu fasih bahasa Malaysia. Saya pula sibuk mencatatkan maklumat dalam buku nota seperti seorang wartawan...hehe.

ps: Saya sedang mengaturkan pertemuan dengan sepupu2:
Lim Ah Kow, Lim Ah Moi, Lim Sai Mooi, Lim Choi Lan, Lim Mei Kin & Lim Mei Lin.

Post a Comment

Seronok mendengar cerita JEJAK KASIH ini... Saya juga mempunyai cerita yang hampir sama TAPI saya tidak pernah berkesempatan bertemu dengan keluarga CINA :( kerana datuk (Cina) peluk Islam dan nenek pula anak Cina diangkat oleh Melayu :)Jadinya bapa saya masih tetap berdarah Cina yang namun berjiwa Melayu :)

wah ni jejak kasih yg paling real...no wonder norz got that chinese look..bes la baca citer ni norz...

boleh masuk tv ngan paper citer ni...

Kak Lina...bonda mat pun diberi pada org melayu ketika masih bayi..oleh kerana kesusahan pada zaman jepun dan utk mengelakkan dianiaya oleh pihak jepun tu, bonda mat pun diserah kan...dalam 4 - 5 tahun lepas baru kami bertemu dgn nenek cina (meninggal tahun 2007, berusia 95 tahun!!)dan adik beradik cina bonda mat...itu pun atas daya usaha abg mat yg no2, untuk menjejak keluarga sebenar bonda kami...alhamdulillahhh, bertemu akhirnya!!!...rasa mcm seronok sebab bila hari raya mereka ramai2 datang termasuk yang dari Singapura...Itulah takdir ketentuan Ilahi, kita tak boleh elak.....

wah hebat norz tahniah kerana berjaya jumpa ibu saudara sendiri.nnati saya pula nak pi cari sedara di Thailand...hehheh!sawadeekap la plak...

Salam Kak Norz cayang...
Hmm... dah sah dah tu wartawan pakai baju pink tu tengah tulis plot novel terbaru: Jejak Kasih... ngeh.

Memang betul cakap Kak Norz. Tai Yee Kak Norz tu sama rupa ngan bonda Kak Norz. Kalau berjalan sama, memula orang mesti kata: "Kawan baik ni,sama lak muka depa." Ngeh. OD ni ada ke kacukan Cina, ek? Kelam semacam je... ngeh.

umi_e >>
Saya rasa itulah kekuatan masyarakat Msia - majmuk sejak dulu. Biar apa bakal terjadi, yg penting semangat cintakan negara. Bila brkawan baik dgn org Cina, tak dpt tidak, mungkin akan trfikir samada dia brsaudara dgn atau tak, kan?

unclej >>
Thanks a lot, pal. Dah lama my mom impikan saat itu and I was lucky to be able to witness the occasion. If u wanna know, muka my son sebijik mcm Cina sehingga time mula2 enrol kat MMU, ada Chinese boys ajak dia pergi church. I bet he has second cousins mcm rupa dia...Kawan baik kita kat Angkasa tu pun, half Chinese. Hehe.

mat gebu >>
Ramai anak2 pompuan Cina mengalami nasib yg sama ngan ibu2 kita waktu tu. Mereka pula berkahwin dgn org2 Islam. Alhamdulillah. Org2 Cina ni ramai yg kaki berniaga, so, sedikit sebyk yg berdarah Cina mesti suka bisnes...

antulawa >>
U berdarah Siam ke? Patut ler putih melepak, keturunan Negara Gajah Putih. Ni sure pandai melenggok 'Tarian Patung Inai'.. Org Siam lemah lembut & pandai menggoder. Auww, x sanggup u!!

OD >>
How's your Sunday, my lovely gal? Mesti berlengkar ngan anney, ooppss! Mmg interesting ada sedara lain bangsa coz u'll feel u r somehow truly multi-cultured (& multi-talented? Wakakaka). Only some of the younger generations are not too keen. Well, I shall not indulge in that...

sis norza... memang betul, even selalu orang Cina tanya umi_e jika umie ni ada darah Cina :) ada yang tegur kata umie rupa cam sepupu dia( bila cerita kat my hb, dia kata ... mungkin betul sepupu umie hehehehehe) Tak taulah bila berpeluang nak jumpa family Cina umie)

*** Seronok bila baca cerita camni... gembira, sedih pun ada :S

Setuju dgn kak lina....itu pasal mat sendiri hairan, apsal my mom dari dulu2 suka tanam sayur dan berniaga (sekarang ni tak lah sebab kurang sehat, but still active), dan mat sendiri lebih suka "brg2" bercirikan oriental...gua pun heran tau, sekali tgk rupanya kita ada chinese blood dalam body..itu pasal laaa....ada sikit lain dari true blue malay's...

kaknorz DIA yg menentukan segalanya.. kisah yg menarik dan dpt diangkat menjadi sebuah novel..

kak lina mesti mase tu sedih abiskan ialah terpisah lame mau satu kotak tissue dok pakai ahak. seronok tul cam nengok citer jejak kasih. jeles nengok k.lina masih laei ada ibu at least k.lina dpt membahagiakan dia dengan mempertemukan depa adik beradik yg terpisah.

kak lina... kalau begitu jalinan cerita jejak kasihnya.. mesti dapat diilhamkan dlm novel! tentu bestkan kalau dpt dibuat salasilah keluarga... termasuk dari sebelah abang nazri di perlis tu! pasti di antara juraian keluarga yang tercatat tu ada kisah kisah menarik yg boleh dijadikan bahan berkarya...

p/s...

cantik dan sweet sangat baju pink akak tu...

fuh, betul cakap kak lily tu. boleh buat novel. nota dah ada tu. apa lagi, ketuk keyboard laju-laju. hehehe.

umi_e >>
Maybe one day, siapa tahu, peluang berjumpa akan tiba. Dulu kami pun tak fikir possible, coz dah 6 dekad over but when it should happen, it happened..tak sampai 6 months to arrange for the meeting.

Mat Gebu >>
Like u said, kita generasi 'peranakan' yg kalau Zaman Sultan Mansur Melaka akan dipanggil BABA. One day bila anak/cucu kahwin org India, maka muncul la Mecindia...hihi.

nina suria >>
InsyaAllah, blh jd bahan novel. True story & pengalaman sendiri...

noreen >>
Alhamdulillah, sebagai anak sulong ada tanggungjwb yg mesti dipikul.

lily >>
U remind me of Arjuna Hati. Tapi kali ni dr sebelah akak..boleh trace smp ke China. Pastu my dad org Jawa, smp ke Mataram...fuyoo!

ainin >>
Mmg betul bahan ada, mungkin tunggu giliran la kut, byk citer lain dlm kepala yg kena tulis dulu..hehe.

norz..'mecindia' hehehh..ade jer idea dia tau.. :P

~ ade norz kwn aku kt sini..canteknyerr anak2 dorang..yg sorang lebih pd indian >>> mata melirik cm OD..ewaahhh :)


~ patutlaa hg pandai bisness !!

~ sama ekk cm yg kt angkasa tuh :P

Alhamdulillah, dapat jugak Norz bertemu dengan keluarga mereka. Seperti rakan rakan di ats, semua kata rupa Norz (kak Norz) ada seakan akan jackie chan.. he he.

p/s: Ammar dan Aiman pun ada ala ala cina gak, sebab nenek mereka (mak kepada ibu mereka) berketurunan cina, hingga sekarang tidak tahu asal usul keluarga mereka

This comment has been removed by a blog administrator.

combi >>
Pandai bisnes ke aku ni?? Jual idea memasak & menulis, hehe. Setahun sekali jumpa pelanggan kat Pesta Buku...alhamdulillah. Rezeki ada kat mana2 kalau pandai cari.

kasawari >>
Org berdarah Cina ni memang senang dikenali - selalu berkulit cerah, rambut tak berapa hitam sgt & mata sepet - tak boleh lari mana, hehe. Adik pompuan saya, emak mertua dia pun Cina...anak depa sebijik mcm budak2 Cina. Kalau hilang mmg org kata anak Cina la, isk isk. Kdg2 usaha mencari temui jalan buntu kerana pindah jauh dsbnya.

patutlah norz..kiut miut lawa putih melepak mcm tepung gomak..:p


saya pernah tinggal di Bentong..mmg org cina di sana sukar bertutur bahasa melayu dgn baik..tak pasti kenapa..sedangkan sy pernah tinggal di byk tempat di M'sia...cuma di situ saya mengalami masalah spt ini

mengalir air mataku membacanye..hihh..dulu mak tak nak jumpa keluarga dia..ttp now, okle.. so kite nie keluarga HO la yek.. tu ckp pada pit..nama dia now..Ho Ah Pit..hiih...

jie >>
Mungkin di Bentong pengaruh komunis sgt tebal. Komunis x suka ckp Melayu gamaknyer, hehe. Kan kebanyakan drpd mrk mmg bangsa Cina wlu ada gak ler Melayu.

nordiana adikku >>
Mak dah happy sgt, suh cari abang dia lakk. Kelakar la, Ho Ah Pit. Kau pulak, Ho Ah Kak...hihii, jgn marah nanti kena jual.

Dalam satu entri saya lama dahulu ada menyebut tentang isu perkauman. Antara yg saya tulis, melayu-china-India di melaysia tidak seharusnya menanam sikap saling membenci keran perbezaan bangsa. Ada kemungkinan ramai lagi di luar sana yang mempunyai akar umbi dari salah satu bangsa yang bukan bangsa anda sendiri. Saya berikan contoh ibu saya yang berasal dari keturunan China seperti Norz. Dan diberikan kepada keluarga Melayu semasa Jepun menjejah. Ibu Norz bagaimanapun lebih beruntung dari ibu saya kerana dia sempat bertemu kakaknya semasa sama-sama masih hidup. Tetapi ibu saya tidak sempat. Hanya kami, anak-anaknya yang mencari keluarga sebelah China, dan adik saya bertemu dengan mereka. Malah mereka sempat menziarah emak kepada ibu kami, iaitu datuk kami, sebelum dikebumikan. Mereka begitu baik terhadap kami adik-beradik. Dan saya tidak pernah gagal menemui mereka setip kali balik kampung. Semoga apa yang berlaku ke atas ibu Norz dan ibu saya, kita sama-sama berharap tidak ada permusuhan kaum di negara ini. KITA BERSAUDA.

duniabudin >>
Pada hakikatnya, itulah yg sebenar-benarnya. Kesedaran itu wajar berputik dari sekarang. Ada hikmahnya Jepun membenci org2 Cina. Dan sejarah mengajar kita tentang betapa pentingnya menjalin semangat setiakawan sesama bangsa. Well said, Budin!

wow...! Patutle putih melepak dan ada usaha gigih mcm orang Cina..!

Mohd Nor >>
Thanks for yr comments, my friend. Sudi jugak ler kenalan lama (almost 26 yrs!) mai jenguk blog ku, hihihi. Keep in touch, ok?

Za, tahniah kerana telah dapat menyimpul kembali kasih yang lama hilang kan..Allah masih sayangkan kalian semua lalu dipertemukan juga akhirnya..Semoga kasih berpanjangan dan silaturrahim kekal jua. Syukur kepadaNya..

ho ah lin...terharu membaca pertemuan jejak kasih nih...zati dhati

owh... that's where ur chinese look came from.. ;)
no wonder!!!

salam...
patutlah akak nie serba boleh.. bijak.. kreatif n byk lg la... seronoknya dpt jd cam akak...
slalunya org berdarah campuran nie die lain sket...
cam nicol ann david, tiger woods dll... sumenye berdarah campuran tu..
amacam?...

i dah darah campur jugak, dgn kolesterol..!