13
Salam Rabu!
Sejak zaman dulu, sesetengah makanan diketahui mempunyai keupayaan mengubah mood seseorang. Contohnya, makanan yg mempunyai banyak preservatives atau bahan pengawet mampu membuat seseorang kanak-kanak menjadi hyperactive. Tapi, kali ni mari kita bercakap tentang makanan aphrodisiac yg membangkitkan naluri atau keinginan untuk bermesra:

*Asparagus
Kerana keupayaan sayur ni, pada abad ke-19, tiga jenis hidangan berasaskan asparagus disediakan untuk pengantin lelaki! Selain daripada digoreng dengan belacan (seperti kangkung), asparagus juga boleh dicelur dan dicicah dengan sambal belacan. Ada dua jenis asparagus dijual di pasaraya: jenis putih (lebih besar, ehem...) dan jenis hijau (kecil, halus dan memang ada dijual di mana-mana hatta di Pasar Tani jugak.) Hah, pi beli 5 ikat sat lagi...

*Buah pisang
Bukan hanya kerana bentuknya, pisang mengandungi sejenis enzim bromelain yg meningkatkan keupayaan lelaki. Rasanya juga lemak, berkrim dan teksturnya halus melambangkan sesuatu yg mewah. Pisang adalah dessert yg ideal kerana ia mudah dibawa ke mana-mana, malah muat di dalam beg tangan...Buatlah pengat, kek, goreng, saute dengan madu dan badam, gulai lemak (pisang muda)...banyak variasi masakan dengan pisang tapi elakkan makan pisang yg 'berangin' nanti kembung...jadi cerita lain pulakk!!

*Caviar
Telur ikan lumpfish, salmon atau tuna. Yg paling mahal tentulah telur sturgeon. Ia tinggi mineral zinc, yg memberi stimulasi pada pembentukan testosterone, elemen terpenting dalam mengekalkan kejantanan seseorang lelaki. Sesetengah sushi pun ada diletak telur ikan ni (warna merah/jingga/hitam) walaupun jenis/mutunya tak sama...oleh kerana ia sudah diawet dengan garam, boleh dimakan begitu saja dari botolnya.

*Coklat
Mengandungi sedatif yg merilekskan dan mengurangkan perasaan rendah diri atau malu (bahaya, ni!!). Ia ada elemen merangsang untuk meningkatkan aktiviti dan keinginan untuk bersentuhan secara fizikal. Jadi, apa lagi...makan biskut coklat, kek coklat, puding coklat, roti coklat, donat coklat...tapi, berwaspadalah sebab coklat tinggi tahap kolesterolnya.

*Fig (buah tin)
Orang Greek zaman dahulu menyambut musim memetik buah ini dengan upacara yg-tak-boleh-sebut-di sini beramai-ramai. Di negara kita, ia dijual dalam bentuk kering dan selalunya banyak time orang baru balik dari Mekah.

*Ginseng
Menambah keinginan untuk bersentuhan secara fizikal. Ada rasa nak cubit orang pun sama agaknya, hehe!

*Pewangi/haruman
Yg diperbuat daripada makanan seperti badam, vanila dan herba (rosemary, thyme, oregano, cendana) atau rempah ratus (kulit kayu manis, sesetengah jintan, cengkih, bunga lawang) bertindak sebagai pheromone yang berhubungkait dengan emosi dan deria bau. Petai tak termasuk kategori herba, eik?

*Ikan buntal
Sangat digemari di Jepun dan ia merupakan sajian eksklusif. Sekiranya bahagian beracun tak dibuangkan dengan betul, setitik saja akan membawa keracunan yg serius. The flirt with death is said to give a sexual thrill.

*Tiram
Sesetengah tiram selalu mengubah jantina dari jantan ke betina dan sebaliknya. Jadi, tiram dikatakan dapat memberikan pengalaman menjadi lelaki dan wanita pada masa yg sama...maknanya, sebagai seorang wanita, akan memahami kehendak lelaki dan sebaliknya. Wow...tapi, lepas ni jangan semua masakan bubuh sos tiram. Makan tiram yg betul tu! Cara makan: Perah jus lemon atas tiram mentah dan terus telan...jangan kunyah!!

*Truffles
Mungkin kerana baunya yg musky dan sukar mendapatkannya (ia hanya 'tumbuh' beberapa kaki di dalam tanah) jadi ia mempunyai elemen yg dikaitkan dengan keghairahan. Juga menerbitkan selera (hanya sedikit renjisan minyaknya pada makanan sudah memadai). Mengikut cerita zaman dulu, salam satu majlis perkahwinan, seorang pengantin lelaki yg ingin menambah kehebatannya telah memakan terlalu banyak truffle Alba sehingga maut. Dua biji truffle dalam botol kecil setinggi 4cm berharga RM50. Saya tahu kat kedai mana ada jual...haha!

Banyak lagi herba dan ulaman Melayu yg mempunyai ciri-ciri aphrodisiac, nanti saya huraikan lain kali, ya?

Post a Comment

a very informative article esp for men..and a well researched article too..well done norz!!

you forgot one of the oldest aphrodisiac though, honey that is..betulkan madu pun bg efek yg sama? komen sikit norz...hihi

Salam Kak Norz cayang...
Yang lelain tu OD tahu tapi ikan buntal!!! Seriously? The flirt with death is said to give a sexual thrill... memang betul tapi... ngeh ngeh ngeh... dibuatnya k.o. terus... camana? Sabar... sabar. Nak buat research nih.
Kakak yang canggih dan penuh information sihat? Harap sihat dan mwah mwah mwah sejuta kali...

uncle j >>

Thanks, really glad someone appreciates it.
Memang madu dikatakan one of the most seductive foods in the world. Ia melekit, pekat, manis sekaligus memberi pengalaman sensasi yg lazat sekaligus menyelerakan. Cara ia diperbuat juga sangat romantik -disedut oleh lebah drpd nektar bunga yg sedang mekar dlm kematangan. Selain tu, memang madu byk khasiat lain dr segi kesihatan, kan? First and foremost, memberi tenaga instant.

OD >>
Thanks for cheering kakakmu ni! Hugs-n-kisses mcm tak cukup je nak bagi, hehe.
No need to look for ikan buntal la, not worth it...anney's pure luv and yr sense of humour are the best aphrodisiac...actually, u look sexy posing ngan lirikan mata yg tajam tu...sabar je aku. Hihi.

lawak laa komen hg kt OD tu..hg mmg bole jd pelawak chef..

~ byk info tu ..

~ ceklat tu mmg fav aku..kalo moody cm skrg aku blasah sambil lyn lagu..

~ madu tu tekstur dia pun 'mengiurkan!'hehe :)

~UJ..amboii tau je psl madu..

Wah banyak informasi tentang pemakanan di sini, no wonder masa saya bermalam di rumah UncleJ.. banyak hidangan pisang disediakan.. pengat pisang, pisang goreng, cekodok pisang dan pisang jua.. he he he..
Yelah UJ ni beriya iya cerita tentang keistimewaan madu.. ekek ekek ekek..
KASAWARi via ammaraiman (lupa nak tukar sign in)

wahhh sungguh informatif..beli pisang laaa balik kang!! ahaks...

combi >>
Aku ni jadik pelawak sejak bergeng ngan ko seme. Kalo dak aku ni minah serius yg kerja je 24 jam, hehe..suh UJ pekena madu ngan telur ayam kpg, hebatz wa cakap lu!

kasawari >>
Gembira jumpa di sini! Selalu nmpk kat umah UJ ngan Budin. Pisang mmg versatile & tahan lama. Bila muda buat kari, masak makan gitu, ranum sgt boleh buat cekodok atau lepat. Kalau goreng dgn butter + madu kemudian taburkan badam, lagi terangkat khasiatnya!

intan >>
Beli, jangan tak beli. Sokonglah sektor pertanian negara kita...Ni nak kena bukak gerai goreng pisang, haha.

Mana? Mana? Mana ada OD posing ngan mata melirik tu? Isy... risau lak OD, ngeh. Cam mata ikan buntal ada la. Kak Norz... bila nak peluk betul-betul? Cakap je. Sampai la tak peluk pun lagi. Alamak... risau lak, nanti Abg Putra sebut-sebut lak pasal ubi ganjil tu nanti... ngeh. Sihat ke Kak Norz? Mwah dan peluk seribu kali...

Norz... ni mgkn out of topic la..sori 4 tht la ye

Umbut pisang juga sedap utk di buat gulai...org kedah tak panggil kari, dia org panggil gulai.

Datanglah Baling bila kenduri² kahwin, menu wajib, gulai batang pisang!

OD >>
Tu laa...foto kat sebelah tu yg memandang tajam...kalau tenung2 boleh jadik x tido malam, wakakaka. Pesta buku hujung April, bersiap sedia la bukan saja utk berhugging lama2 tapi utk bermanja, fuyoo...ramai nyer owg jeles tu, misalnya, pokcik & budin coz depa xleh peluk OD. Alahai...

jie >>
Ckp pasai gulai umbut pisang, terlioq dan dan. Hehe. Jie pernah rasa umbut kelapa ke? Yg tu sedap buat kerabu. Kat KL jgn hrp nak jumpa la benda2 mcm tu...tapi boleh pesan kat Chow Kit (gerai2 ulam), 3-4 hari depa bawak mai.

Norz...awat tak pernah rasa........sy asai dari Baling...:p


kalau umbut kelapa tu selalu juga, mertua org jawa, ada kebun kelapa..hik....elok sgt tu..pisang & kelapa :p

Interesting posts you have here ... I can see that you put a lot of hard work on your blog. I'm sure I'd visit here more often.
George
from aphrodisiac.