8
Mendengar nama sajian ini tentulah mengelirukan sesiapa saja. Ini adalah kerana aiskrim sejenis hidangan sejuk. Manakala proses menggoreng menggunakan minyak dan haba tinggi. Itulah antara sebab kenapa ia agak mahal. Namun begitu, membuatnya mudah jikalau mengikut langkah dengan betul.

Perkara pertama yang mesti difahami adalah tentang peti pembeku (freezer) dan peti sejuk atau juga disebut peti ais. Peti pembeku ialah tempat membuat ais. Lazimnya anda boleh tentukan suhu samada paling rendah iaitu minima (coldest) atau paling tinggi. Untuk membuat aiskrim goreng, pastikan suhu peti pembeku berada pada tahap paling rendah.

Pilih perisa aiskrim yang anda sukai. Di sini saya menggunakan aiskrim pudina berkacang pistachio kerana warnanya hijau dan menarik. Pastikan ia beku sebelum anda membentuknya bulat dengan penceduk aiskrim (ice-cream scoop). Letak di atas sekeping kertas timah (aluminium foil). Anda perlu memotong dari saiz asalnya yang besar. Bungkus kemas dan terus simpan di dalam peti pembeku semula.

Hendaklah cepat melakukan proses ini kerana aiskrim mudah cair. Biar aiskrim beku selama 12 jam. Kemudian keluarkan satu, buka dan salut dengan reja kek. Kek span atau kek mentega boleh digunakan. Hanya ramas dengan jari atau kecaikan dengan garfu. Selepas bersalut elok, bungkus semula dengan kertas timah. Simpan lagi selama 12 jam di dalam peti pembeku.

Langkah berikutnya adalah menyediakan adunan salut atau batter. Campurkan putih telur dengan sedikit garam sebelum dipukul kerana ini akan memastikan ia mudah kental. Pastikan mangkuk dan pemutar bersih dari minyak atau lemak (mentega atau marjerin). Jika tidak bersih, putih telur sukar menjadi kental. Tutup mangkuk batter dan letak di atas rak peti sejuk (bukan peti pembeku). Biar selama 1 jam.

Keluarkan bebola aiskrim bersalut kek dari peti pembeku. Cucuk dengan lidi kemudian celupkan di dalam batter. Salut pula dengan serbuk roti. Kemudian bungkus semula dengan kertas timah. Biar di dalam peti pembeku selama 3-4 jam.

Panaskan minyak untuk menggoreng terendam. Jangan dibiar terlalu panas. Keluarkan bebola aiskrim dari peti pembeku, buka pembungkusnya dan masukkan ke dalam minyak panas. Jangan goreng terlalu banyak pada satu masa kerana suhu minyak akan turun dengan mendadak. Ini akan menghalang bebola itu menjadi garing dan keemasan.

Jika minyak tidak cukup panas dan proses menggoreng terlalu lama, aiskrim di dalam bebola mungkin meresap keluar. Namun begitu, jika anda mengikuti proses membekunya dengan betul, perkara ini dapat dihindari. Gorenglah hingga keemasan kemudian angkat dan sajikan segera dengan hirisan buah-buahan.

Ada yang menariknya tentang sajian pencuci mulut ini. Anda boleh buat sebanyak mana yang anda suka dan simpan di dalam bekas bertutup yang diletak di dalam peti pembeku. Bila tetamu datang, anda hanya perlu menggorengnya dan boleh terus dihidangkan. Jika suka, boleh dibuat di dalam beberapa perisa dan tandakan pada bekas bertutup itu.

Kesimpulannya, anda perlukan sekurang-kurangnya 28 jam untuk menyediakan sajian ini. Biarpun membuatnya nampak cerewet tetapi hasilnya sangat memuaskan hati sesiapa saja. Jikalau diperhatikan, anda sebenarnya tidak perlukan masa yang lama. Proses membeku itu saja yang memakan sedikit masa. Sekiranya anda terlebih masa membeku (langkah 2 dan 3) sehingga 20 jam juga tidak menjejaskan hasilnya.

Ia sesuai dijadikan aktiviti di dapur yang amat menyeronokkan bagi anak-anak dan ibu. Cuma pastikan aiskrim tidak habis dimakan begitu saja sebelum anda membungkusnya. Bayangkan menikmati aiskrim yang rangup kulit luarnya dengan bahagian dalam yang sejuk dan cair di dalam mulut. Ia pengalaman yang pasti tidak mudah dilupakan!

AISKRIM GORENG
1 liter aiskrim (perisa ikut suka)
250-280 gm serbuk/reja kek
160-180 gm serbuk roti
Minyak masak
1 batang lidi

Bahan salut
125 g tepung gandum
155 ml susu segar
155 ml air
3 biji putih telur

Cara membuatnya:
1. Ambil aiskrim menggunakan scoop aiskrim. Bungkus setiap satu dengan kertas aluminium.
2. Turunkan suhu peti pembeku ke tahap paling minima. Letak bungkusan aiskrim di dalam peti pembeku. Biar selama 12 jam.
3. Buka bungkusan aiskrim, salut dengan reja kek. Bungkus dengan kertas aluminium semula.Biar selama 12 jam.
4. Satukan tepung, air dan susu hingga sebati. Pukul putih telur hingga kental, kaupbalikkan ke dalam adunan tepung.
5. Biar adunan tepung di dalam peti sejuk selama 45-60 min.
6. Buka bungkusan aluminium dari aiskrim semula. Cucuk dengan lidi sate dan celupkan bebola di dalam tepung salut.
7. Golek di dalam serbuk roti. Bungkus kemas dan letak semula di dalam peti pembeku selama 3-4 jam.
8. Panaskan minyak, kemudian goreng 2 atau 3 biji bebola hingga keemasan. Sajikan segera.

Post a Comment

Salam Kak Norz,
Amboi.. sedapnya ais krim goreng ni.. bak kata orang nogri.. goreng pon sodap.. he he. Pertama kali saya ternampak ais krim goreng sewaktu ke Terengganu di gerai makan di sana (tahun 1999), rasa tak percaya waktu itu, yelah prinsip ais krim membeku, prinsip goreng kan memanaskan, takkder cair nanti aiskrim tu. Tapi bila dah rasa baru tau tak cair.
Terima kasih kak norz kongsi cara untuk membuatnya, nanti Kasawari cuba buat dirumah ya.. ekek ekek ekek

Hmmmmmm!!!. Kak lina, punya gaya penceritaan pasal "ais krim" goreng tu...ayooo leh tergugat imannnn u..Tengok dari procedure nak menyiapkan sampai ke peringkat menggoreng agak "leceh" jugakan, tapi tak kalang kabut, sebab masa yang diambil agak panjjjaaangggg. Bahan2 pun simple aje.

lom ape2..aku surender dah norz..

~ mmg ngam la tu..maduss yg malas masak.. :P

~ mayb rase dia sama cm eskrem bersalut ceklat yg ade kacang tu ekk

~ rangup bila geget..emmmm :D

~ nnt buatkan utk aku..bole???

kasawari >>
Try la, very easy. Ikut prosedur.. org lelaki memang teknikal sikit, hehe. Great snack for the kids.

mat gebu >>
Kalau buat dgn strawberry ice-cream pun...heavenly, pastu serve dengan apple pie, terangkat u!! Noreen & umie lalu kat belakang gerenti tak nampak.

combi >>
Sib baik ader maduss ni, kalo dak bocor poket abang kita, hohohoho. (Gelak ikut nama Cina aku - Ho Ah Lin...)

Assalamualaikum,

Dulu-dulu ada juga dengar aiskrim goreng ni. Saya ingat sekadar jenaka sahaja, rupa-rupanya betul-betul ada. Leceh juga nak buat, ya; makan hari nak menyiapkannya. Hmm...

Terima kasih beri resipi ini.

time tgh " tarikan gravity" bulan saya suka sangat ice ceam ...apa kata hujung bulan ni norz buatkan utk saya sikit..he he he

mya marja >>
Memang leceh tapi kalau sekali buat 20 biji, boleh simpan dlm freezer 2-3 bulan dan goreng bila2 teringin nak makan. Tetamu mesti suka. Bukan senang nak dapat. Hehe.

jie >>
Nak buat boleh, no prob. Nak jumpa bagi tu yg susah. Jom pi berkelah, bawak portable stove, goreng kat tepi air terjun...makan sambil rendam kaki kat dlm air tu...kenangan indah, beb.

Salam kak lina tumpang lalu...bestnye nengok aiskrim goreng tu...